Sunday 12 October 2014

Boyfriend's Birthday : Hadiah Apa Ek?

salam :) selalunya kalau sampai ke bab hari lahir bi.. orang terutama aku akan hairan dan pening.. apa nak di beri pada boyfriend atau pasangan kita :) aq ada beberapa cadangan berdasarkan hubungan aq sendiri :3 lelaki ni ego -.- so hadiah yg dy nak mmg pelik.. janganlah bg coklat dgn bunga.. sah2 dy abaikan xD

1. Baju Jersi

Macam oppa aq! Pg Pasar Karat je cari baju JDT -.- obses sungguh syg aq ni! Kpd korang yg ade pasangan tu.. hadiahkan je lah baju bola atau jersi :3 MU ke.. Chelsea ker.. walaupun aq xminat bola -.-

2. Jam Tangan

Baiklah, oppa aq plg xsuke pakai jam xD dy kalau nak tgk jam mesti tgk phone je.. tapi bg aq.. kalau kite bg jam...orang tu akan sentiasa tgk dan ingatkan kite :) oppa aq punye ayat "Abang ingat kat sayang walaupun xde jam..", awhhh :3

3. Perfume!

Baiklah! Aq x suke perfume bau lelaki ni -.- kuat sangat! Aq kalau beli mesti minyak wangi yg harge 5.90 yg untuk girl tu. Tahan lama. Wangi. Murah. Tak payah membongak beli mahal2 pastu kekwat semacam -.-

#selamatBerhujungTahun #FinalExam T.T

Sunday 5 October 2014

Cerpen : Oppa To Kiss 2


"Aku tak pandai bermadah.., tapi aku hanya mahu kau tahu.., aku cinta kamu..".

Air mataku menitis perlahan, abang Nazmi memeluk aku perlahan, "Aim... kenapa dulu Aim tinggalkan abang, yelah.. abang cuma nak kepastian..", matanya sayu menatap aku, "Bukan sebab Aim benci pada abang..., tapi Aim takut abang tak balas cinta Aim...", aku mengesat air mataku perlahan, "Sayang tak cakap dengan abang, manalah abang tahu, hahaha", abang Nazmi kembali tersenyum dan ceria, "Lagipun..., ada senior cakap abang dah kahwin...", aku memandang wajah cerianya sayu, "Mana ada kahwin, tunang je.., perempuan tu curang..", abang Nazmi menghembus nafasnya perlahan, "Aim tahu tak... siapa yang abang bayangkan kalau sedih?", aku menggeleng, "Abang selalu bayangkan Aim, Aim yang selalu senyum pada abang, Aim yang abang.., cinta", abang Nazmi mengucup bibirku perlahan, mujur tiada orang di suatu sudut di Danga Bay itu, "Abang..., ermm, sejak bila.. abang suka Aim?", aku menyandar pada dada bidang abang Nazmi, perlahan dia mencium ubun ubunku, "Sejak Aim form one, abang ternampak Aim main kejar kejar, sejak tu abang rasa.. Aim ni comel sangat dan.. abang jatuh cinta pandang pertama, Aim pulak?", abang Nazmi menahan tawa, "Waktu Aim nampak abang bagi ucapan waktu jadi ketua pengawas xD", "Hahaha, maknanya abang yang crush kat sayang dulu!", abang Nazmi ketawa besar, "Kenapa sayang suka abang?", mungkin abang Nazmi lenguh kerana aku menyandar padanya jadi aku pun duduk tercongok semula, "Sebab abang, ehemm... ada ciri ciri kepimpinan, comel, matang, yang penting.. abang tak sombong walaupun abang top 10 sekolah!", aku tersenyum, "Abang suka kat Aim sebab... Aim baik dekat abang, waktu abang demam, Aim yang jaga abang, waktu abang terlambat ambil makanan, Aim yang selalu tolong simpankan, tapi Aim tak pernah beritahu abang... , mak cik dewan makan tu yang beritahu abang.. dia kata ada budak comel simpankan untuk abang.. lepas tu dia tunjuk Aim", aku terpaku seketika, ya.. niat aku dulu memang supaya abang Nazmi tahu aku ambil berat tentangnya.. tapi.. biarlah kasih dan cinta aku hanya Allah yang tahu.., "Sayang abang!", aku memeluk abang Nazmi kuat, "Cinta abang pada Aim lebih besar~", abang Nazmi mencuit bibir aku.

****

Dah dekat 3 bulan juga kami memulakan hubungan ini, setakat ini kami bahagia, hanya sedikit suara sumbang yang aku tak pedulikan langsung.

Qi memandang aku dengan senyuman yang plastik, dalam kelas tadi aku perasan dia ada berbisik sesuatu pada Paan yang membuatkan Paan ketawa mengejek dan memandang aku dengan pandangan yang... (nak aku hentak kepala dia sejuta kali atas Tar!) Tak dapat aku jelaskan.. :3

"Aim, aku dengar kau couple dengan mamat jual Char Kuey Teow, betul ke? Sengkek sangat ke kau? Terdesak?", Qi dengan lemah gemalai mengalahkan panji ditiup angin! "Hah? Pardon me!", aku kaget sebenarnya, mana dia tahu? "Takyah speaking British sangatlah~ mak tahu, mak nampak kau semalam, mamat tu hantar kau kan?", Paan gelak macam celaka -.- waktu tu kelas baru habis, ada lagi 15 minit sebelum abang Nazmi datang, "Qi! Aku kenang kau ni 'perempuan' je! Kalau tak, mulut kau terburai aku kerjakan!", aku berdiri mengetap gigi, "Hey! Kau ingat mak takut?! Jomlah!", Qi menggengam penumbuk seadanya xD Tanpa banyak bunyi aku lepaskan penumbukku, Qi dan Paan dah menjerit macam noharoom je -.- Tiba tiba tangan aku ditahan, "Oppa..", aku hairan, sejak bila dia disini? "Stop this nonsense Aim!", abang Nazmi menggengam tangan aku perlahan, "They insulted you.. Aim tak boleh tahan..", aku memandang wajah tampan abang Nazmi lama, "For your information two little pathetic creatures, I'm his boyfriend and aku ni bakal jurutera, tak payah nak berlagak sangat dengan 10A korang tu! Aim aku dapat 10A+! Aku dapat 15A+! (tipu! Haha! 9 jew :p)", "Tapi saya 12A+", Paan menyampuk, "Diam! Aku tak suruh kau menyampuk!", aku menahan tawa, "Sekali lagi kau buat Aim menangis atau sakit hati, itu perkara last kau buat sebelum kau masuk lubang, faham?!", Qi dan Paan tertunduk, "Faham...", "Oi!! Tak makan ke?!! Aku tak dengar!!", abang Nazmi menjerkah, dengan aku pun kecut, "Faham tuan!!", "Bagus!!, sayang jom...", abang Nazmi tersenyum manja kepadaku, aku dah macam ---> °Π° hahaha xD

****

Jeng! Jeng! Sampailah sekarang, dah raya! Dan raya pertama kitorang sbg couple kat rumah abang Naz waktu hari Raya Aidil Fitri hari tu xD Mother in law aku perhati aku atas bawah, "Dia ni jantan ke perempuan? Mak tengok macam perempuan, tomboy ya?!", MIL (Mother In Law) aku mencucuk pipi aku, "Saya lelaki lah mak cik", aku menggosok pipiku, "Oo.. betul lah, suara garau, haha, Naz! Siapa ni? Mak ingat kamu bawa menantu tadi!", (memang aku menantu mu wahai MIL T.T), "Ini adik angkat Naz kat sekolah dulu, alah.. Aim, kan mak pernah jumpa dia", abang Nazmi tersenyum disebelah aku, "Ohh! Aim! Besar dah kau nak! Dulu kecil, sekarang.. ermm.. kecil juga!",MIL melawak, ketawa terbahak bahak mereka sekeluarga.

Sekarang Raya Haji xD Raya kat kampung aku :3 Kelantan~

"Sapo ni?", Opah memandang abang Nazmi dengan senyuman, "Comeynyo muko.., muluh... oghe alik siye ko ni? ( Orang Siam kah ni?)", aku menahan tawa meletak beg dalam bilikku di kampung, "Takdok lah Opah, ni saing (kawan) Aim, abe Nazmi..", abang Nazmi menunduk hormat, "Oo.. nasib baik anok mu jate (lelaki) Mah wei! Kalau tino (perempuan) aku nikoh ke dah duo oghe ni!", Opah berseloroh, terhambur tawa kami anak beranak.

"Makelah Naz.. bakpo tengok jjah?", ibu ku menegur, "Orang Johor mana boleh telan budu ni, kan Naz? Pak cik faham", ayahku bergurau, abang Naz hanya tersengih, (memang Johor sejati ayah aku ni T.T), "Bukan.. apa tu? Biji apa?", abang Naz menunjuk pada petai, terhambur tawa kami sekeluarga, Opah aku paling kuat, "Hahaha! Itu petailah abang Naz", Tasya, adik saudara ku yang kecil pun tahu, keluarga aku memang besar, jadi kalau berkumpul macam ni memang abang Naz jadi penyeri :) "Hah? Petai? Aim.. petai tu yang busuk tu eh?", abang Naz naif memandang aku, "Ye loh abe wei, hahaha", aku memeluk abang Naz sekejap, lama lama karang orang syak xD "Nak makan boleh?", dia menahan tawa, "Makanlah.. nanti jangan menyesal yo?", aku ketawa, dia mencicah petai dengan budu lalu mengunyahnya dengan nasi, "Hemm! Aroi! ( sedap)", abang Naz teruja, "Make. Make banyok sikit! Esok nok gi jale jale dekat Rantau Panjang", mak su aku menyenduk nasi lagi untuk abang Naz, aku hanya menggeleng dan berbisik, "Janganlah makan banyak sangat petai tu bang.. nanti kecing abang jadi busuk", aku menahan tawa, abang Naz tergelak kecil.

****

"Abe Aim! Jom main tarik upih!", Yazrin mengajak aku bermain, waktu tu aku sibuk menyiapkan sarapan untuk abang Naz, "Ha? Tokleh la dik, abe nok nolong ni, gi ajok abe Naz main deh?", aku tersenyum, Yazrin yang berumur 6 tahun itu mengangguk laju, mungkin dia mengajak abang Naz bermain, aku meneruskan kerja menggentel ubi itu, "Aim!! Aim!!", suara abang Nazmi kedengaran, berlari aku keluar, "Kenapa bang?", aku panik, "Ni hah! Tarik upih tu apa yang?", abang Naz menggaru kepalanya, "Hahaha.. ingatkan apa lah tadi", aku menarik tangan abang Naz, "Nih, abang ambil pelepah kelapa yang kering ni, kejap ya, abang pegang pucuknya", abang Naz mengikut sahaja, aku duduk di atas hujung pelepah itu, "Okey! Tariklah!", aku ceria, abang Naz menarik aku perlahan, "Lajulah sikit! Hok aloh!", aku bercanda, "Oo.. sayang cabar abang?", laju abang Naz menarik, terjerit jerit aku jadinya, hahaha xD

Lepastu shopping kat Rantau Panjang, borong sakan abang Naz, semua dia beli xD aku ingat lagi ayat Oppa, "Sayang.. kalau kita dah tua nanti.. abang nak.. kita tua sama sama, walaupun waktu tu abang dah tak hensem.. abang harap Aim tetap cintakan abang...".

Sudah pasti aku mencintaimu sepenuh hati Nazmi, hanya Allah tahu betapa hatiku milikmu, tapi... kerana Dia.. mungkin kita terpaksa.. berpisah nanti.. ya, bukan kerana yang ketiga.. tapi kerana Dia..

<3 Jihad kerana CINTA, dan Jihad demi RINDU <3

Game Yang Buat Aku Tergelak Guling2 xD

Nak gurau sikit boleh..?
Jom kita main 1 permainan ni..(BEST) confirm
korang tergelak sendiri...
.
i) pilih bulan kelahiran anda:
1- aku cinta dengan
2- aku gigit
3- aku bercerita dengan
4- aku peluk belakang
5- aku terhantuk belakang
6- aku terkentut depan
7- aku menari dengan
8- aku pergi dating dengan
9- aku lambai dekat
10- aku muntah depan
11- aku jerit dekat
12- aku terlanggar dengan
.
ii) pilih nombor hari jadi anda:
1- uncle aku
2- komputer aku
3- ayam aku
4- gambar aku
5- gangster
6- handphone aku
7- lipas
8- cermin
9- driver bas
10- semut
11- kawan baik aku
12- polis
13- taik kucing
14- patung barbie
15- lee chong wei
16- mak mertua aku
17- mak tiri aku
18- GF aku/ BF aku
19- makcik kantin
20- justin bieber
21- upin dan ipin
22- kereta aku
23- maknyah
24- jiran aku
25- orang gila
26- cikgu aku
27- boss aku
28- monyet
29- itik aku
30- kambing aku
31- hujan
.
iii) pilih warna baju yang anda pakai sekarang:
Putih- sebab aku baik hati
Hitam- sebab aku gila
Pink- sebab aku tension
Merah- sebab mak aku suruh
Biru- sebab aku tak tahan
Hijau- sebab aku single
Ungu- sebab aku cemburu
Kelabu- sebab aku demam
Kuning- sebab,suka hati aku lah
Oren- sebab aku baru putus cinta
Coklat- sebab aku perasan cantik/hensem
Lain-lain - sebab aku fikir aku hebat
.
# sambungkan , bagi jadi 1 ayat.. Kongsilah
jawapan korang kt komen
(JAWAPAN MESTILAH JUJUR BARU BEST)
be sporting ye, gurau senda .

Cube korang try xD teringat kenangan aq dulu2 dengan kawan2 aq, main huruf, nama, haiwan, benda, negara, buah :') sambil main2 usya Oppa kalau dia lalu xD crush ku kni boyfriend ku ;)

Mana nk download Love Stage !! Ep. 11 and 12 ni T.T rindu dengan Ryu~ :3

Saturday 4 October 2014

Yaoi or BL Anime !! :3 <3

Annyeong~ korang pernah tak layan Yaoi atau pun senang cite anime gay? Yaoi pertama yang aq layan adlah Tight Rope !! , sumpah sweet xD lepas tu banyak lagilah, Ikoku Irokui Romantan, Love Stage, skang ni tgh cari Jonjou Romantica, ade sape2 tahu nk download or beli kat ne? Dengar cite best!

Ps : cant wait 4 Love Stage ep 11 xD oowh~ ryu~ hensemnye awak xD lal lulu~

My Maid Is A Flower Boy! 5

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 5

"The Beginning of Our Love",
"Permulaan Cinta Kita".

Fahrin..
Engkaulah hidupku..
Aku cinta padamu sampai mati..
Oohh Fahrin..
Belahlah dadaku..
Agar kau tahu..
Agar kau mengerti..
Ooo.. Ooo..

Fahrin tergelak kecil dalam dakapan Ilham di atas katil itu, "Sedap suara abang..", "Bukan saja hebat menyanyi, malah hebat di katil!", Ilham mengenyit matanya nakal, "Gatal!", Fahrin mencubit perut Ilham perlahan, terhambur tawa Ilham dibuatnya, "Tapi kan bang..., Rin rasa...", Fahrin memandang Ilham perlahan, "Abang pakai tak..?", Fahrin menelan air liurnya perlahan, Ilham menggeleng, "Kalau Rin mengandung macam mana?!", Fahrin memegang pipi comel Ilham, "Hah?! Er...", Ilham ketakutan, "Rin.. ni semua salah Rin lah! Rin yang goda abang, Rin siap minta lagi... err,... eh kejap!", Ilham tersedar dia dipermainkan, Fahrin menahan tawa, "Oo... Fahrin mengandung ke? Takpelah.., abang akan bertanggungjawab!", Ilham menghempap Fahrin kembali, "Erkk, nak buat apa ni?!", Fahrin ketakutan, Ilham memandang tepat wajah Fahrin, "Kalau lelaki.. nama dia Farel, kalau perempuan Fatimah, okey", Ilham mengenyit matanya, Fahrin tergelak besar, "Sayang jangan risau.., sebelum sayang beranak, kita kahwin dekat Chicago, okey?", Ilham memeluk Fahrin erat, "Hah?! Abang!", Fahrin kegelian digomol Ilham, "Sebagai balasan, one more round!", Ilham tersengih, "Tidak!!", pucat lesi wajah Fahrin dibuatnya -.-"

****

Suasana romantik Danga Bay sekali lagi menemani Fahrin dan Ilham, "Sayang..., kalau abang jadi bintang.. sayang jadi apa?", Ilham memandang Fahrin disebelahnya yang leka memerhati gelagat manusia disitu, "Hahaha, abang? Please? That's so yesterday!", Fahrin tergelak kecil, "Habis tu?", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Hehe, macam ni... Kalau sayang Moon Chae Won, abanglah Song Joong Ki, kalau sayang telefon, abanglah chargernya...", belum sempat Fahrin habis berloya buruk, "Kalau abang Samsung Galaxy Note 3, sayanglah Samsung Gear nya, macam tu?", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Pandai abang! Tu yang Rin sayang ni, hehehe", Fahrin merangkul lengan sasa Ilham, "Budak budak zaman sekarang ni.. dipengaruhi gajet!", Ilham menggeleng, "Hehe, abang! Jom naik tren tu~ Last Rin naik dengan abang Fahmi..", Fahrin menarik tangan Ilham, "Kejap, Fahmi mana?", Ilham memandang Fahrin tajam, "Haha, abang kandung Rin lah, nanti Rin bawa abang jumpa keluarga Rin secara rasmi! Okey?", Fahrin mencubit pipi Ilham perlahan, "Oo..", Ilham menghela lega, "Jomlah bang! Nanti terlepas pula", Fahrin merengek macam budak kecil, "Haha, yelah.. jom", Ilham mengikut saja.

"Puas pusing pusing?", Ilham ketawa melihat Fahrin yang leka memakan gula gula kapasnya, "Hehe, seronok! Abang! Jom naik sotong pulak!", "So.. sotong? Apa tu? Abang tak tahu pulak kat Danga Bay ada sotong", Ilham hairan, "Ish! Tu lah! Yang pusing laju laju tu!", Fahrin menunjuk ke arah permainan ekstrem itu, wajah Ilham yang sememangnya pucat bertambah pucat, kalau ditoreh belum tentu ada darah, "Err.. sayang.. abang takutlah..", Ilham memandang mata Fahrin meminta simpati, "Hah? Takpelah kalau macam tu.., kita baliklah", Fahrin tersenyum hampa, Ilham rasa bersalah, dia menarik tangan Fahrin perlahan ke arah permainan itu, "Abang...?", Fahrin hairan, Ilham memandangnya dengan senyuman, "Sayang dah terima abang.. takkanlah benda macam ni abang tak boleh buat untuk Rin..", Ilham membayar token dan mereka berdua sekarang menunggu sahaja bila bila masa mesin ini akan bergerak, "Abang tak takut ke? Nanti dia lambung lambung!", Fahrin menjerit persis anak kecil, dengan mata bulatnya, "Haha.. comelnya.., takpelah, abang tak kisah..", Ilham memeluk Fahrin kuat bagi menghilangkan rasa gemuruhnya, bunyi siren tanda amaran dibunyikan, perlahan lahan Encik Sotong itu berpusing, semakin lama semakin laju, Ilham memejam matanya dan memeluk Fahrin kuat, Fahrin tergelak besar melihat gelagat Ilham, "Weeeeiiii!!!!", Fahrin menjerit seronok, 'Ya Allah... sabar je lah... dapat kekasih hyperactive .. T.T ', Ilham pasrah di dalam hati.

"Cayalah abang! Gerekk seyy!", Fahrin memeluk Ilham perlahan selepas turun dari permainan itu, pucat lesi wajah Ilham jadinya, "Rin nak main apa lagi..?", Ilham memandang Fahrin perlahan, "Erm.., jom main tembak tembak menang patung tu, lepastu kita balik lah", Fahrin tersenyum, Ilham mengangguk perlahan.

"Tauke! Bagi satu round", Ilham membayar token, tauke itu tersenyum sahaja melihat 'mangsa'nya, Ilham mengambil senapang angin itu, "Hoiyo.. ada gaya ohh?", amoi itu memuji, Ilham tergelak, "Chaiyok abang! Figthing!", Fahrin memberi dorongan, 1 das.. 2 das.. dan 3 das.. tembakan dilepaskan, semuanya kena! "Woo! Daebak!!", Fahrin menepuk tangan, riuh sungguh budak tu, "Waahh... mau hadiah apa adik?", amoi itu memandang Fahrin, "Nak patung beruang hitam tu", Fahrin menunjuk tertib, amoi itu menyerahkan padanya, Fahrin memeluk patung itu erat, "Woiyo.. lu punya amoi banyak cantik ah", amoi itu memuji, "Haha, thank you", Ilham tersenyum dan melambai, mereka beredar dari situ.

"Meow.. meow.. meow..", bunyi anak kucing yang seperti dalam kesakitan, "Abang, dengar tak?", langkah mereka ke kereta terhenti, "Aah, bunyi kucing", Ilham hairan, "Abang.. tengok anak kucing tu.. mak dia kenapa tu..?", Fahrin mendekati anak kucing itu, ibu kucing itu sudah mati, mungkin dilanggar, "Sayang... janganlah.. kotor...", Ilham menegah namun Fahrin tetap melangkah pergi, "Baby.. baby kenapa? Kenapa dengan ibu baby?", Fahrin mencangkung dihadapan anak kucing itu, anak kucing itu seperti memahami Fahrin dan mula memeow tak berhenti, mungkin 'menceritakan' nasibnya, "Kesian baby...", Fahrin mengusap kucing putih itu perlahan, dia kemudiannya menutup ibu kucing itu dengan daun daun kering disitu, "Sayang.. jom lah..", Ilham tidak gemar dengan kucing, "Okey...", Fahrin melangkah berat, Ilham tersentuh melihat Fahrin yang cukup menyayangi binatang, mereka melangkah masuk ke dalam kereta, air mata Fahrin gagal ditahan, menitis air mata Fahrin, "Sayang.. kenapa ni? Abang buat sayang menangis ke? Abang buat apa?", Ilham memeluk Fahrin erat, "Kesian anak kucing tu.. dia sorang sorang.. nanti kalau dia lapar.. dia sejuk.. siapa nak peluk? Mak dia dah mati...", Fahrin mengadu kepada Ilham, air mata Ilham mengalir sedikit, "Kejap, Rin janji dengan abang.. Rin jaga dia betul betul", Ilham menyeka air mata Fahrin perlahan, Fahrin mengangguk laju, "Rin janji!", Fahrin berikrar, Ilham tersenyum dan keluar dari kereta itu, Fahrin tersenyum manis, walaupun sebenarnya Ilham benci pada si bulus tapi kerana Fahrin, dia relakan saja, Ilham kembali dengan 2 ekor anak kucing berwarna putih dan kelabu itu, "Baby!", Fahrin mengambil dan memeluk anak kucing itu perlahan, "Hahaha, dah? Jangan menangis lagi tau?", Ilham mencium pipi Fahrin, Fahrin mengangguk laju, "Terima kasih abang!", "Sama sama sayang..", Ilham menggeleng sambil tersenyum.

****

"Macam mana kau dengan Ilham? Okey tak?", Mizi memandang Yusri perlahan, suasana bingit dalam kelab itu cukup tak menyenangkan, "Dia dah ada stok baru, cun jugak..", Yusri menjawab sedikit kuat dan meneguk segelas air kencing syaitan itu, "Haha, relaxlah sayang.. aku kan ada!", Mizi memeluk Yusri perlahan, Yusri menarik tangan Mizi untuk mengajak dia berdansa di tengah kelab itu.

****

"Baby.. errmm, nak bagi nama apa ni bang?", Fahrin hairan, Ilham yang turut menjadi mangsa untuk memandikan kucing itu hanya tersenyum, "Abang suka yang kelabu ni.. so.. nama dia Yabu", Ilham ketawa melihat gelagat anak kucing itu setelah dimandikan, "Okey, sayang ambil yang putih ni.. namanya Shiro", Fahrin bersandar pada bahu kekar Ilham, "Haha, pengaruh kartun betul..", "Biasalah.. hehe", Fahrin mengelap badan Shiro perlahan, "Sayang.. abang dengar keputusan SPM umum minggu depan, dah ready belum?", Ilham memandang Fahrin perlahan, "Hah?! Anio!!!!".

Bersambung....

Yo! Selamat hari raya Aidil Adha :3 Banyak dapat daging? Oppa ikut aq balik kampung, Pasir Mas xD haha, mcm budak bandar betul! Pokok petai xkenal T.T kesian oppa xD

Saturday 27 September 2014

Kisah Minta Maaf ;3

Assalammualaikum ;)

Apa khabar saudara ? Sihatkah? XD formal seyy! Okey! Kali ni aq nk cakap pasal MAAF ...

Mest korang pernah minta maaf kat sape2 kan? Pada ibu bapa.. kawan2.. bf.. *sengih*.. hehe.. :3 meow..

Sebenarnya aq nk kongsi cerita pasal kawan aq yg gaduh dgn kawan aq dan akhirnya couple -.- #dorangNiPLU ;)

Al kisah~

U : Wei Aim... aku.. aku gaduhlah dengan K...

Me : Oit?! What happened dude? Bukan korang baik je ke?

U : Semua salah aku... aku tercakap sesuatu yg buat dy terasa...

Me : Kau cakap ape?

U : aku cakap yg K ni tak sayang aku.. selalu tak balas mesej...

Me : Haha xD lolz! Lembutnya hati K.. aq ingat muka macho hati keras!

U : Aim! Janganlah main2! Macam mn ni?

Me : Mintalah maaf... kata... ermm.. kau tak sengaja..

U : Dah... tapi K xlayan.. dia blah macam tu je..

Me : wow! That's hurt a lot.. eermm ... kau tunggu je.. aq tau nak wat ape.. ;)

U : thanks Aim! #senyumSampaiTelinga

Esoknya..

Me : Oi K! Sini kejap budak!

K : Aim... apanya? Aq seboklah..

Me : Kau gaduh ngan U kan? Kan? Kan?

K : aishh... budak tu bagitau kau ke? Kecoh siakk..

Me : Hell! Dude.. kau tahu kan dia suka kat kau -.-

K : ye.. tapi...

Me : cubalah hargai apa yang orang rasa terhadap kau.. dy sayang kau.. cuba lah balas chat dia.. pot pet pot pet pot pet *sehingga 15 minit lamanya xD*

K : Aim... aku sayangkan dia... waktu dia cakap aku tak sayang dia.. hati aku sakit tau tak? Tak cukup ke aku buktikan cinta aku pada dia selama ni...? Aim.... kalau kau gaduh dengan abang Naz.. apa kau buat..?

Me : Hah? Kalau aku... ermm... cara ni agak memalukan...

K : Cakaplah..

Me : Aku akan pusing pusing sekeliling oppa sambil cakap minta maaf.. xD

K : That's sweet xD tapi.. aq ni... T... takkanlah nak wat mcm kau..

Me : Aah lah.. kau kan Mr. T yg sememangnya minx kaki -.- kau peluk je U kuat2.. lagipun.. budak tu dh maafkan kau.. :D

K : Serius?

Me : *angguk laju2*

K : Thanks Aim! Skang gak aq pegi!

#pastu dy ilang begitu saje -.- aq pun baliklah rumah mcm biase.. masak utk oppa lepastu siapkan keje.. pastu golek2.. manje2.. cucuk2 muka oppa aku.. tiba2 phone bunyi.. whatsapp from U..

U : Aim... K dah baik dengan aq.. thanks tau.. yg xtahan tu.. dia peluk aq depan kelas kot.. malu seyy...

Me : That pathetic man -.- haha.. my pleasure bro! Jgnlah gaduh2 lagi.. korang sweet kot together2 xD

U : * pic K cium pipi dy*

Me : Hahaha! Eeii! Gatal!!

Oppa aq dah tgk semacam aq sengih sorang2..

Oppa : knp sayang abang ni sengih2? -.-

Me : oppa.. sweet x? *tunjuk kat oppa*

Oppa : hahaha xD ni bukan K dengan U ke? Bila pula diorang couple?

Me : Tadi  xD

Oppa : Ahh! Tak nak kalah! Cepat sayang! Kita tangkap pic gak!

Me : T.T ne~

So.. berperanglah kami mlm tu dengan gambar2.. xD sape plg cute menang.. xD

Moral of the story ?

Jangan bergaduh! Serius.. aq paling tak suka gaduh lama lama... aq dengan oppa gaduh pun plg lame... 10 minit xD hahaha :P

Sebenarnye aq bosan... MMIAFB tu.. merapu2 aq tulis.. so aq delete n buat balik chap 5 nye.. nantikan je lah ye.. bf korang sehat? Jangan xnakal nakal.. hehe.. tata~

Saturday 20 September 2014

Japan, Korea and Me! :3

Assalammualaikum! :3

Jepun?! Korea?! Siapa yang tak kenalkan? Dua buah negara Asia Timur yang paling ramai jejaka tampan, hah?! Haha. Aku pernah ke dua buah negara ni, actually, aku takkan bandingkan Malaysia negara tercinta ni dengan dua buah kuasa Asia ni T.T memang menangis aku nanti! Contohnya kat U hari tu, aku bergaduh dengan pensyarah pasal isu Korsel dengan Koruta, -.- pensyarah tu mamat Kpop. Aku cuma cakap Korea Utara ada hak dalam mempertahankan maruah negara mereka dari dipijak Amerika, yang dia melenting kenapa? -.- Whatever! Yang jadahnya kau tanya pasal politik dalam kelas MT buat apa? -.-

Forget about him! He's not cute at all xD

So! Entry kali ni adalah pasal LELAKI di ketiga tiga buah negara berdasarkan pengalaman aku semasa ke Jepun dan Korea tahun lepas, atas nama PENDIDIKAN ofkos! Takda makna aku nak bedah2 muka aq -.-

So, we gonna start with the Japanese!

JEPUN

Baiklah, lelaki Jepun sangat setia! Dan korang kena terima -.- kawan sebilik aku kt sana dulu pernah cerita, dia pun PLU juga xD aku tahu sebab ternampak banyak komik Yaoi ( Gay anime) dalam bilik dia :3 Ceritanya begini :

Dia ada satu kawan bernama Hiro, (typical Japanese name -.-) Hiro ni suka berkepit dengan dia dan kadang kadang dia rimas, suatu hari waktu diorang dalam kelas dia cakap kat Hiro supaya pergi mati, dan korang nak tau apa jadi? Hiro memang nak bunuh diri -.- Aku tanya Hiro, gelak besar mamat tu, dia angguk sambil cubit pipi kawan aku tu :3 sweet sangat! Dua dua comel :3 waktu tu aku teringatkan abang Naz.. :( sebab waktu tu x declare lagi! :P

Dan apa yang lawak pasal diorang ni, diorang memang macam suami isteri, tak boleh berpisah, typical PLU adalah apabila anda dah dapat 'barang' tu, anda akan pergi dan berambos -.- but not Hiro... dia sayangkan kawan aku gila barbie! *muka beria* dan satu lagi lelaki Jepun ni prihatin! :)

Waktu tu aku baru balik dari kedai runcit, menangisi 1000 Yen (RM50.5) yang aku belanjakan hanya untuk ayam kecil tak berisi ni T.T tiba tiba pula ada anjing -.- Lol! Memang hidup aku malang kat Jepun tu! Tiba tiba datang UltraHandsomeMan xD dia datang dekat aku dan tanya aku adakah aku okey? Aku angguk saja, sebab aku tak pandai cakap Jepun tapi aku faham, lepastu dia tanya rumah aku kat mana? Dia nak hantarkan, aku pun pimpin tangan dia ke rumah sewa aku waktu kat Osaka tu, waktu aku sampai tu Hiro dengan kawan aku gelak gelak je, "Why?", aku hairan, "Only 3 days in Japan and you now have a boyfriend!", Hiro ketawa besar, "I just met this gentleman, I met him at groceris shop lah!", *terkeluar jugak lah tu xD*, "You can speak in English?", mamat hensem tu tanya aku, aku angguk perlahan, "Haha, silly! Nevermind, you're safe now, my name is Ryu, anantawa? (Awak pula?)", "My name is Aim...", merah kot muka aku! Gila kau! Mamat Jepun hensem tengah pegang tangan kau! *kalau oppa aku ade ni mati aq -.-* "Oh, nice to meet you, got to go, my girlfriend is waiting for me, bye dude!", dia lepaskan tangan aku dan berlalu pergi, aku rasa nak menangis macam putus cinta T.T Mamat dua ekor tu dah gelak macam setan bila dengar "GIRLFRIEND" tu... Tapi aku pun taknak mamat Jepun :P

KOREA

Hahaha! Akhirnya! Aku ingat lagi waktu aku first pergi Busan ya Allah! Jakun ya amat! Hahaha xD Tapi sekejap je aku duduk situ... lepastu rombongan kami pergi ke Seoul pulak -.- Memang cantik tapi satu je aku tak suka pasal Korsel ni -.- xsenonoh langsung! Kalau kat Jepun, wanita dia masih menjaga adab, kat sini, budaya Barat mmg terselah, poster kpop bersepah -.- please! I hate kpop! Aku cuma suka mamat korea je xD Sebenarnya, jangan tertipu dengan Running Men dan sebagainya tu! Memang artis dia hensem n comel sbb bedah bedah -.- sebenarnya... ermm... nak hina ciptaan Allah.. korang faham2 lah sendiri xD

Lelaki Korea ni... entah! No comment! Xde perasaan! Xromantik langsung! Menyampah! Malas! -.- suka makan mknn segera! Hello~ xbaik tau x? -.-  tu je laporan Choi Jin Ho dari Korea Selatan! Annyeong higaseyo~

MALAYA aka MALAYSIA

T.T akhirnya! Malaysia! Muah muah muah muah! Hahaha xD

Okey, lelaki Malaysia ni banyak jenis -.- hehehe, so aku akan bahagikan kategori dan sedikit penerangan dan sedikit cerita :3

1. Berlagak, kerek, kalau orang JB panggil act lebih!

Angkuh tak bertempat -.-

Ceritanya begini :

Baru semalam! Aku dengan oppa pergi makan kat warung burger ni, *SAY NO TO BLOODY HELL ISRAHELL PRODUCT! SAY NO TO MCD!!* "Sayang... abang nak sos cili boleh tak? Tolong mintakkan..", dengan wajah kittynya -.- "Jap...", aku pun bangunlah nak pergi ambil, "Bang, Sos cili sikit", "Kau tak nampak ke aku sibuk?! Ambillah sendiri!', aku pun apa lagi, pantang anak Melayu dicabar, "Fuck off you pathetic typical orang tua", terus aku belah, aku tarik oppa aku, dy letak duit 50 ringgit atas meja tu -.- serius menyampah! Cakap elok2 xboleh ke bang?

2. Suka curang -.-

Jangan cakap PLU lah dik! Lu orang pun same nye atoi pung! -.-

Kisahnya begini :
Dulu waktu form 5.. hah! Form 5 tau x??!! Kawan aq ni kapel dengan seorang mamat tu... kawan aq ni girl lah :3 so... bercinta bagai nak rak, kehulu hilir, tgk wayanglah apalah, rabe rabe, comolot, romen2... opps! Sensitif -.- pastu... putus sbb dy nampak jantan tu comolot ngan lelaki! Haha xD bangang betul skolah aq tu -.- harap je elit~

3. Sweet

Bukan jahat je lelaki Melayu ni.. ade je baik :3 contohnya Oppa aku! ;D

Ceritanya macam ni :

Aku : Oppa... Aim laparlah...
Oppa : Hah? Sayang nak makan ape?  Abang masak ya?
Aku : Eh... takyahlah.. susah kan abang je.. :(
Oppa : Mana ada.. untuk Aim.. semua boleh...
Aku : Hahaha.. betul ni?!
Oppa : Betul sayang~
Aku : # cair Nak makan... abang...
Oppa : o.O janganlah! Abang nk tidur ni! Esok ada kelas~
Aku : Take it or leave it ;)
Oppa : #buka baju n other is history xD

4. Jeles yg sweet! :3

Eleh~ korang punya BF mesti ade jeles kadang2 kan? Kan? Kan?

Ceritanya begini :
Aku tak tahulah kenapa lelaki minat betul kat aku -.- aku ni taklah lembut mcm jelly perisa strawberry tu.. pakai pun macam lelaki lain, kadang kadang je pakai baju fit -.- tupun sebab dipaksa seseorang tu~ (#mohon terasa) Adalah budak Indo ni, study same ngan aq.. nama dia Farez.. tinggi orangnya.. comel! (#xsecomel oppa)..., so kitorang kawanlah~ nak dijadikan takdir Allah SWT , oppa aq dtg ambik, skali dy nampak aq ngan Farez keluar same2, maka drama dibawah pun terjadi -.- :

Oppa : Siapa tu?
Aku : Hah? Mana?
Oppa : Yang jalan sekali dengan awak tu? (kalau syg aku ni marah, terus dy panggil aku 'awak' xD)
Aku : Haha, nama dia Farez, kenapa?
Oppa : Ada apa awak dengan dia?
Aku : Tak ada apa... #sedih
Oppa : Ermm.. naik..

Terus dia bawa kereta tu, dingin je.. tak pedulikan aku :'( sampai je rumah...

Aku : Abang... abang marah kat Aim ke?

Oppa : *diam je, terus belah masuk bilik*

Aku : Abang.... *dh start nangis* Aim tak ada apa2 dgn dylah.. Aim cintakan abang je.. Abang...

Aku pun kejarlah, pegang tangan dia erat,

Aku : Sampai hati abang kan... Sampai hati abang tuduh Aim macam tu... kalau abang dah tak sayang Aim... bgtau je lah...

Oppa : *cium aq kuat2* Shh... abang mintak maaf Aim... abang tak suke sayang abang jalan dengan orang lain... abang jeleslah... *dia mengesat air mata aku ..*

Aku : Janganlah buat Aim macam ni... Aim tak suka abang tak cakap dengan Aim.. Aim sakit hati lah... *peluk dy kuat2*

Oppa : Maafkan abang sayang... lepas ni abang tak buat lagi... Mianada...

Aku : Gwaenchanayo... Joesong hamnida oppa... joesong haeyo... *menangis*

Oppa : Shhh... dah.. tak comel dah Aim nangis! Dah... shh.. abang salah.. abang salah... Aim tak salah pun... Aim pukullah abang... Aim denda lah abang...

Aku : *kesat air mata, suara serak gila* Nak abang nyanyi!

Oppa : Hah? Okey... meh!

Terus dia dukung aku masuk bilik xD tak jadi apa2 pun -.- sebab waktu tu time Isyak kot! Gila ka ko??! Dengan tak mandi! Tak semayang! Oppa dah membebel bila dy kejut aq soh sembayang tapi aq x bangun, last2 dia dukung aq masuk bilik air.. suruh ambil wudhu pastu sembahyang.. lol -.- mcm akak aq xD

So! Nak dengar juga pendapat korang! Siapa pilihan korang? Korea? Japan? Or Malaysia?

Bangla ker.. Myanmar ke... Indo ke.. haha xD xnak ke~

Plz leave your respond ;)

#Selamat mengundi!
#Pray4MH17

cuma nak cakap! Majulah Jejaka untuk negara! T.T

#GoodLuck4myFriend #incheon17thAsianGames
#nakHoneymoonKat incheon lah xD

Okey da -.-

Wednesday 17 September 2014

Cerpen : Oppa To Kiss

Asyik cite pasal orang je~ xbestla~ skali skala nk jugak tulis pasal cinta aq thdap oppa xD so enjoy~ :3

Pasal cerpen kawan aq tu -_- dy xbg publish pulak... takut org yg dy suke tu terbace -_- dgn nada nak hentak dy sejuta kali atas jalan tar, aku berkata "Jadahnye mamat comel kau tu nk bkk blog plu", =..= pastu sengih2! Lol! So enjoy je la cite aq.. sweet jugak xD

Oppa To Kiss
By : Choi Jin Ho

7 tahun lalu ...

"Naim... kau tak nak balik dorm lagi ke? Dah pukul 2.30 ni... nanti lambat... kita ada study group nanti petang ni", Fariz memandang aku dengan pandangan yang agak bercelaru, mana taknya! Tadi puas dia dimarah oleh Cikgu Wei, guru matapelajaran Fizik kami, gagal memanjang, "Kau pergilah dulu Riz, nanti aku datang, aku tunggu seseorang ni", aku tersengih comel, "Seriously? Lantak kaulah Aim, aku pergi dulu! Jangan tak datang pulak petang nanti, Salam", Fariz pergi meninggalkan aku seorang diri dalam bilik kelas 4SN Tulen itu, "Waalaikumsalam~", aku melanbai, 'Lalu tak mamat tu hari ni?', aku menjengah kepala ku, 'Alamak! Dah datang!', cepat cepat aku duduk semula di kerusi dan berpura pura menyiapkan tugasan aku, dia seorang diri hari tu, 'Aiii.... machonya!!!', aku mengerling dari sisi, mungkin dia perasan aku memerhatikannya, satu senyuman ikhlas dihulurkan aku, tapi mamat tu buat tak endah je ! -_- KEPOCHI! AKU YANG COMEL NI PUN TAK NAK KE?!

5 Tahun Lalu...
Hari Keputusan SPM 2008

"Cikgu... janganlah pandang macam tu... saya berapa A?", aku memandang tepat ke arah mata Cikgu Halim, "Naim... saya kecewa dengan awak...", air mata aku gagal ditahan, aku memandang wajah orang tua aku di depan sana, senyuman ibu ku berikan sebagai pengubat luka, Fariz disebelahku memegang bahuku erat, dia lulus dengan sangat cemerlang 8A+ 2A, aku? "Saya suruh kamu target 8A+ je, yang kamu dapat 10A+ siapa suruh?!", air mata Cikgu Halim mengalir deras, "Berapa A Cikgu?", air mata aku semakin laju, Cikgu Halim memeluk aku erat, "10 A+ !! Anak murid saya dapat 10 A+!!!!", Cikgu Halim melompat gembira, aku takyah cakaplah, menggigil satu badan, hahaha xD "Tahniah Aim! Tak sia sia kau tidur lewat selama ni!", Fariz memeluk aku erat, "Ibu!! 10A+!!!", aku memeluk ibuku erat, "Anak ibu..., Ibu dah agak! Dia memang budak pandai!", ibu dan ayah memeluk aku erat, "Tahniah dik! Akak bangga dengan kamu! Tak sia sia akak berleter pada kamu!", airmata kakakku mengalir, cepat aku memeluk dia, dia idolaku, aku telah mengikut jejaknya, aku dapat menebus kekecewaan aku pada PMR lalu! Dan kini! Universiti impian ku! Aku datang!!!!

****
2014

Kini semua tinggal memori dalam hidupku, aku telah bergelar mahasiswa di sebuah universiti terbaik negara, Alhamdulillah! Kakak aku akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, aku? Entah, masih mengharap pada cinta yang mungkin takkan pernah aku kecapi.

"Abang laparlah dik, jom kita pergi makan, abang belanja", bakal abang iparku, abang Remy memandang ku dengan senyuman manis, "Haha, kejilah abang ni! Baru tadi makan kot!", aku tertawa besar, "Jomlah, penatlah bawa Kak Sarah kamu tadi beli barang kahwin, jom lah! Mana tau tersangkut awekkss satu, kamu ambiklah!", terburai tawa kami berdua dalam bilik bakal pengantin itu, ibuku hanya tersenyum manis.

"Teh O Ais satu ya? Makan saya nak Mee Goreng Singapore, Aim nak minum apa?", abang Remy memandang aku lembut, "Bagi Milo Ais ye? Makan Char Kuey Tiaw special, sotong lebih, hehehe", aku ketawa kecil, abang tak berapa nak comel but so so tu pun berlalu pergi xD Seketika selepas itu, sedang aku dengan rakus membunuh semua buah buah yang ada dalam Ninja Fruit tu xD datanglah seorang jejaka comel menghantar pesanan kami, (okey aq dh nak mula serius ni! #siyes) "Eh? Macan kenal je abang ni...", bibirku terlepas cakap, dia dan aku bertaut mata seketika, "Ni... Aim kan? Kelas 4SN Tulen SMK *meow meow* tu? Lama tak jumpa adik!", "Kenal pun abang Naz kat saya, duduklah bang, kita berbual sekejap, lagipun saya rasa kedai ni abang punya kan? Dari tadi saya nampak abang, malas tegur saja, abang Remy kenalkan, ni abang Nazmi, senior Aim kat sekolah dulu, hah abang Naz, ni bakal abang ipar saya", mereka berjabat tangan sambil tersenyum, "Haha, bukanlah dik... Abang kerja je..., ni kedai Mak Long abang..., saja cari duit lebih..., adik ada Whatsapp? WeChat ke? FB ke? Nak ID", abang aka Oppa aku memandang aku dengan pandangan menikam kalbu :3 *siyes cair time tu, nasib baik ade org, kalau xde, mmg nahas dia aku cium, meow~* "Ada! Ada! ID WeChat saya *meow meow*, nombor telefon 01 (4 tekan tekan tak dapat xD), FB saya *meow meow*, add tau!" aku tersenyum manja, "Okey... nasib baik sempat salin... tunggu tau, malam ni abang call, okeylah abang pergi dulu, Assalammualaikum", senyuman dihadiahkan dia buat aku dan abang Remy, aisshhh~ Hensemnya~ Makin hensem! :3

****

Malam hari kejadian... xD (ayat!~)

Seperti bakal para doktor yang lain, hidup anda takkan sah tanpa assignment yang tinggi bak bintang di langit tapi markahnya bak rumput di muka bumi -_- Aku menyiapkan dengan hati tak rela dan seperti nak nyanyi lagu "Patah Sayap" OST Kerana Terpaksa Aku Relakan aka Kerana Terpaksa Aku Buat -_- tiba tiba lagu Set Fire to The Rain nyanyian Adele berbunyi, sah telefon aku lah tu, 'Nombor siapa ni?', 011******, 'Aigoo~ banyaknya 1, takpa takpa', ehem! Aku berdehem, "Yoboseyo~", "Yoboseyo? Assalammualaikum lah!", abang Naz di hujung talian, "Abang! Waalaikumsalam, ingatkan siapa tadi... Hehe, kenapa call malam malam?", aku memeluk bantal golek aku erat, "Eh... kenapa? Kacau adik ke? Saja je... rindu... yelah, lama ada orang tu tak perhatikan kita... waktu tu abang stress, baru lepas kena marah... tu yang adik senyum abang tak balas... tapi... ada orang tu merajuk lepas tu, langsung tak nak tegur abang, jamuan kelas abang buat pun dia tak nak datang...", suara abang Naz dihujung talian seperti merajuk, "Manalah adik tahu... hahaha, abang perasan ke adik selalu tengok abang?", wajah aku memerah, "Selalu! Abang selalu nampak adik.
. Abang ingat adik usya kawan abang... rupanya adik usya abang... Sengaja abang lalu tiap tiap hari... Hahahaha", abang Nazmi tergelak besar, "Abang... Sebebarnya..., adik...", "Abang pun... abang cintakan adik... tapi lepas adik SPM terus kita lost contact", aku tersentak, "Apa?!", terduduk aku atas katil tu, "I love you...", suaranya dihujung talian membuat air mata aku mengalir, "Will you accept me as your ... how to say? Husband... maybe... ", tersengih aku mendengar, "Kejap... biar adik fikir.. ermmm....", "Aim!", abang Nazmi mengamuk di hujung talian, "Your love accepted, I live you too... Since a long time ago.. abang...", "Yay!!! Sayang Aim! Sayang... jom esok keluar makan! Abang belanja, jomlah! Kita dating kat Plaza Angsana, jomlah, jomlah, jomlah, jomlah!!!~", suara manja dah keluar dah, "Amboi~ Sayang terus? Yelah... tapi lepas kelas tau abang? Aim ada kelas nanti... lagi satu... Aim nak panggil abang apa?", aku hairan, "Errmm... Oppa!", dia ketawa kecil, "Oppa?! Itu girl panggil abang or bf dia! Taknaklah Aim! Aim lelaki tau tak! Walaupun senget sikut tapi hati tetap keras beb!", aku berseloroh, "For me.... please......", suaranya makin manja... aisshh... nak uji iman ke? Hahaha... "Ne~ Oppa... saranghae", aku tersipu, "Tak dengarlah... apa dia?", ish gediknya~ haha xD "Saranghae... Wo ai ni... chan rak ter... i love you..", aku berkata perlahan, "Haha, dah tidur! Esok abang datang amik Aim kat U, pukul 1.30 kan?", "Macam mana abang tahu?", aku hairan, aku tak cakap apa apa pulak pasal aku balik pukul berapa, "Err.. err...", dia tergagap, "Oooo... lost contact sangat?! Stalker ye????", aku ketawa besar, hanya bunyi gelak tawa riangnya :3

Tamat Part 1

So nantikan sambungan Oppa To Kiss dan maybe MMIAFB 5 next week! Hehe! Sayonara~ salam~

Monday 15 September 2014

Characters In MMIAFB!

Introduction to Ilham Zafrael :

1. Sombong
2. Bengis dan pemarah
3. Cepat memaafkan
4. Baik hati
5. Sayang mati pada seseorang yang dia cintai
6. Benci kucing
7. Cool
8. Idaman setiap pria dan wanita! :3

Jadi... pemegang wataknya adalah... *bunyi drum*~

Ariz Forteen! #kawanIzzueIslam #comel # cute # cair #comelOppaSayeLagi #muaahhOppa xD

Characters In MMIAFB!

Introduction to Fahrin :

1. Peramah
2. Suka dan gilakan kucing!
3. Wanted to be a doctor
4. Comel dan ceria
5. Baik hati dan pemaaf
6. Kuat merajuk dan sensitif
7. Kalau dia sayangkan seseorang.. dia rela mati untuk orang tu...

So our Fahrin akan digambarkan sbg Dafi comel! :3

My Maid Is A Flower Boy! 4

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 4
"Story About Him"
"Cerita Tentang Dia"

"Kenyang Rin?", Ilham memandang ke arah Fahrin dengan senyuman yang menawan, "Hehe, kenyang bos! Arigato-ghozaimas!", Fahrin menunduk malu, "Sama sama.., Fahrin.., kau tak kisah ke kawan dengan aku? Yelah ... aku ni...", belum sempat Ilham menghabiskan ayatnya, jari manis Fahrin menyambar ke bibir merahnya, "Shhh... dah bos..., saya tak kisah, siapa saya nak hukum bos? Lagipun..., saya faham perasaan bos..", Fahrin mengusap pipi Ilham perlahan, "Terima kasih Rin...", air mata Ilham mengalir perlahan, bayu Teluk Danga malam itu menghembus halus wajah mereka, persisir pantai itu ibarat muzik melankolika pengubat luka, hanya mereka berdua pada saat itu, "Fahrin, aku kenal Yusri 3 tahun... Dia tu nurse kat Hospital aku kerja... Aku cintakan dia sebab dia ambil berat pasal aku.. Tapi aku tak sangka dia curang... Dia curang Rin... Dia curang...", air jernih dari matanya tak dapat tertahan... Perlahan mengalir mengoles pipi... Fahrin memeluk Ilham perlahan.. "Bos... Sabarlah... Ada bagus Allah tunjukkan macam tu.. Supaya bos tahu mana kaca mana berlian, jangan pasir disangka intan", Fahrin memujuk Ilham perlahan, "Rin... aku takut Rin... Aku takut...", Ilham menyandar pada dada Fahrin, "Takut apa?", "Takut kau pun tinggalkan aku... Aku tak ada siapa siapa Fahrin... Aku anak yatim piatu... Membesar dengan kawan kawan... Aku jadi doktor tu pun atas harta peninggalan arwah abah aku.. Tapi kalau duit banyak.. Keluarga aku takde.. Takde erti hidup aku Rin...", Ilham menangis teresak, "Sudahlah bos... Janganlah macam ni.. bos ada saya.. saya boleh jadi keluarga bos! Bos ada Rasulullah... dan yang penting... Bos ada Allah.. Dia takkan tinggalkan bos.. Tapi bos yang selalu tinggalkan Dia... Dia rindu kat bos... Tapi bos tak balas Rindu Dia...", Fahrin mengusap air mata Ilham, "Rin... Allah terima ke aku?", Ilham duduk tegak dan memandang ke arah bulan purnama, "Selangkah kita berjalan ke arah Allah... 'berlari' Allah mendakap kita", Fahrin tersenyum, Ilham berpaling dan tersenyum, "Terima kasih Fahrin..", Ilham memeluknya perlahan, memerah pipi Fahrin jadinya... "Bos... saya tak boleh nafas...", Fahrin mendakap Ilham perlahan, "Fahrin! Kenapa ni?!", Ilham cemas, Fahrin rebah dalam pelukannya, dia mendukung Fahrin dan berlari ke arah kereta.

"Sayang... Fahrin... Sayang...", Zaharah mengusap rambut anaknya perlahan, "Umi... mana bos?", Fahrin membuka matanya perlahan, dia menyedari yang dia berada di hospital, "Kenapa kamu ni?! Bawa anak saya malam malam macam ni! Kamu tahu tak bahaya?!", Hairil memarahi Ilham yang sudah menunduk, "Abah.. bukan salah Dr. Ilham, semua salah Rin... Rin termakan ketam tadi.. Hahaha! Sedap sangat!", Fahrin memegang tangan abahnya, "Maafkan saya Dr. ... Betul saya tak tahu...", Ilham menunduk maaf, "Dr. Ilham... sebenarnya ada apa awak dengan anak saya ni?", Hairil hairan dan mula bernada lembut, "Saya...", Ilham tergagap, "Papa.. semua salah Zaril... Zaril yang bagi Fahrin kerja ni...", Zaril datang dan tertunduk takut, "Tengku Zaril! Kerja apa?!", Hairil mengamuk, "Abang! Sudahlah.. nanti abang sakit pulak", Zaharah memeluk suaminya, "Jadi maid...", suara Fahrin menusuk gegendang Hairil, "Apa?!", Zaharah dan Hairil serentak, "Patutlah kamu asyik tak lekat di rumah!", Hairil mencubit pipi anaknya, "Aww! Sakitlah abah!", Fahrin mengeluh, "Maaf papa...", Zaril menunduk, "Maaf Dr. Hairil", Ilham memandang Fahrin sayu... "Takpelah Dr. Ilham... bukan salah kamu.. Maaflah saya tertinggi suara.. Salah saya.. Haha... Takyah berdoktor lah! Panggil Pak Cik, okey?", Ilham mengangguk, "Pak cik pun panggillah saya Ilham... hehe", Ilham tersengeh, terhambur tawa Hairil, ternganga Zaharah disitu, "Bakpolah tok laki ambo ni lagu tu... Kejap bekeng (bengis).. meta (kejap lagi) molek smula (semula)... Pelik sengoti (sangat) ambo!", Zaharah membebel dalam hatinya.

"Maafkan aku Fahrin... aku tak tahu.. maafkan aku...", Ilham memegang tangan Fahrin erat, mereka berdua lagi disitu, Fahrin ditahan di Wad Pemerhatian untuk semalaman, "Sudahlah bos... Bos tak salah! Saya yang pelupa... Tak sedar diri xD", Ilham mengusap rambut Fahrin perlahan kemudian mengelus pipinya perlahan, "Kau alah dengan apa lagi?", Ilham memandangnya sambil tersenyum manis, "Errm... ketam.. kacang badam.. tu je lah", Fahrin menayangkan wajah manjanya, "Bos tak nak balik ke? Dah pukul 2 pagi ni...", Fahrin memandang Ilham dalam, "Abang kerja malam ni... Takpelah... abang teman sayang.. sayang tidurlah dulu... abang tunggu..", Ilham memeluk Fahrin dari sisi, memerah pipi Fahrin, "Bos...?", Fahrin hairan, 'Sayang? Abang?', "Kau nak apa?", memerah pipinya, dia sedar dia telah hanyut dalam pandangan Fahrin, "Tak de apala", Fahrin melarikan wajahnya dan tersenyum manis, "Aku keluar dulu.. makan ubat tu! Tidur! Aku rogol kau karang!", Ilham mengugut, Fahrin tergelak kecil, "Assalammualaikum... sayang...", walaupun perkataan 'sayang' itu diperlahankan namun sudah cukup untuk halwa telinga Fahrin, "Waalaikumsalam... abang...", air mata Fahrin mengalir perlahan, ya! Dia mencintai Ilham Zafrael! He loves Ilham Zafrael!

****

"Berlari mencecet Dr. Ilham semalam, dia dukung budak comel tu, kes alah... Teruk juga.. merah muka dia..", Yana bercerita sambil mengemas bilik bedah itu, "Ooo... Yang kelakarnya, habis semua nurse kena marah!", Hani ketawa besar, "Hahaha, lawak ye?", Ilham masuk dengan wajah bengisnya, "Doktor...", Hani dan Yana menunduk takut, "Berceloteh tak berhenti! Hish!", Ilham beredar dari situ dengan senyuman dilemparkan kepada Hani dan Yana, "Kenapa doktor tu? Dah insaf ke?", Yana berbisik, "Mungkin dia dah ternampak Sakaratul Maut, tu jadi macam tu!", Hani menjawab perlahan, berderai tawa mereka.

"Rin... dah kemas barang?", Ilham masuk kedalam wad Fahrin, "Hehe.. dah! Abang masuklah...", Fahrin membetulkan bajunya, "Haha! Apa?! Abang?", Ilham tertawa riang dan memeluk Fahrin perlahan, "Apa ni! Lepaslah!", Fahrin ketawa, "Comel lah kau ni!", Ilham memeluk geram, "Hahaha!", Fahrin menoleh, mata mereka bertaut, pandangan mata Ilham menikam kalbu Fahrin, perlahan Fahrin mengucup bibir merah Ilham.. lama.. cukup lama... dibalas Ilham perlahan...

****

' Penilaian bermula!
Tahap jiwang : Abg Zaril - 50%
                        : Abg Ilham - 10000%'

Hehehe... Fahrin memeluk bantal peluk itu erat, "Syoknya!!!!", dia mencium bantal itu berkali kali, "Sayang abang! Sayang abang! Sayang abang!", Fahrin memeluk bantal itu erat.

Ilham mengelap badannya perlahan, dia menyarung baju dan berbaring atas tilam empuk itu, "Kenapa dia cium aku? Dia suka aku ke?", Ilham angau sambil memegang bibir merahnya, dia berangan sambil melihat foto Fahrin yang sedang tidur yang ditangkap rahsia semalam, tanpa sedar dia tergolek sehingga jatuh dari katil itu, "Aish! Mereng aku! Tak kira! By hook or by crook! You'll be mine!", Ilham mencium gambar itu berkali kali dan tersengih seorang diri! Hahaha! Terookkk! ^^

****

Fahrin menyapu rumah pangsa itu perlahan, "When the rain is blowing in your face... lala~", Fahrin menyapu riang, mana taknya, tadi Ilham berjanji nak membawanya ke FunFair di Teluk Danga, sedang enak dia membayangkan detik romantika mereka malam ini, Ilham memeluk Fahrin dari belakang, cukup erat.. hembusan nafas panasnya terasa ke leher Fahrin, "Bos.. kan bos dah keluar tadi?", Fahrin berpaling, "Aku... Abang... sayangkan Rin... dari sejak kita berjuma... mata abang tak pernah jemu tengok senyuman Rin... dengar gelak ketawa Rin...", Ilham memeluk Fahrin lama kemudian mencium pipinya perlahan... "Abang...", air matanya mengalir perlahan.. "Abang... lama sayang tunggu abang... Lama Rin tunggu abang cakap macam tu... abang... Rin sayang abang seribu kali sayang... Biarlah orang nak cakap apa! I'm yours!", Fahrin mencium bibir Ilham lama.. kemudian air matanya mengalir perlahan..., Ilham berhenti menciumnya dan mendukung Fahrin, "Oit! Nak pergi mana ni? Lepaslah!!", Fahrin tergelak kecil, "Sayang... jom honeymoon!", Ilham mengenyit matanya, terhambur tawa Fahrin dibuatnya :3

Bersambung....

# agak pendek sbb korang pakse T.T kepade A.H! Nah! Hambek ko! Aq seboklh... amali... belah belah mayat.. jahit jahit mayat -_- sampai oppa aq x terurus jadinya xD jgnlah dy cari lain! AMIN! T.T

Friday 12 September 2014

I'm Sorry~

Assalammualaikum...

Hehehe... wei.. sorry tau korang! Bebulan korang tunggu aq xD sebenarnya aq sebok sampai x ade mase nk update blog... amali lah.. ape lagi~ insyaAllah.. dalam minggu ni akan ade update cerpen MMIAFB dan sbg tande minta maaf... satu cerpen khas nukilan kawan aq! Sory tau! Sep sket!

Hehhe... lu orang gerekkan kan? Sabo ye~

Thursday 17 July 2014

My Maid Is A Flower Boy 3

Have a fight with my classmate, berani dy nak usya oppa aq, mmg kene lah, hahaha xD

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 3

Fahrin mengemas jambangan bunga di kedai Farah Flower itu, kata orang, memang sesuai orang bermuka jambu bekerja di kedai bunga, haha, "Rin..., sudahlah tu, dari tadi kamu bergerak ke hulu hilir, nanti pak cik Hairil marah akak sebab dera kamu, haha", Farah mencuit perutnya perlahan, "Haha, okeylah kak, Rin pergi makan dulu, akak nak kirim tak?", Fahrin bangun dan bergerak ke muka pintu kedai bunga itu, "Tak pe lah dik", Farah tersenyum manis.

Fahrin menyedut Milo Ais itu perlahan, entah kenapa sejak semalam, wajah Ilham bermain di fikirannya, ke sana Ilham, ke sini Ilham, perlahan lahan dia menggeleng kepalanya, "Oi budak! Kau buat apa kat sini?", Fahrin menenyehkan matanya, Ilham?! Ya, di depan matanya, Fahrin teragak untuk menjawab soalan itu, "Budak comel, aku cakap dengan kau ni, hello~", Ilham membuka cermin mata hitamnya, "Bos..?", Fahrin mencubit pipi Ilham perlahan, "Oit, apa ni?", Ilham tersengih, "Aku tahulah aku hensem, tahan diri tu", Ilham menepuk bahu Fahrin perlahan, Fahrin menaikkan sebelah keningnya, "Chill sayang..., kalau kau nak, aku boleh bagi", Ilham mengenyitkan sebelah matanya, Fahrin bangun dan pergi dari situ, Ilham ternganga disitu, dia mengejar Fahrin perlahan, "Rin, aku gurau je, kau terasa ke?", Ilham memegang tangannya perlahan, "Semurah tu ke saya pada bos..?", air matanya mengalir, "Rin....", Ilham memandang tepat wajah Fahrin, Ilham sudah tak memedulikan mata mata yang memandang mereka di warung itu, "Aku minta maaf kalau sakitkan hati kau, aku tak bermaksud pun.., aku janji tak buat lagi, forgive me?", Ilham tersenyum manis, "Rin..., maafkanlah aku...", Ilham memegang bahu Fahrin lembut, Fahrin mengangguk perlahan dan tersenyum, Ilham menyeka air mata Fahrin, "Janganlah menangis, tak comel lah...", Ilham mencuit bibir merah Fahrin, Fahrin tergelak halus dan tersenyum kembali.

****
"Okey tak kerja dengan Am?", Zaril memandang Fahrin yang sibuk menyusun bunga itu, dia turut duduk di lantai kedai itu dan membantu Fahrin, "Best! Kitorang dah bincang, Fahrin datang rumah dia selang seli setiap hari, sama juga macam kerja kat kedai ni, Rin datang selang seli", Fahrin tersenyum manis, "Fahrin~", suara yang dirinduinya berbunyi jua, "Bos!", Fahrin tersengih dan melambai kecil, Zaril tersenyum kepada Ilham, "Hehe, kat sini rupanya kau, kau ni, muka dah jambu, kenapa kerja kat kedai bunga?", Ilham turut duduk bersila bersama mereka, "Dah tu? Saya nak kerja kedai apa?", Fahrin hairan, "Kedai buah lah!", Ilham melawak, terhambur tawanya sendirian, Fahrin dan Zaril berpandangan sesama sendiri, "Err, tak lawak ke?", Ilham hampa, "Hah? So cliche", Zaril menahan tawa, "Haha, Dr. Zaril, apa yang awak tahu pasal lawak?", Ilham tersengih, "Everything!", Zaril memeluk bahu Fahrin, Fahrin tergelak kecil, "Huh? Apa apa sajalah! Rin, aku ada bawa air Milo, kau nak?", Ilham menayangkan sekotak besar air Milo, kegemaran Fahrin, "Mana bos tahu saya suka Milo?", Fahrin mengambilnya perlahan, "Aku selalu nampak kau kat gerai tu, minum Milo", Ilham menggosok rambut Fahrin, Zaril ketawa kecil, "Selalu? Bukan hospital jauh ke dari sini?", Fahrin hairan, "Oo.., bos intip saya ya?", Fahrin menyambung, "Kau nak ke tak nak Milo tu, tak nak aku habiskan!", Ilham menukar topik, "Hey! Nak!", Fahrin mencuit tangan Ilham, Zaril tergelak besar, "Dr. Zaril, awak dah kenapa?", Ilham hairan, "Hahaha, what a suprise! Dr. Ilham, doktor paling ditakuti kat hospital pakar tu, rupanya mamat caring, ooowwhh, so sweet~", Zaril mencubit pipi Ilham perlahan, "Eii! Gelilah!", Ilham menepis, "Terima kasih bos", Fahrin tersenyum manja, "Sama sama budak, eh, tapi aku hairanlah, Zaril ni boyfriend kau ke?", Ilham bertanya lurus, memerah pipi comel Fahrin, "Mana ada! Abang Zaril ni dah macam abang saya!", Fahrin meradang, "Haha, maaflah Rin, aku tanya saja, korang ni macam belangkas, tu aku tanya", Ilham tersenyum dan mencuit pipi Fahrin, Zaril tergelak kecil.

****

'Okey! Baiklah! Mari kita mulakan penilaian!

Tahap kecomelan : Abang Zaril 98%, Bos 100%
Tahap ambil berat pasal aku : Abang Zaril 100%, Bos 90%
Tahap kepandaian : Abang Zaril 100%, Bos 100%
Tahap jiwang : Abang Zaril 90%, Bos ?

Entahlah, aku tak tahu sebab, aku asyik kena marah saja, tak pernah lagi bos berjiwang dengan aku, aigoo~, kejap! Aku ni nak pilih bakal suami kah?! Hehe, mereng betul!', Fahrin mengetuk kepalanya dengan pen perlahan, dia menatap gambar Ilham pada telefon bimbitnya yang dijadikan latar belakang, dicium gambar itu banyak kali, dia mengambil gambar itu daripada FB bosnya, haha, keji! Stalker! Dia berguling di atas katilnya itu dan cuba untuk melelapkan mata, kerana esok, dia akan kerumah doktor yang mencuri hatinya dan membuatkan dia sakit cinta, Dr. Ilham Zafrael!

****

Fahrin menyapu rumah kondo itu dengan penuh teliti, baginya, ini macam tugas harian dia di rumah, membantu uminya menyapu rumah dan sebagainya, Fahrin mengelap satu per satu gambar Ilham dan keluarganya yang tergantung di dinding, sampai pada satu gambar, Fahrin menatapnya lama, 'Kenapa bos mesra sangat dengan lelaki ni?', Fahrin hairan, dia memandang gambar itu lama seolah olah ingin memecahkan gambar itu dengan pandangan sahaja. Ilham keluar daripada bilik dan ternampak Fahrin yang sibuk menilik gambarnya, "Oit! Kau buat apa tu?", Ilham mencuit pinggang Fahrin, "Hish! Bos ni, terkejut saya, ni hah, mesranya korang, siapa ni?", Fahrin tersenyum, Ilham memandang gambar itu perlahan, "Ooo.., ni bestfriend aku", Ilham tersenyum manis, Fahrin mengangguk, 'Yay! Ada chance!', hatinya melompat. "Aku nak pergi kerja ni, nanti aku balik petang, tolong buatkan aku kuih ke, boleh tak Rin, please~", Ilham mengelip ngelipkan matanya, "Haha, boleh bos", Fahrin menggeleng, "Good boy! Aku pergi ya? Assalammualaikum~", Ilham mencuit pipi Fahrin dan keluar dari rumah itu, "Waalaikumsalam...", Fahrin tersenyum manis, 'Bye bye..., abang...', hatinya melambai.

"Kuih?! Kuih kejadahnya?! Aku mana pandai!", Wawa menjerit di hujung talian, "Oi mangkuk berayun! Takkanlah kau tak tahu buat sejenis kuih pun?!", Fahrin meninggikan suaranya kembali, "Hok aloh! Dio ni! Eii, kito kato tok gheti, tok gheti lah! Huh!", Wawa mengeluarkan loghat Kelantannya, "Chait! Poodah! Gila punya kawan! Assalammualaikum, nandri!", Fahrin memutuskan talian, "Ermm, bos kata 'kuih ke', maknanya, selain daripada kuih boleh lah kan? Apa kata aku buat kek?", Fahrin tersenyum, "Eh kejap! Nanti tak jadi pula! Cekodok je lah, cekodok manis, cekodok pisang, cekodok ikan bilis, hahaha", Fahrin tersenyum dan menyediakan 'radas' untuk membuat cekodok !!!~

****

' "Sudahlah Yusri..., abang dah tak nak dengar lagi", air mata Ilham mengalir perlahan, "Abang Am..., Yusri boleh jelaskan, itu kawan Yusri lah...", Yusri meraih tangan Ilham namun Ilham menepis sedikit kuat, "Kawan apa kalau peluk peluk?! Kawan apa kalau kau bercium depan aku?! Kau ingat aku tak nampak?!", Ilham menggengam penumbuknya, "Sial!",dia melepaskan penumbuknya pada dinding sahaja, "Abang..., Yusri...", Yusri cuba memeluknya, "Keluar Yusri..., tolonglah...,abang dah tak boleh kawal diri..., tolong keluar!", Ilham menengkingnya, Yusri melangkah keluar dari pejabat itu.... '

Kenangan setahun lepas itu mengusik jiwanya, air mata Ilham mengalir perlahan, dia mengesat sedikit air matanya, jam menunjukkan jam 5 petang, Ilham mengemas barangnya perlahan, hatinya gembira untuk pulang kerana ada yang menanti.

****

"Mana pulak doktor mereng ni?!", Fahrin menggaru kepalanya perlahan, dia tersenyum lebar apabila mendengar loceng rumah dibunyikan, laju dia berlari dan membetulkan dirinya, dia membuka pintu itu perlahan, ternyata bukan Ilham tapi ....

Ilham hairan, 'Kasut siapa ni?', Ilham mengendahkannya dan melangkah masuk, "Yusri?!", Ilham terperanjat melihat Yusri yang sedang duduk di meja makan itu, "Abang, lama sayang tunggu", Yusri tersenyum, Ilham memandang Fahrin yang sudah menundukkan kepalanya, "K... kau nak apa?", Ilham memandangnya dengan wajah berkerut, "Oi, tak reti nak buat air ke?", Yusri memandang Fahrin dengan pandangan yang tak dapat dijelaskan, "Tak payah.., Rin, pergi belakang kejap, abang nak bercakap dengan mamat ni, tolong buatkan air untuk abang, tekak abang hauslah sayang...", Ilham mengucup pipi Fahrin perlahan, Fahrin terpinga di situ dan melangkah ke dapur, "Sebab dia ke abang tinggalkan Yusri?!", Yusri meradang, "Eh? Kenapa meradang, mana pakwe kau tu? Yang kau 'bagi' tiap tiap malam tu?!", Ilham menyindir, "Ya! Memang aku main dengan dia! Sebab kau tak pernah puaskan aku, kau selalu tak de!", Yusri mengamuk, Fahrin menghulur air selamba pada Ilham, Ilham mengambilnya dan tersenyum, Fahrin meletakkan segelas air oren di atas meja itu, "Nah", Fahrin selamba dan melangkah ke dapur kembali, "Sebab aku selalu tak de, kau menyundal, macam tu? Eii, aku tak nak lah pakai barangan terpakai ni, tak pasal pasal, aku kena HIV, tak ingin aku!", Ilham membuka tali lehernya, dia meneguk air itu perlahan, sedap! Haha, Yusri mengambil airnya dan meneguk perlahan, "Yek! Masin!", Yusri mengeluarkan air itu semula, Ilham tergelak besar, Fahrin di dapur terkekek ketawa riang, "Celaka betul! Kau ingat Ilham, aku takkan biar kau senang!", Yusri meluruskan jarinya pada Ilham, "Yusri..., kau nak apa sebenarnya?", Ilham naik bosan, "Yusri nak abang..., ", Yusri membuka baju Ilham perlahan, satu persatu butang bajunya ditanggalkan, "Cukup Yusri", Ilham memegang tangan Yusri perlahan, "Baliklah Yusri, abang dah penat dengan semua ni, ababg cari orang yang mencintai abang, bukan orang yang jadikan abang tempat memuaskan nafsu!", Ilham menarik tangan Yusri kuat, "Keluar Yusri, sebelum abang buat sesuatu yang bodoh, baik Yusri keluar!", Ilham menolak Yusri dan menutup pintu itu kasar, Ilham melangkah ke dapur, Fahrin sedang menutup matanya, dan mendengar lagu, Ilham mencuitnya, Fahrin mendongak dan menunduk kembali, Ilham dalam keadaan yang sangat seksi baginya, Ilham menanggalkan ear phonenya perlahan, "Rin..., aku nak minta maaf sebab cium kau..., aku terpaksa", Ilham menunduk dan duduk dihadapan Fahrin, "Tak pe lah bos..., saya faham", Fahrin tersenyum, "Kau dah tahu siapa aku sebenarnya kan?", Ilham mengalirkan air matanya, "Bos...?", Fahrin menggosok belakang Ilham perlahan, "Aku gay.., ya.., Fahrin, aku gay.., aku tak tahu nak buat apa, aku bercinta dengan lelaki kena tipu, dengan perempuan kena tipu, aku..., aku sakit hati Rin..., aku perlukan seseorang...", Ilham memeluk Fahrin perlahan, "Shhh.., dah..., saya ada.., saya boleh jadi kawan bos", Fahrin mengusap air mata Ilham perlahan, bauan manis daripada Ilham membuatkan Fahrin tak keruan namun dia cuba menahannya, "Bos..., dalam hidup, ada banyak perkara yang boleh kita pilih, Allah tak zalim..., terpulang pada bos nak pilih apa untuk hidup bos", Fahrin melepaskan pelukannya, Ilham mengangguk dan tersenyum kelat.

****

"Malam ni kau tak payah masak, jom teman aku makan kat luar", Ilham menyarung kemeja hitam, "Hah? Saya masam lah bos..., lagipun comot, saya nak mandi tak bawa baju", Fahrin menolak baik, "Ermm, ambil baju ni", Ilham menghulur sehelai kemeja Polo bewarna hijau kepada Fahrin, Fahrin mengambilnya perlahan, "Hah.., seluar ambil yang ni", Ilham tersenyum sambil menghulurkan sehelai jeans kepada Fahrin, "Tapi bos..., sekarang kan tengah Maghrib, saya nak sembahyang dulu.., boleh?", Fahrin tersenyum, "Boleh.., kau nak sembahyang, bukannya buat benda tak elok, pergila aku tunggu", Ilham tersenyum dan duduk di sofa empuk itu, Fahrin terpinga melihatnya, "Kenapa? Pergilah, nanti lambat", Ilham hairan, "Bos tak nak...?", Fahrin menggayakan cara bertakbir, "Rin.., aku...  Kau pergilah dulu", Ilham malu dan tertunduk, Fahrin mengangguk dan bergerak ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Ya Allah, Tuhan yang Abadi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zal Jala Li Wal Ikram, berikanlah keampunan kepada ibu bapaku, rakan rakan ku, kaum kerabatku, seluruh umat Islam, berikanlah redhaMu kepada kami, Ya Allah, sesungguhnya kami hina tanpa redhamu. Ya Allah, lembutkanlah hati hambaMu, Ilham untuk kembali taat kepadaMu, berikanlah hidayah dan taufiqMu kepada kami semua, janganlah Engkau ambil balik hidayah yang telah Kau berikan ini, sejahterakanlah Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga dan sahabat baginda, Ameen", Fahrin mengaminkan doanya, Ilham yang mengintai tersenyum dan turut mengaminkan doa itu, 'Fahrin, kau buat aku makin gilakan kau...', Ilham tersenyum manis.

****

"Bos? Kita nak makan kat mana ni?", Fahrin hairan, "Adalah.., kau ikut je", Ilham tersenyum, "Eh? Ni kan gerai Char Kuey Teaw, wah! Bestnya!", Fahrin seronok, "Haha, aku tahu kau suka makan Char Kuey Teaw kan? Jom, aku belanja", Ilham keluar dan membukakan pintu untuk Fahrin, "Te.. terima kasih bos", Fahrin teragak dan keluar diiringi oleh Ilham.

"Rin, tunggu kejap, aku nak ke tandas, makanlah dulu, order je apa apa, aku bayarkan", Ilham tersengih dan bangun untuk ke tandas, Fahrin tersenyum dan mengunyah makanan itu berselera, "Hai, seorang je?", Fahrin mendongak kepalanya, "Tak.., ada kawan", Fahrin seolah olah tak mahu mengendahkan manusia gatal di depannya, "Nama abang Lan, adik nama apa?", Lan tersenyum, "Sayang, siapa ni?", Ilham menayangkan wajah garangnya, "Abang, entah, dari tadi kacau sayang", Fahrin memegang lengan sasa Ilham, "Lah, dah berpunya ke? Adess, melepas lagi!", jawab Lan selamba dan beredar seperti tiada masalah, "Ish! Jomlah Rin, tak selera aku nak makan, orang tengok semacam je, ambik kunci, duduk dalam kereta diam diam, aku nak pergi bayar kejap, kalau ada orang kacau, kau jerit je nama aku, faham?", Ilhan tersenyum, Fahrin mengangguk ceria.

"Bos..., laparlah", Fahrin tersengih, Ilham ketawa kecil, "Aku pun, kacaulah mamat tadi tu, kau nak makan Yong Tau Foo tak?", Ilham memandu kereta itu cermat, "Nak!", Fahrin tersenyum, "Tapi..., kau panggil aku abang tadi, comel lah", Ilham tergelak besar, "Eii, bos ni!", Fahrin menumbuk bahu Ilham, "Rin..., aku, entahlah, aku suka bila kau ada sebelah aku, terima kasih", Ilham tersenyum manis, Fahrin hairan, "Kenapa?", Fahrin hairan, "Sebab doakan aku", Ilham tersenyum manis, Fahrin tersenyum, 'Rin sayang abang....', jerit batin Fahrin, 'Abang sayang Rin...', Ilham tersenyum manja.

Bersambung ....

Saturday 5 July 2014

My Maid Is A Flower Boy! 2

Yo! Haha, sambungan chapter yg lepas :D komenlah supaya aq tahu ap yg x kene dengan cerpen aku ni :) sorry lambat update, aq ade hal kene setel :3

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 2

"Alah, tak pelah doktor, sekurang kurangnya taklah nanti awak ditangkap sebab bersedudukan dengan seorang perempuan!", Zaril menegaskan usulnya, "Apa yang dia pandai?", Ilham memandang Fahrin tajam, Fahrin yang ketakutan hanya memegang bahu kekar Zaril lama, "Errmm, semuanya", Zaril menjawab selamba, "Dr. Zaril, saya tak tanya awak, saya tanya budak comel belakang awak tu", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Oh? Yeke? Maaflah, saya tak tahu awak tanya dia, Fahrin, ikut abang tak hensem ni pergi interview, abang kena masuk bilik bedah sekejap lagi, Assalammualaikum", Zaril melambai halus dan pergi dengan selamba, "Abang...?!", Fahrin tidak merelakan dia pergi, 'Takkanlah aku nak kerja dengan doktor mereng ni?', galau hatinya.

"Nama?", Ilham bertanya serius, mereka berada dalam pejabat milik Ilham, "Err, Muhammad Fahrin B. Muhammad Hairil Syah", Fahrin tersenyum, "Umur?", Ilham tersengih, "18 tahun", "Cita cita", "Doktor", "Warna kegemaran?", "Merah, putih", "Restoran kegemaran?", "Apakah?! Apa kaitan soalan tu dengan kerja maid??", Fahrin naik berang, "Awak ditolak", Ilham memandangnya serius, "Kenapa?!", Fahrin berdiri, "Awak gila ke? Awak tu anak doktor senior, siapa tak kenal Dr. Hairil Syah, dengan pak long kamu, arwah Dr. Tengku Zaril, saya tak semereng tu nak ambil anak VIP jadi pekerja saya", Ilham memandang ke luar, "Masalahnya, kenapa dari tadi tak cakap dan tanya saya soalan pelik?", Fahrin menjelingnya tajam, "Saja, nak susahkan awak", Ilham menjawab selamba dan memeriksa fail pesakitnya, "Hish! Saya tak kira! Saya nak juga kerja ni!", Fahrin membentak, "Hei!", Ilham memarahinya yang sudah menunjukkan perlakuannya seperti anak kecil, "Kalau doktor tak terima saya..., saya suruh Dr. Zaril selaku co-senior hantar surat cadangan pada kerajaan suruh tukar awak ke Sarawak, nak?!", Fahrin mengugut, "Sarawak? Apa masalahnya?", Ilham menayangkan wajah sombong, "Maaf, silap, PEDALAMAN SARAWAK", Fahrin menekankan pedalaman Sarawak itu, "Hah?! Err, okey, awak diterima!", Ilham berdiri ketakutan, "Hahahaha!", Fahrin tergelak jahat.

****

"Dapat?", Zaril duduk di sebelah Fahrin yang sibuk menjilat ais krim coklatnya, "Tak nak kawan abang!", Fahrin memalingkan wajahnya, "Kenapa?", Zaril tersenyum, dia tahu, Fahrin memarahinya kerana meninggalkan dia seorang diri sebentar tadi, "Abang tinggal Rin dengan doktor mereng tu tahu tak?", Fahrin masih tak mengendahkan Zaril, "Ala, Rin, abang kan dah beritahu, abang kena masuk bilik bedah, abang kena bedah perut, tahu tak? Mula mula, abang kena belah perut, pastu cungki cungkil, lepastu jahit balik, penat tau?", Zaril menyandar pada bahu Fahrin, "Yeke?", Fahrin yang mudah simpati itu hanya mempercayai kata kata Zaril, tapi memang semuanya benar, Zaril berjaya dengan izin Allah menyelamatkan nyawa sebentar tadi, "Iye..", "Kesian abang...", Fahrin tersenyum dan menghulurkan ais krimnya pada Zaril, Zaril mengambilnya dan menjilat perlahan, "Kerja tu Fahrin dapat..., tapi..., Fahrin kena ada kerja lain lah", Fahrin memandang Zaril perlahan, "Kenapa?", Zaril hairan, "Sebab..., Rin bukan nak beli basikal, Rin nak beli motor, gaji maid ni baru berapa je", Fahrin memonyokkan wajahnya, "Rin!", Hairil datang dengan senyuman, jururawat yang baru pulang lerja itu kebanyakannya menilik ketampanan milik Dr. Hairil, "Abah? Kenapa?", Fahrin menyalami tangan ayahnya dan tersenyum manis, "Abah dah dapat kerja untuk kamu, kerja ni senang saja, hantar bunga, nak?", Hairil tersenyum, "Nak!", Fahrin melompat girang, Zaril tersenyum manis.

****

Fahrin hari ini akan memulakan kerjanya hari ni sebagai maid di rumah milik seorang doktor mereng hari ni, semoga berjaya hendaknya, "Fahrin elok elok tau? Kalau dia buli adik, beritahu abang, bukan kedalaman Sarawak abang hantar, kedalaman tanah abang hantar dia!", Zaril tegas namun dia tersenyum manis, "Terima kasih hantar, abang!", Fahrin menunduk hormat, "Nanti pukul 10 malam abang ambil, tau?", Zaril tersenyum, Fahrin mengangguk perlahan.

****

Ini bilik kau, aku nak kau kemas rumah aku ni, jangan sentuh barang aku, mahal! Satu lagi, aku nak sarapan, makanan tengah hari, makan malam, supper, semuanya siap sebelum aku balik, faham?!", Ilham memandang Fahrin tajam, "Ye, ye, aku faham lah!", Fahrin membentak, "Hey aku bos kau! Panggil aku Bos, faham?!", Ilham mencucuk pipi gebu Fahrin, "Ish, tak de masa aku!", Fahrin menepis tangan Ilham perlahan, "Lagi satu, rumah aku ni ada hantu, jangan hiraukan kalau kau dengar bunyi orang merengek ke, apa ke, faham tak?", Ilham memandangnya lembut, "Err, hantu apa tu?", Fahrin ketakutan, "Entahlah, aku pun tak tahu tapi... aku pernah tengok, hantu tu takde kepala!", Ilham bersungguh, "Kalau tak de kepala, macam mana dia merengek?", Fahrin menggaru kepalanya, "Bising lah, banyak tanya, aku rogol baru tahu!", Ilham berlakon seperti ingin membuka bajunya, "Eleh! Tak takut!", Fahrin menjelirkan lidahnya, "Hah? Tak ingin aku rogol kau!", Ilham mencubit pipi gebu Fahrin sedikit kuat, "Tepilah! Aku nak kemas barang!", Fahrin mengamuk, "Hish!", Ilham geram dan pergi dari situ, "Eii, gila seks!", Fahrin menutup pintu itu kasar.

****

"Ish..., bersepahnya rumah doktor mereng ni!", Fahrin menggaru kepalanya, dia memulakan kerjanya dengan menyapu rumah itu dahulu, kemudian dia mengemop rumah tersebut, "Nak kemas ke bilik si mereng ni?", Fahrin menggaru kepalanya lagi, "Err, kemas je la!", Fahrin masuk ke dalam bilik bujang itu, wangi, teratur, segalanya kemas, Fahrin terpesona dan melangkah keluar  kembali, "Kalau dah cantik, tak yah lah aku kemas, buat serabut aku saja!", Fahrin tersengih dan bergerak ke dapur pula, "Baiklah, ladies and gentlemen, today we gonna...", dia termenung seorang diri, "Err, aku nak masak apa ek nak bagi doktor mereng ni makan? Oh yeah, aku tahu!", Fahrin tersenyum manis.

Ilham tersenyum ke arah pesakitnya, Yaya, "Yaya sihat hari ni?", Ilham mencium pipi anak kecil itu, "Sihat! Doktor, bila Yaya nak keluar, dah muak lah tengok doktor doktor kat sini, tak hensem!", Yaya memonyokkan wajah comelnya, "Haha, doktor tak hensem?", Ilham menunjukkan dirinya, "Tak, hensem Dr. Zaril lagi, tapi ... dia pakar bedah, tak pe lah, doktor Am pun cute jugak!", Yaya tersengih, "Hish, gatal! Dah makan ubat belum budak?", "Dah..., tadi nurse raksasa tu bagi", dia tersengih lagi, Ilham tersenyum, "Esok doktor datang lagi tak?", Yaya memegang tangan Ilham, "Tak de lah sayang, esok doktor cuti, lusa doktor ada, okey?", Ilham tersenyum, "Doktor pergi mana?", Yaya tersengih, "Doktor rehat kat rumah je", Ilham tersenyum girang.

****

Ilham melangkah masuk ke dalam rumahnya, "Assalammualaikum!", 'Errm, sedapnya bau', jam menunjukkan pukul 5.30 petang, sedikit lewat dia pulang hari ini,

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Belum sempat Fahrin ingin menghabiskan lagunya, "Wah!", Ilham memeluknya dari belakang, "Argghhh! Lepaslah doktor mereng!", Fahrin meronta, "Tak nak! Sedapnya peluk kau ni!", Ilham mengeratkan pelukannya, Fahrin membiarkan dan berpusing menghadap Ilham, mata mereka bertaut seketika, "Eh, kau masak apa hari ni?", Ilham melepaskan Fahrin perlahan, "Ish! Hari ni aku masak Ayam Tiga Rasa dengan Sayur Goreng, kalau bos nak makan, saya boleh sendukkan", Fahrin ramah, "Saya?", Ilham hairan, "Haha, peliklah bos, guna aku - kau, saya rasa, aku - kau tu untuk kawan kawan saja, bos lain, bos ni bos saya!", Fahrin membebel sambil menyendukkan nasi dan lauk untuk Ilham, "Oh, yeke? Tak pelah Fahrin, panggilah apa apa, aku tak kisah, ni lagi satu, aku tak balik malam ni, so... kau baliklah awal, aku bagi, esok datang lagi, teman aku, esok aku cuti", Ilham senyum menampakkan lesung pipitnya, comel sangat, Fahrin terpikat dengan senyuman comel itu, "Bos ni comel lah!", Fahrin tersenyum, Ilham menaikkan keningnya, "Hahaha, aku macholah pandai! Kau tu comel!", Ilham mencuit pipi Fahrin perlahan, entah kenapa, Fahrin mula menyukai Ilham dan mula.... mencintainya...,

Bersambung ....

Sunday 15 June 2014

My Maid Is A Flower Boy! 1

Assalammualaikum! YO! cerpen kali ni agak unik sikit, sebab ini rentetan drpd TLTTWB, so enjoy~ kpd adik2 abang yang cute, kerja skolah dh siap? HAHAHA XD padan muke korang :P kalau x siap, pg siapkan! >;) nnti cikgu marah, abg x tahu, hahaha xD

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 1

Fahrin bergolek golek di atas lantai ruang tamu rumahnya, dia sungguh bosan! Keputusan SPM lambat lagi untuk diumumkan, SPM baru habis minggu lepas, macam mana nak umum? Hish!, "Ya Allah! Anak bujang aku ni! Bertuah betul!", Zaharah menepuk belakangnya perlahan, "Apa ni umi?", dia bangun dan duduk pula, "Fahrin, bilik kamu ada katil, besar lagi, pergilah baring kat atas", Zaharah duduk di samping anaknya, Fahrin memeluk Zaharah erat, "Umi..., bosan...", Fahrin mencium pipi ibunya, "Haha, ajaklah abang Fahmi pergi Danga Bay ke? Legoland ke? Pergilah ibu izinkan", Zaharah mencubit pipi gebu anaknya itu, Hairil turun daripada atas, "Kenapa ni?", Hairil duduk disamping isterinya, "Ni hah, anak kita ni bosan!", Zaharah memeluk suaminya pula, "Hahaha, awak ni, dah tua pun nak bermanja", Hairil memeluk Zaharah kembali, "Abah! Umi! Janganlah bermanja kat sini, Fahrin bosan.....", Fahrin memeluk abahnya pula, "Ish budak ni!", Hairil menepuk pipi Fahrin, "Jom pergi rumah Baba Daniel!", Fahrin tersengih, "Nak buat apa? Oh, nak jumpa Kaisarah lah tu!", Zaharah mencuit hidung mancungnya, "Baba Daniel tak de lah nak, dia pergi Australia", Hairil tersenyum, "Assalammualaikum!", suara orang diluar membuatkan Fahrin tersenyum lebar, "Abang Zaril!!", Fahrin berlari ke luar, "Haha, Fahrin", Tengku Zaril melambai kecil, "Waalaikumsalam, masuklah bang!", Fahrin ceria, dia membuka pintu pagar itu, "Terima kasih budak!", Zaril mencuit hidungnya kemudian melangkah masuk, umur Zaril dan Fahrin agak besar bezanya, 4 tahun. "Oh, Zaril, masuklah nak", Zaharah tersenyum, dia menyalami Zaharah, "Mama sihat?", "Sihat alhamdulillah...", dia tersenyum, "Papa sihat?", Zaril memandang Hairil perlahan, "Terlebih Zaril, dah buncit sikit, asyik makan je!", Hairil bergurau, terhambur tawa mereka, "Zaril dah makan?", mereka duduk di kerusi ruang tamu itu, "Dah, ibu masak tadi", Zaril tersenyum, air mata Zaharah sudah ingin mengalir, dia menahan namun gagal, "Ke, kenapa mama?", dia hairan, "Kenapa umi menangis ni?", Fahrin duduk di bawah ibunya, "Wajah kamu ni..., seiras arwah Pak Long kamu....", Zaharah melarikan mukanya, "Tak pelah mama pergi buat air dulu, Fahrin, berbual dengan abang, hai, abang sayang, tak ke hospital hari ni?", Zaharah memandang Hairil perlahan, "Hah? Eh, lupa plak! Hahaha, saya pergi dulu ya? Zaril, papa pergi dulu, Fahrin, abah pergi dulu, Assalammualaikum~", Hairil berlari anak keluar, "Fahrin dah makan?", Zaril tersenyum manis, "Hah? Err, dah...", Fahrin gugup bersama Zaril, "Kenapa ni? Tak suka ke abang datang?", Zaril memegang tangannya, "Suka!", Fahrin menunduk, "Haha, Fahmi mana?", Zaril tersenyum, "Dia kat atas", Fahrin tersengih, "Budak ni bosan, dari tadi aku dengar dia membebel", Fahmi turun dengan berpakaian lengkap seorang jurutera, "Bosan? Nak abang bawa berjalan? Kita pergi Legoland nak?", Zaril tersenyum, "Abang! Legoland tu tempat budak lah", Fahrin memuncungkan bibir merahnya, "Hahaha, dah tu Fahrin nak ke mana?", Fahmi duduk disebelahnya, "Jomlah pergi Singapore!", Fahrin memandang Zaril dengan pandangan comel, "Err, tak boleh lah Rin, abang kena pergi hospital kejap lagi, sorry ya?", Zaril menggaru kepalanya perlahan, "Hah? Alo~ Semua orang pergi kerja!", Fahrin memeluk tubuhnya,"Sayang, umi kan ada!", Zaharah tersenyum manis sambil membawa seteko teh panas, "Zaril, Fahmi, minum dulu kejap lagi baru pergi kerja", Zaril tersenyum manis.

****

"Abang, apa pendapat abang kalau Rin nak kerja?", Fahrin memandang abangnya, Fahmi, lama, "Errm, Rin, awak tu baru habis SPM, result lambat lagi keluar, Rin nak kerja apa?", Fahmi kehairanan, "Kenapa ni?", Zaharah mendekati mereka, "Ni ha umi, si Rin ni, gatal sangat nak kerja", Fahmi berseloroh, "Lahh, kenapa? Rin nak beli apa?", Zaharah duduk bersama mereka ditepi kolam ikan mewah itu, "Brooom, broomm!", Fahrin menggayakannya, "Ahh, motor? Suruhlah abah beli", Zaharah mencuit pipi mulus Fahrin, "Tak de! Motor abah tak nak bagi, Rin... bahaya tahu tak? Kalau nak ayah beli kereta, macam abang Fahmi kamu, nak?", "Alooo, Rin nak belajar berdikari lah umi, abah, please!!~", Fahrin menayangkan wajah comelnya, "Fine..., nanti abah tanyakan, okey?", "Yay!!", Fahrin memeluk abahnya itu. Hairil tersenyum manis.

****

"Aku bosan lah, selalunya pergi sekolah, sekarang ni tak tahu nak buat apa!", Wawa membebel, "Haha, aku cadang nak kerja, kau pula?", Fahrin memandang sahabatnya itu lama, "Entahlah, aku tunggu kau pinang aku lah! Hahaha", Wawa bercanda, Fahrin tersenyum manis, sebenarnya..., ramai yang mengajak dia untuk bercinta tapi, sudah lama dia menyimpan hati dengan Zaril, cuma dia takut untuk mengemukakan hajat hatinya itu, "Hahaha, okey, kau tunggu lah sampai berjanggut! Wawa, aku balik tau, abang saudara aku dah datang tu", Fahrin berdiri apabila ternampak Zaril yang melambai kecil ke arahnya, "Oh, okey, Assalammualaikum", Wawa tersenyum, "Waalaikumsalam", Fahrin berlari anak ke arah Zaril, "Seronok, minum dengan kawan?", Zaril memimpin tangannya melintas jalan, sejujurnya dia suka dengan apa yang dilakukan Zaril tapi..., dia tidak selesa begitu, dia takut rasa cintanya kepada Zaril akan semakin meninggi, "Seronok..., abang, apa pendapat abang Zaril kalau Rin kerja?", Fahrin tersenyum, Zaril membuka pintu kereta itu untuknya, "Abang tak kisah, asalkan Rin tak buat perkara yang sia sia, nanti abang tanyakan kawan kawan abang", Zaril mengenyit matanya, hati Fahrin mencair, " Kamsa hamnida", Fahrin tersenyum, "You're welcome my sweetheart", Zaril tersenyum manis, "Sweetheart?", Fahrin bertanya perlahan, Zaril tersenyum sahaja.

****
"Aduhai! Mana aku nak cari maid ni?!", Dr. Ilham membentak semacam, "Err, doktor, masuk ni, dah 15 orang maid awak hired dan fired, awak tak serik ke?", Hani memandang doktor muda itu hairan, "Hani, awak boleh tolong carikan tak?", Ilham memandangnya serius, "Baik tuan!", Hani bergurau, Ilham tersenyum halus.

Zaril berjalan sambil menyanyi kecil, dia berhenti di hadapan papan kenyataan hospital pakar itu,

ASSALAMMUALAIKUM!
PERHATIAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI KAWAN ATAUPUN INGIN BEKERJA DENGAN DR. ILHAM SBG PEMBANTU RUMAH, SILA DATANG KE PEJABAT DR. ILHAM DI BAHAGIAN PAKAR JANTUNG, SEKIAN, HARAP MAKLUM!

Yg Berusaha,
Hani Bt Kamarulzaman

Zaril tersenyum lebar.

****

"Rin tak kisah!", Fahrin memegang tangan sasa Zaril, "Ish! Takkanlah anak Doktor Senior hospital pakar nak jadi maid!", Zaril membantah, "Tak pe lah bang, Rin boleh lah!", Fahrin tersenyum, "Rin pandai masak ke?", Zaril mencubit pipinya, "Pandailah!", Fahrin mencuit hidung mancung Zaril, "Hai..., Rin ni, muka comel, pandai masak, terpikat abang, jom couple!", Zaril bergurau, "Haha, abang mengorat Rin ke?", Fahrin ternganga, "Abang gurau sajalah, abang straight tau!", Zaril mencuit hidungnya, "So...., Rin setuju nak kerja jadi maid?", "Okey!", Fahrin tersenyum manis, "Tapi..., rahsiakan daripada umi, abah dengan Fahmi senget tu!", Fahrin tersenyum, Zaril mengangguk halus.

****

"Dr. Ilham!", Zaril memegang bahu Ilham yang sibuk ..., memarahi jururawat? -.- "Dr. Zaril, awak nak apa?", Ilham tersenyum ala kadar sahaja, "Saya dah jumpa maid untuk awak", Zaril tersenyum, "Wah, baguslah tu!", Iham tersenyum, kali ini manis, menampakkan lesung pipitnya, "Mana maid tu?", Ilham menjengah, "Tapi...., maid ni lain sikit", Zaril tersengih, "Apa yang lainnya doktor?", Ilham menaikkan sebelah kening sabitnya, "Maid ni lelaki", Zaril menarik tangan Fahrin yang dari tadi bersembunyi di balik tiang besar hospital itu, "Hah?!", Ilham tercengang .....

Bersambung ....

Saturday 7 June 2014

The Love That The Wind Blows Last Chapter

The Love That The Wind Blows
Chapter : 10 ( Last Chapter )

"Abang...., Fiq dengan abang Raihan ucapkan takziah, Fiq tahu mesti susah nak terima orang baik macam abang Zack tinggalkan kita, tapi Allah lebih sayangkan dia, kan?", air mata Fiq gagal ditahan, Daniel tersenyum manis walaupun wajahnya pucat, "Aku harap kau tak cari lelaki lain Daniel...., sebab aku rasa, Zack dah bagi kebahagiaan yang cukup, pergilah cari perempuan....", Raihan menepuk bahunya, "Abang Raihan nak kahwin minggu depan, datang tau...", Fiq bersuara gembira, walaupun nadanya agak sebak, "Daniel...", Mawar tersenyum ke arah Fiq dan Raihan, "Tengku...", Fiq menunduk hormat, "Eh..., tak payah, panggil bonda je, ni, anak ni kawan Zack ya? Datang tau malam ni, ajak ibu bapa sekali, rumah bonda dekat belakang ni saja, Daniel..., Hairil cari kamu, pergilah jumpa dia", Mawar mengusap pipi Daniel yang dibasahi air mata sejak semalam, "Terima kasih bonda...", Daniel tersenyum, "Kami ucapkan takziah bonda..", Fiq tersenyum kelat, "Terima kasih...", Mawar menundukkan wajahnya, 'Anak ibu....., sanggup kamu tinggalkan ibu...?', hatinya menjerit hebat.

"Kenapa Hairil?", Daniel memandang Hairil dalam, Zaharah membetulkan tudungnya, "Nah...., Zack bagi", Hairil tersenyum, Daniel mengambil sambil tersenyum, dia membelek sampul surat berwarna kuning keemasan itu, memang benar ini dari Zack, kerana tulisan itu memang cukup dikenalinya, "Terima kasih....", Daniel menyeka air matanya, Lisa memeluknya perlahan, "Biarlah Lisa menjadi pengganti Zaril..., biarkan Lisa menjadi penghibur abang....", Lisa menyandar pada dada bidang Daniel, "Lisa..., abang sayangkan Lisa, abang cintakan Lisa...", Daniel tersenyum manis.

****

Kehadapan Daniel,

Assalammualaikum, abang dah makan? Kalau tak, pergilah makan, janganlah sedih sangat sebab pemergian Zack, kalau abang sakit, Zack lagi sedih...,

Abang..., Zack tak minta banyak dari abang..., tolong jagakan keluarga Zack tau? Jadikan diorang keluarga abang  abang ingat tak waktu kita sekolah dulu? Abang selalu kacau Zack waktu Zack ambil exam dalam dewan, walaupun Zack marah.., tapi Zack selalu tunggu abang datang kacau Zack, ingat tak waktu kat U dulu, abang bergaduh dengan mamat senget yang minat dekat Zack tu, hahaha, dan waktu Zack jadi doktor, ada amoi tu minat dekat Zack, abang panggil Zaharah suruh halau dia, hahaha, abang...  kenangan kita bersama takkan Zack lupakan sampai ke akhirat, walaupun orang melabelkan cinta kita sebagai haram, cinta kita sebagai menentang kata kata Allah, tapi ..., pada Zack, cinta kita bukan berlandaskan nafsu..., Allah Tahu segalanya kerana Dia lah Tuhan yang Maha Mengetahui setiap rintihan hambaNya, abang, janji pada Zack..., Zack cinta lelaki terakhir abang... ? Boleh kan ? Lagi satu, dalam surat ni, Zack,ada sertakan nombor akaun bank Zack, dan kata laluannya, abang serahkan 50% pada rumah anak yatim, 25% pada keluarga Zack dan 10% untuk keluarga abang, 5% lagi sebagai mas kahwin,abang dengan Lisa..., jagalah Lisa lebih daripada macam mana abang jaga Zack, semoga abang sentiasa gembira bersamanya...,

Yang mencintaimu hingga akhir,
Tengku Zaril

Daniel mengalirkan air matanya perlahan, setitis demi setitis air matanya jatuh ke bumi, dia menngengam erat surat itu, 'Zack..., sampai hati tinggalkan abang!?', batinnya menjerit namun tiada suara....

****

"Ayah..., Pak Long dulu, baik tak?", Tengku Zaril B. Tengku Aril memandang Aril, matanya yang bulat comel itu memang ada sedikit iras wajah arwah Zack, "Baik sangat! Kalau Zaril nak jadi macam Pak Long, kena belajar rajin rajin, Pak Long dulu doktor tau!", Lia mencium anak lelakinya itu, "Eh, Baba Daniel lah!", Zaril girang, "Assalammualaikum...", Daniel tersenyum, "Waalaikumsalam, masuklah bang...", Aril berdiri menyambut tetamunya itu, "Umi Lisa pun ada, ibu..., kenapa umi Lisa gemuk?", Zaril yang berusia 5 tahun itu memang petah bercakap, kuat bertanya, sama seperti arwah Zack, "Sebab umi Lisa mengandung, ada baby dalam perut dia...", Lia mencubit pipi gebunya, "Eh? Umi Lisa makan baby ke?", Zaril membulatkan mata hazelnya, terhambur tawa mereka, "Kalau Zaril nak tahu, Zaril kena jadi doktor, baru boleh check!~", Mawar mendukung cucu kesayangannya itu, "Tapi kan opah, Zaril nak jadi polis...", Zaril tersenyum menampakkan giginya yang rapi tersusun, "Oh? Cucu opah nak jadi polis, boleh...", Mawar tergelak, "Zaril nak jadi hensem macam Pak Long! Opah, mana nak beli hensem ek?" , terhambur tawa mereka, "Hensem tak boleh beli, Zaril kan comel, nanti besar hensemlah...", Mira datang menyampuk, dia menyalami Mawar dan yang lain, Man ke luar negara atas urusan kerja, "Abang Aizat, jom main kat luar!", Zaril berjalan ke luar disusuri Aizat, "Mana Hairil dengan Zaharah?", Daniel hairan, selalunya mereka ada di rumah Tengku Mawar, Zaharah menarik Hairil masuk, "Abang! Cepatlah, bonda tunggu dah tu", Zaharah tersengih, "Ish, abang malu lah!", Hairil melarikan wajahnya, "Kenapa tu pengantin baru? Sibuk bergurau nampak!", Mawar mengusik, "Jeng! Kim Hyun Joong!", Zaharah memperagakan suaminya, "Hahaha, abang Hairil, sebijik lah!!", Mira tergelak besar, "Papa Hairil macam orang Korea!", Zaril menjerit halus dan berlari ke arah ibunya, "Papa ni memang orang Korea, Zaril tak tahu ke?", Hairil mengejar dan memeluknya, kemudian mendukungnya erat, "Eleh, ayah lagi hensem!", Zaril mencuit hidung Hairil, sama seperti kebiasaan arwah Zack lakukan kepadanya, kini semuanya telah berubah..., daripada kehidupan yang bahagia kepada kehidupan yang sangat bahagia, keluarga yang terbina dengan redha Allah merupakan keluarga yang paling baik, kerana kata Nabi, "Orang yang hidupnya paling baik, adalah orang yang mendapatkan redha Allah", semoga kita berada dalam kalangan itu, Amin! :D

Tamat.... (Terima kasih Allah)....

The Love That The Wind Blows 9

The Love That The Wind Blows
Chapter : 9

Zack berjalan seorang diri di persisiran pantai Tanjung Balau itu, "Kesian tengok Zack tu, makan tak nak, malam menangis, tak tidur", Lisa memeluk tubuhnya, Zaharah mengangguk, "Kak Lisa, macam mana ni? Takkan nak biar Zaril macam tu saja", Zaharah memandang Lisa serius, mereka duduk di wakaf yang disediakan di situ, "Kita kena bagi Daniel yang uruskan ni...", Lisa tersenyum, "Tapi abang Daniel ada kat Amerika kan? Akak sendiri yang cakap", Zaharah menggaru kepalanya, "Aish! Zaharah, sekarang ni zaman IT, bukan zaman burung merpati, kan boleh pakai Skype", Lisa menayangkan wajah bosan, "Hehe, lupa pulak!", Zaharah tersengih, mereka memandang ke arah Zack kembali, "Siapa pula dengan Zack tu?!", Lisa berdiri, "Mana??", Zaharah turut serta, "Eh, tu abang Daniel lah!", Zaharah tersenyum, "Hah?! Aik? Dia kata seminggu, hari ni baru 4 hari, hahaha, biarlah, jom Zaharah, jangan kacau diorang, akak belanja kamu aiskrim!", Lisa ceria, "Jom!", Zaharah ceria berganda ganda.

"Sampai hati abang kan? Kenapa tinggal Zack lama lama,...?", Zack memandang Daniel sayu, "Sayang..., abang tak sempat nak beritahu sendiri, tapi Lisa ada cakap yang abang pergi kan?", Daniel memegang pipinya, "Tak nak Lisa! Nak abang...", dia memeluk Daniel erat, "Hish budak kurus keding ni! Dah tak tembam ni kenapa? Sayang tak makan ke...?", Daniel mencuit perut Zack, sedikit susut tubuhnya, "Zack rindu kat abang, mana mana nampak abang...", Zack bersuara sayu, Daniel menahan air matanya, "Sayang..., jangan buat abang susah nak lepaskan sayang, sakit sangat..", Daniel menangis sambil memeluk erat Zack, Zack tersenyum dan membalas pelukan itu, tiba tiba Zack rebah ke bumi, "Zack!!!", Daniel cemas, Zaharah yang enak menjilat aiskrim itu turut berlari bersama aiskrimnya dan Lisa untuk mendapatkan Zack, "Abang, tenang, Zaharah ada", Lisa tersenyum mengharapkan Zaharah sebagai jururawat, "Err, kejap", Zaharah memeriksa nadi Zack, "Okey..., Zack lemah, so... jom pergi hospital!", Zaharah serius, "Kalau ye pun, buanglah aiskrim tu, habis menjejeh!", Lisa membebel sambil berlari, Daniel mendukung Zack ke arah kereta, "Hehe, tak baik! Rezeki!", Zaharah ketawa.

****

"Jangan risaulah bro! Dia kurang makan je, kurang tidur, semuanya bagus!", Faris menyiku pinggang Daniel perlahan, "So..., aku boleh bawak Zack balik?", Daniel tersenyum manis, "About that..., errmm, Dr. Zaril kena berehat dulu kat sini, hehe", Faris tersenyum, Daniel tergelak kecil, Faris memberi isyarat pada Zaharah, "Abang..., jom beli makan untuk abang Zaril, dia mesti lapar", Zaharah tersenyum, "Okey", Daniel berdiri dan mengekori Zaharah, Lisa gagal menahan air mata, "Lisa..., aku dah buat macam kau nak? Kau yakin nak rahsiakan perkara ni?", Faris memandangnya sayu, Lisa mengangguk sayu, "Dr. Zaril, awak yakin?", Faris memandangnya sayu, "Dr. Faris, saya harap awak faham masalah saya...", Zack tersenyum linangan air mata menghiasi wajah suramnya.

Tengku Mawar tersentak, cawan dipegangnya jatuh dan berderai, dia terduduk disitu, "Mak Su..., ini ketentuan Allah...", Lisa memeluknya erat, "No! Allah! Tak cukup kah suamiku, mengapa Engkau mengujiku dengan ini? Ya Allah, aku tak sekuat Siti Hajar..., ", Mawar memeluk Lisa erat, "Ibu...., Zack okeylah", wajah Zack yang pucat membuatkan Mawar semakin bimbang, "Sayang..., anak ibu..., manja ibu..., hati ibu..., kenapa ni? Kenapa Zack? Kenapa tak beritahu Zack ada tumor?", Mawar memeluk anak sulongnya itu, "Ibu..., Zack tak tahu, Ibu..., maafkan Zack kalau nanti Allah ambil Zack dulu...,", Zack memeluk ibunya erat, linangan air mata menjadi penghias wajah keluarga itu, Aril masuk dengan tubuh yang menggigil, Lia memeluk suaminya erat, "Abang....?", dia memandang Zack dalam, Aril berlari memeluk Zack erat, "Abang!! Janganlah macam ni! Aril tak boleh hidup tanpa abang!!", Aril memeluk Zack kuat, "Aril..., sayang abang..., hey, Allah tak zalim lah, Lia kan ada..., Allah dah bagi Lia pada Aril untuk gantikan abang...", Zack memeluk adiknya itu, "Abang...", Lia mendekatinya, "Lia sayang, sini dik", Zack menahan air matanya, Lia memeluknya erat, "Lia..., nanti... kalau dapat anak lelaki, namakan dia sebagai Tengku Zaril, supaya Lia tak rasa yang abang jauh daripada korang", dia mencium dahi adik iparnya itu, Lia mengagguk laju, "Abang..., Lia mengandung...", Lia tersenyum pahit, "Hah?! Adik abang mengandung?! Aril, pergilah bawak Lia makan apa yang dia nak!", Zack ceria, "Abang..., macam mana kami nak gembira kalau keadaan abang macam ni...?", Aril memeluk bahu isterinya, "Aril, Lia..., kenapa kita hidup di dunia?", Zack tersenyum, "Sebagai hamba dan khalifah...", Aril tertunduk, itulah pesan Zack padanya selalu, "Sekarang..., tugas abang sebagai khalifah dah habis..., tugas abang sebagai hamba dah tamat di dunia..., Allah nak abang jumpa Dia...", Zaril mengusap pipi Lia dan Aril perlahan, Mawar tersentak, Lisa ternganga, Daniel yang datang dengan sejambak mawar menangis di muka pintu itu, "Tengku Zaril!!!", Daniel menengking, Zack terkejut, hatinya tersentak, "A... abang??", Zack berdiri, Hairil menahan Daniel daripada rebah, "Sampai hati Zack kan...., sampai hati tak nak beritahu abang..., tak pe lah, abang pergi saja, Zack memang tak sayang abang....,", Daniel berpaling dan pergi, Hairil mengejarnya, "Abang!!", Zack cuba untuk bangun, "Allah!", dia terjatuh kembali, "Zack!", Lisa memeluknya, Mawar mendekati anaknya itu, "Aril, pergi panggil Daniel!", Mawar bersuara sedih, Aril berlari mendapatkan Daniel, Lia membisikkan Zack untuk mengucap, "Abang...., ikut Lia..., la.. ila ha ila llah.... (pada yang bukan Islam, jangan baca ya?)", Zack mengikut perlahan, Mawar mengalihkan pandangannya, Zaharah yang datang terduduk di muka pintu itu, "Lisa...,", suara Zack perlahan, Lisa mendekatkan telinganya pada bibir Zack, "Tolong jaga abang Daniel untuk aku...., berikan dia cinta lebih dari aku...", tangan Lisa digenggam perlahan, Lisa mengangguk, air matanya berlinangan, "Ibu....", Mawar mendekatkan telinganya, "Terima kasih benarkan Zack yang tak sempurna menjadi anak ibu..., halalkan air susu ibu pada Zack..., terima kasih, ampunkan Zack ya ibu...?", Zack tersenyum, Mawar mencium anaknya perlahan, "Pergilah nak...,,ibu redha..., Allah...", Mawar tersenyum sayu, "Zaharah..., sayang....,", Zaharah mendekatkan telinganya, "Saya nak awak kahwin dengan abang Hairil, boleh...?", Zack tersenyum, Zaharah mengangguk, Daniel datang dengan segera, "Abang....", Zack tersenyum melihat Daniel, "Zack....,", dia memalingkan wajahnya, "Abang..., kenapa? Hina sangatkah wajah Zack, sampai abang jijik menatap wajah Zack....?", Zack tersenyum, air matanya berlinang lagi..., "Zack...,", dia memeluk Zack erat, cukup erat, "Abang..., jaga Lisa ya? Jaga bonda..., jaga Aril... jaga Lia..., jaga Zaharah.., cakap kat abang Hairil, Zack sayangkan dia..., Zack pergi dulu tau..., Zack tunggu abang...", Zack mengusap pipi Daniel, "Aril..., jaga ibu", Zack tersenyum, Aril mencium dahi abangnya itu, "La... ila... ha ila llah...", Zack berkata perlahan..., sunyi..., sejuk..., jasad yang dulunya menceriakan hati hati, jasad yang dulunya menjadi penghibur, jasad yang dulunya menjadi peneman, kini sudah..., sunyi...., Mawar menundukkan wajahnya...., Zaharah memeluk Lisa yang sudah menangis tidak terkawal, Daniel kaku, air matanya gagal untuk mengalir...., Hairil mengesat air matanya dan memeluk Daniel perlahan....,

"Dan aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, berpeganglah kalian kepadanya, nescaya takkan sesat kalian sampai bila bila, iaitu, al Quran dan Hadith", - Rasulullah SAW.

"Apabila matinya anak Adam itu, yang dibawanya hanyalah dua perkara, iman dan amal ibadatnya", - Allah SWT.

"Dan nikmat kurnia apa lagi yang kalian hendak nafikan?", - Allah SWT.

"Kami menjadikan kalian dari setitis air, kemudian kalian menjadi penentang yang nyata!", - Allah SWT.

"Kami menjadikan buah buahan, binatang yang setengahnya kamu makan dan setengahnya kamu jadikan tunggangan, menagapa kalian masih tak bersyukur?", - Allah SWT.

****

Kaum kerabat mengelilingi tanah perkuburan itu, "Takziah kami ucapkan Tengku..", seorang wanita mengucap sayu, Mawar memeluknya perlahan, semuanya berbaju hitam, kecuali Daniel..., dia mengenakan baju berwarna hijau, warna kegemaran Zack, baju Melayu pemberian kekasihnya, Daniel tersenyum sendiri mengingat kenangannya bersama Zack...,

"Sayang, kenapa muka berkerut ni?", Daniel memeluk sisi Zack, mereka menonton televisyen ketika itu, "Ni hah! Drama Melayu ni, ada ke orang mati je pakai baju hitam, kan suram jadi", Zack tersengih, "Dah tu sayang nak warna apa?", Daniel hairan, "Kalau ayang, ayang nak bila ayang meninggal, orang pakai baju warna kegemaran ayang!", Zack duduk menghadap Daniel, "Hijau?", Daniel aneh, "Yupz!", Zack tersengih....,

Kini semuanya tinggal kenangan, kembalilah hamba Allah, Tengku Zaril ke pangkuan Tuhannya, Ya Tengku Zaril Bin Tengku Mawar, kini kamu sudah berpisah dari alam ini, dan semoga ALLAH melimpahkan kasihNya ke atasmu....

Bersambung....

p.s : Yo! Haha, Assalammualaikum, amacam? best? chapter 10 adalah penamatnya, nama pun cerpen kan ( cerita pendek), takkan aku nak buat panjang2, nnti jadi cerpan ( cerita panjang), HAHA, okey tak lawak -.- pada yg menangis tu, lap lah air mata tu, buruk beno   :3 power jugak aq tulis ye? patutlah dapat A+ SPM, Hahaha, takabur! :3 tertarik dengan isu skang ni, pasal PANDA, pleaselah~ aq rase, PANDA tu cute! :3 macam oppa aq! :3 :3 :3 -.-