Saturday 5 July 2014

My Maid Is A Flower Boy! 2

Yo! Haha, sambungan chapter yg lepas :D komenlah supaya aq tahu ap yg x kene dengan cerpen aku ni :) sorry lambat update, aq ade hal kene setel :3

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 2

"Alah, tak pelah doktor, sekurang kurangnya taklah nanti awak ditangkap sebab bersedudukan dengan seorang perempuan!", Zaril menegaskan usulnya, "Apa yang dia pandai?", Ilham memandang Fahrin tajam, Fahrin yang ketakutan hanya memegang bahu kekar Zaril lama, "Errmm, semuanya", Zaril menjawab selamba, "Dr. Zaril, saya tak tanya awak, saya tanya budak comel belakang awak tu", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Oh? Yeke? Maaflah, saya tak tahu awak tanya dia, Fahrin, ikut abang tak hensem ni pergi interview, abang kena masuk bilik bedah sekejap lagi, Assalammualaikum", Zaril melambai halus dan pergi dengan selamba, "Abang...?!", Fahrin tidak merelakan dia pergi, 'Takkanlah aku nak kerja dengan doktor mereng ni?', galau hatinya.

"Nama?", Ilham bertanya serius, mereka berada dalam pejabat milik Ilham, "Err, Muhammad Fahrin B. Muhammad Hairil Syah", Fahrin tersenyum, "Umur?", Ilham tersengih, "18 tahun", "Cita cita", "Doktor", "Warna kegemaran?", "Merah, putih", "Restoran kegemaran?", "Apakah?! Apa kaitan soalan tu dengan kerja maid??", Fahrin naik berang, "Awak ditolak", Ilham memandangnya serius, "Kenapa?!", Fahrin berdiri, "Awak gila ke? Awak tu anak doktor senior, siapa tak kenal Dr. Hairil Syah, dengan pak long kamu, arwah Dr. Tengku Zaril, saya tak semereng tu nak ambil anak VIP jadi pekerja saya", Ilham memandang ke luar, "Masalahnya, kenapa dari tadi tak cakap dan tanya saya soalan pelik?", Fahrin menjelingnya tajam, "Saja, nak susahkan awak", Ilham menjawab selamba dan memeriksa fail pesakitnya, "Hish! Saya tak kira! Saya nak juga kerja ni!", Fahrin membentak, "Hei!", Ilham memarahinya yang sudah menunjukkan perlakuannya seperti anak kecil, "Kalau doktor tak terima saya..., saya suruh Dr. Zaril selaku co-senior hantar surat cadangan pada kerajaan suruh tukar awak ke Sarawak, nak?!", Fahrin mengugut, "Sarawak? Apa masalahnya?", Ilham menayangkan wajah sombong, "Maaf, silap, PEDALAMAN SARAWAK", Fahrin menekankan pedalaman Sarawak itu, "Hah?! Err, okey, awak diterima!", Ilham berdiri ketakutan, "Hahahaha!", Fahrin tergelak jahat.

****

"Dapat?", Zaril duduk di sebelah Fahrin yang sibuk menjilat ais krim coklatnya, "Tak nak kawan abang!", Fahrin memalingkan wajahnya, "Kenapa?", Zaril tersenyum, dia tahu, Fahrin memarahinya kerana meninggalkan dia seorang diri sebentar tadi, "Abang tinggal Rin dengan doktor mereng tu tahu tak?", Fahrin masih tak mengendahkan Zaril, "Ala, Rin, abang kan dah beritahu, abang kena masuk bilik bedah, abang kena bedah perut, tahu tak? Mula mula, abang kena belah perut, pastu cungki cungkil, lepastu jahit balik, penat tau?", Zaril menyandar pada bahu Fahrin, "Yeke?", Fahrin yang mudah simpati itu hanya mempercayai kata kata Zaril, tapi memang semuanya benar, Zaril berjaya dengan izin Allah menyelamatkan nyawa sebentar tadi, "Iye..", "Kesian abang...", Fahrin tersenyum dan menghulurkan ais krimnya pada Zaril, Zaril mengambilnya dan menjilat perlahan, "Kerja tu Fahrin dapat..., tapi..., Fahrin kena ada kerja lain lah", Fahrin memandang Zaril perlahan, "Kenapa?", Zaril hairan, "Sebab..., Rin bukan nak beli basikal, Rin nak beli motor, gaji maid ni baru berapa je", Fahrin memonyokkan wajahnya, "Rin!", Hairil datang dengan senyuman, jururawat yang baru pulang lerja itu kebanyakannya menilik ketampanan milik Dr. Hairil, "Abah? Kenapa?", Fahrin menyalami tangan ayahnya dan tersenyum manis, "Abah dah dapat kerja untuk kamu, kerja ni senang saja, hantar bunga, nak?", Hairil tersenyum, "Nak!", Fahrin melompat girang, Zaril tersenyum manis.

****

Fahrin hari ini akan memulakan kerjanya hari ni sebagai maid di rumah milik seorang doktor mereng hari ni, semoga berjaya hendaknya, "Fahrin elok elok tau? Kalau dia buli adik, beritahu abang, bukan kedalaman Sarawak abang hantar, kedalaman tanah abang hantar dia!", Zaril tegas namun dia tersenyum manis, "Terima kasih hantar, abang!", Fahrin menunduk hormat, "Nanti pukul 10 malam abang ambil, tau?", Zaril tersenyum, Fahrin mengangguk perlahan.

****

Ini bilik kau, aku nak kau kemas rumah aku ni, jangan sentuh barang aku, mahal! Satu lagi, aku nak sarapan, makanan tengah hari, makan malam, supper, semuanya siap sebelum aku balik, faham?!", Ilham memandang Fahrin tajam, "Ye, ye, aku faham lah!", Fahrin membentak, "Hey aku bos kau! Panggil aku Bos, faham?!", Ilham mencucuk pipi gebu Fahrin, "Ish, tak de masa aku!", Fahrin menepis tangan Ilham perlahan, "Lagi satu, rumah aku ni ada hantu, jangan hiraukan kalau kau dengar bunyi orang merengek ke, apa ke, faham tak?", Ilham memandangnya lembut, "Err, hantu apa tu?", Fahrin ketakutan, "Entahlah, aku pun tak tahu tapi... aku pernah tengok, hantu tu takde kepala!", Ilham bersungguh, "Kalau tak de kepala, macam mana dia merengek?", Fahrin menggaru kepalanya, "Bising lah, banyak tanya, aku rogol baru tahu!", Ilham berlakon seperti ingin membuka bajunya, "Eleh! Tak takut!", Fahrin menjelirkan lidahnya, "Hah? Tak ingin aku rogol kau!", Ilham mencubit pipi gebu Fahrin sedikit kuat, "Tepilah! Aku nak kemas barang!", Fahrin mengamuk, "Hish!", Ilham geram dan pergi dari situ, "Eii, gila seks!", Fahrin menutup pintu itu kasar.

****

"Ish..., bersepahnya rumah doktor mereng ni!", Fahrin menggaru kepalanya, dia memulakan kerjanya dengan menyapu rumah itu dahulu, kemudian dia mengemop rumah tersebut, "Nak kemas ke bilik si mereng ni?", Fahrin menggaru kepalanya lagi, "Err, kemas je la!", Fahrin masuk ke dalam bilik bujang itu, wangi, teratur, segalanya kemas, Fahrin terpesona dan melangkah keluar  kembali, "Kalau dah cantik, tak yah lah aku kemas, buat serabut aku saja!", Fahrin tersengih dan bergerak ke dapur pula, "Baiklah, ladies and gentlemen, today we gonna...", dia termenung seorang diri, "Err, aku nak masak apa ek nak bagi doktor mereng ni makan? Oh yeah, aku tahu!", Fahrin tersenyum manis.

Ilham tersenyum ke arah pesakitnya, Yaya, "Yaya sihat hari ni?", Ilham mencium pipi anak kecil itu, "Sihat! Doktor, bila Yaya nak keluar, dah muak lah tengok doktor doktor kat sini, tak hensem!", Yaya memonyokkan wajah comelnya, "Haha, doktor tak hensem?", Ilham menunjukkan dirinya, "Tak, hensem Dr. Zaril lagi, tapi ... dia pakar bedah, tak pe lah, doktor Am pun cute jugak!", Yaya tersengih, "Hish, gatal! Dah makan ubat belum budak?", "Dah..., tadi nurse raksasa tu bagi", dia tersengih lagi, Ilham tersenyum, "Esok doktor datang lagi tak?", Yaya memegang tangan Ilham, "Tak de lah sayang, esok doktor cuti, lusa doktor ada, okey?", Ilham tersenyum, "Doktor pergi mana?", Yaya tersengih, "Doktor rehat kat rumah je", Ilham tersenyum girang.

****

Ilham melangkah masuk ke dalam rumahnya, "Assalammualaikum!", 'Errm, sedapnya bau', jam menunjukkan pukul 5.30 petang, sedikit lewat dia pulang hari ini,

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Belum sempat Fahrin ingin menghabiskan lagunya, "Wah!", Ilham memeluknya dari belakang, "Argghhh! Lepaslah doktor mereng!", Fahrin meronta, "Tak nak! Sedapnya peluk kau ni!", Ilham mengeratkan pelukannya, Fahrin membiarkan dan berpusing menghadap Ilham, mata mereka bertaut seketika, "Eh, kau masak apa hari ni?", Ilham melepaskan Fahrin perlahan, "Ish! Hari ni aku masak Ayam Tiga Rasa dengan Sayur Goreng, kalau bos nak makan, saya boleh sendukkan", Fahrin ramah, "Saya?", Ilham hairan, "Haha, peliklah bos, guna aku - kau, saya rasa, aku - kau tu untuk kawan kawan saja, bos lain, bos ni bos saya!", Fahrin membebel sambil menyendukkan nasi dan lauk untuk Ilham, "Oh, yeke? Tak pelah Fahrin, panggilah apa apa, aku tak kisah, ni lagi satu, aku tak balik malam ni, so... kau baliklah awal, aku bagi, esok datang lagi, teman aku, esok aku cuti", Ilham senyum menampakkan lesung pipitnya, comel sangat, Fahrin terpikat dengan senyuman comel itu, "Bos ni comel lah!", Fahrin tersenyum, Ilham menaikkan keningnya, "Hahaha, aku macholah pandai! Kau tu comel!", Ilham mencuit pipi Fahrin perlahan, entah kenapa, Fahrin mula menyukai Ilham dan mula.... mencintainya...,

Bersambung ....

No comments:

Post a Comment