Thursday 31 May 2018

Ku Kan Setia (Bab 1)

Salam kalian, maaf sangat sangat saya lama menyepi. Saya harap kalian masih setia dengan blog saya dan kalau boleh kita sama sama promotekan blog ni. Haha. Nanti saya akan sambung semula cerita MMIAFB ya ? Buat masa ini kita mulakan dengan kisah baru, saya akan cuba untuk post setiap bab setiap satu minggu. Harap kalian sudi baca dan kongsikan ya ? 😊


Laju langkah kakiku. Tak ku hirau lagi manusia di kanan dan kiri hospital besar itu. Aku berlari anak mencari dia, satu sosok di sudut hospital itu aku dekati. "Shahril ...", perlahan dia datang kepadaku dan memelukku erat. Air matanya mengalir laju. Aku balas pelukannya erat. "Shahril ... Khadijah ... Khadijah ...", esaknya persis anak kecil. Aku tak dapat menahan air mata. "Shh ... Alif, sabar . Ril ada", aku usap belakangnya. "Alif nak Khadijah ...", rengeknya lagi. Aku peluk tubuh itu lebih erat.

"Syahid dia. Allahu", mak memandang sekujur tubuh yang ditutupi kain putih. "Ril, Alif mana?", mak memandangku perlahan. "Dia uruskan anak mereka dahulu", kataku dalam nada yang masih sebak. Khadijah kawan baikku pergi dalam keadaan yang mulia. Syahid ketika melahirkan anak mereka yang pertama. Hati siapa yang tidak retak melihat tubuh sahabat sedari kecil terbaring kaku tidak bernyawa ? "Ril ... Mak harap kamu boleh jaga Alif. Dia dah hilang satu permata dalam hidup dia", katanya perlahan. Risau seorang ibu kepada anaknya takkan pernah terlindung. Aku angguk perlahan. "Mak janganlah risaukan Alif. In shaa Allah, kesian Khadijah ... ", aku mengalirkan air mata kesal. Sudahlah yatim piatu, saudara mara pun entah ke mana. Sebatang kara. Menumpang kasih kami semua. Dan hari ini, dia di pangkuan Tuhan Yang Maha Pengasih. "Ummi sampai bila?", mak duduk di samping jasad Khadijah. Aku periksa semula 'chat'ku bersama Ummiku, "Katanya dalam setengah jam lagi. Sesak teruk dekat Skudai. Katanya ada kemalangan", aku menyimpan semula telefonku, "Ajal ... Tak kira siapa, mana, bila", sambung wanita itu. Aku hanya mampu mengangguk dengan mata yang masih sembap. "Ril ... ", suara Alif kedengaran lemah. Aku bangun dan mengesat air mataku laju, "Ya , Alif nak apa?", aku rangkul tangannya. "Teman Alif uruskan Khadijah. Alif tak kuat", air matanya mengalir laju. Aku angguk perlahan sambil memeluk tubuhnya erat. 

"Nah", aku hulur sebuku roti kepadanya. Dia geleng. "Makan Alif. Dari semalam Alif tak makan", aku usap pipinya. "Alif tak lapar", dia ambil bungkusan roti itu dariku. Anak dalam pangkuannya aku tatap. "Comel. Macam muka Alif", aku cubit pipinya perlahan. "Ril", dia pandang aku perlahan. "Ya ?", aku balas pandangannya. "Jangan tinggalkan Alif", air matanya mengalir lagi. "Shh ... Dah. Jangan menangis lagi. Kalau Khadijah nampak dia mesti sedih. Dia pun dah selamat", aku usap air matanya . "Ril .. Alif ... Masuk meh. Jangan duduk luar, embun malam malam ni", Ummiku memanggil. Kenduri tahlil untuk Khadijah malam pertama begitu sayu sekali. Rata rata yang hadir tidak dapat menahan sebak. Itulah kerana Alif duduk di luar rumah. Aku rasa dia tak mahu ikut sedih dan meratap. "Ummi nak dukung anak tu boleh?", Ummi mendepakan tangannya. "Boleh. Nah. Ini cucu ummi juga", dia senyum nipis. "Allahu", Ummi menyambut lembut dan membawanya masuk ke dalam. "Letaklah nama, takkan nak panggil anak sampai sudah. Anak bin Alif. Haha", aku bercanda. Dia senyum kelat. "Raihan. Muhammad Raihan. Khadijah yang pilih", dia hulur roti itu kepadaku. "Suap", pintanya seperti selalu. Aku tergelak kecil. "Comel nama. Raihan", aku suap roti sedikit kepadanya. "Alif sayang Ril", dia peluk tubuhku perlahan. "Sayang Alif juga. Ni habiskan roti", dia menggeleng. "Tak sedap", dia gelak kecil. "Memilih!", aku cuit perutnya. Haha.

***

"Ayah bukan apa Shahril ... Kamu sendiri tahu. Dah lebih 2 minggu Khadijah tinggalkan kita, tapi Alif macam tu lah. Ayah tanya sepatah, dia balas sepatah. Ayah tegur, dia senyum sahaja. Kerja pun tak pergi, nasihatkanlah dia nak ..", ayah memicit dahi tuanya. Aku menghirup air teh itu perlahan. "Mak ni habis ikhtiar dah Ril, nak suruh dia makan, minum. Tapi kalau kamu tak suap, memang dia taknak sentuh pun makanan tu", luah Mak pula. "Teruk dah tu", Ummi bersuara risau. "Ya Kak Maryam, puas Humaira fikir. Risau, kita anak seorang tu sajalah", bunyinya sebak. "Raihan macam mana ?", aku mencelah. "Kalau Raihan Ril jangan risau, Alif memang jaga betul. Tak lekang dia dengan anak dia", Ayah berseloroh. "Kita tak boleh nak salahkan Alif dia bertindak macam sekarang. Hati dia terluka. Ril tak nak cakap banyak sangat, kesian dia", aku geleng perlahan sebelum menghembuskan keluhan berat. "Sementara ni, boleh tak kalau mak nak minta Shahril tinggal dengan dia ?", mak pandang aku perlahan. "Ummi sokong. Sekurang kurangnya dia tak sunyi", Ummi memegang tanganku. "Ummi macam mana ? Nanti sunyi", aku risau. "Ummi janganlah risau, mak akan selalu pergi lawat ummi", mak menyakinkan aku. Aku angguk perlahan.

"Ril, nak suap", Alif mencuit pinggangku. Aku suap nasi ke dalam mulutnya. Laju dia mengunyah. "Alif, sampai bila nak macam ni?", aku ketawa kecil. "Macam apa?", dia pura pura tak tahu. "Suap ni. Malu lah. Nanti apa kata ummi, mak dengan ayah", aku menyambung suapanku. "Dari dulu Ril suapkan Alif. Kenapa nak malu?", dia protes. Nadanya sedikit sedih. "Eh, Alif. Aipp. Ril tak malulah. Cuma kan kurang manis. Kita bukannya muda lagi macam dulu", aku hulurkan air kepadanya. "Alif dengan Ril baru 25. Muda lagi apa", bangkangnya. Ada je ! Haha. "Dulu Alif minta Ril suap waktu sekolah, sekolah menengah, Matrik, Uni. Sekarang ni dah kerja, dah jadi bapa orang pun. Lainlah, haha", aku bercanda. "Merajuk", dia berpaling. "Eh ? Ala, merajuk pula. Tak kuasalah nak pujuk dia", aku gelak kecil. "Dah tak sayang Alif ke ?", dia berpaling semula. "Tak", candaku. "SHAHRIL !", dia geram. Aku ketawa besar. "Sayanglah. Kalau tak , tak kuasa nak naik atas ni semata mata nak suap awak", aku picit pipinya. Perlahan dahiku dia kucup. Pipiku memerah.

7 Tahun lalu ...

"Alif tak suka tengok Ril pakai seluar pendek", dia tutup pehaku dengan jaket miliknya. "Why?", aku hairan. "Tak baiklah. Kan aurat", dia usap rambutku perlahan. 

"Ril .. Ril !", dia goyang bahuku. "Ya sayang, apa?", aku pandang wajahnya. Merah pipiku. Apa aku cakap ni ? Ya Allah, malu. "Sayang ? Hahahaha. Sayang, janganlah mengelamun lama sangat. Saya lapar ni. Sayang tak kesiankan saya ke?", dia cuba beriak comel. "Ingat comel?", aku suapkan lagi nasi ke dalam mulutnya. "Kalau tak comel takkanlah Shahril sayang", selorohnya. Aku tergelak besar, "Hey!".

Bersambung ...