Sunday 5 October 2014

Cerpen : Oppa To Kiss 2


"Aku tak pandai bermadah.., tapi aku hanya mahu kau tahu.., aku cinta kamu..".

Air mataku menitis perlahan, abang Nazmi memeluk aku perlahan, "Aim... kenapa dulu Aim tinggalkan abang, yelah.. abang cuma nak kepastian..", matanya sayu menatap aku, "Bukan sebab Aim benci pada abang..., tapi Aim takut abang tak balas cinta Aim...", aku mengesat air mataku perlahan, "Sayang tak cakap dengan abang, manalah abang tahu, hahaha", abang Nazmi kembali tersenyum dan ceria, "Lagipun..., ada senior cakap abang dah kahwin...", aku memandang wajah cerianya sayu, "Mana ada kahwin, tunang je.., perempuan tu curang..", abang Nazmi menghembus nafasnya perlahan, "Aim tahu tak... siapa yang abang bayangkan kalau sedih?", aku menggeleng, "Abang selalu bayangkan Aim, Aim yang selalu senyum pada abang, Aim yang abang.., cinta", abang Nazmi mengucup bibirku perlahan, mujur tiada orang di suatu sudut di Danga Bay itu, "Abang..., ermm, sejak bila.. abang suka Aim?", aku menyandar pada dada bidang abang Nazmi, perlahan dia mencium ubun ubunku, "Sejak Aim form one, abang ternampak Aim main kejar kejar, sejak tu abang rasa.. Aim ni comel sangat dan.. abang jatuh cinta pandang pertama, Aim pulak?", abang Nazmi menahan tawa, "Waktu Aim nampak abang bagi ucapan waktu jadi ketua pengawas xD", "Hahaha, maknanya abang yang crush kat sayang dulu!", abang Nazmi ketawa besar, "Kenapa sayang suka abang?", mungkin abang Nazmi lenguh kerana aku menyandar padanya jadi aku pun duduk tercongok semula, "Sebab abang, ehemm... ada ciri ciri kepimpinan, comel, matang, yang penting.. abang tak sombong walaupun abang top 10 sekolah!", aku tersenyum, "Abang suka kat Aim sebab... Aim baik dekat abang, waktu abang demam, Aim yang jaga abang, waktu abang terlambat ambil makanan, Aim yang selalu tolong simpankan, tapi Aim tak pernah beritahu abang... , mak cik dewan makan tu yang beritahu abang.. dia kata ada budak comel simpankan untuk abang.. lepas tu dia tunjuk Aim", aku terpaku seketika, ya.. niat aku dulu memang supaya abang Nazmi tahu aku ambil berat tentangnya.. tapi.. biarlah kasih dan cinta aku hanya Allah yang tahu.., "Sayang abang!", aku memeluk abang Nazmi kuat, "Cinta abang pada Aim lebih besar~", abang Nazmi mencuit bibir aku.

****

Dah dekat 3 bulan juga kami memulakan hubungan ini, setakat ini kami bahagia, hanya sedikit suara sumbang yang aku tak pedulikan langsung.

Qi memandang aku dengan senyuman yang plastik, dalam kelas tadi aku perasan dia ada berbisik sesuatu pada Paan yang membuatkan Paan ketawa mengejek dan memandang aku dengan pandangan yang... (nak aku hentak kepala dia sejuta kali atas Tar!) Tak dapat aku jelaskan.. :3

"Aim, aku dengar kau couple dengan mamat jual Char Kuey Teow, betul ke? Sengkek sangat ke kau? Terdesak?", Qi dengan lemah gemalai mengalahkan panji ditiup angin! "Hah? Pardon me!", aku kaget sebenarnya, mana dia tahu? "Takyah speaking British sangatlah~ mak tahu, mak nampak kau semalam, mamat tu hantar kau kan?", Paan gelak macam celaka -.- waktu tu kelas baru habis, ada lagi 15 minit sebelum abang Nazmi datang, "Qi! Aku kenang kau ni 'perempuan' je! Kalau tak, mulut kau terburai aku kerjakan!", aku berdiri mengetap gigi, "Hey! Kau ingat mak takut?! Jomlah!", Qi menggengam penumbuk seadanya xD Tanpa banyak bunyi aku lepaskan penumbukku, Qi dan Paan dah menjerit macam noharoom je -.- Tiba tiba tangan aku ditahan, "Oppa..", aku hairan, sejak bila dia disini? "Stop this nonsense Aim!", abang Nazmi menggengam tangan aku perlahan, "They insulted you.. Aim tak boleh tahan..", aku memandang wajah tampan abang Nazmi lama, "For your information two little pathetic creatures, I'm his boyfriend and aku ni bakal jurutera, tak payah nak berlagak sangat dengan 10A korang tu! Aim aku dapat 10A+! Aku dapat 15A+! (tipu! Haha! 9 jew :p)", "Tapi saya 12A+", Paan menyampuk, "Diam! Aku tak suruh kau menyampuk!", aku menahan tawa, "Sekali lagi kau buat Aim menangis atau sakit hati, itu perkara last kau buat sebelum kau masuk lubang, faham?!", Qi dan Paan tertunduk, "Faham...", "Oi!! Tak makan ke?!! Aku tak dengar!!", abang Nazmi menjerkah, dengan aku pun kecut, "Faham tuan!!", "Bagus!!, sayang jom...", abang Nazmi tersenyum manja kepadaku, aku dah macam ---> °Π° hahaha xD

****

Jeng! Jeng! Sampailah sekarang, dah raya! Dan raya pertama kitorang sbg couple kat rumah abang Naz waktu hari Raya Aidil Fitri hari tu xD Mother in law aku perhati aku atas bawah, "Dia ni jantan ke perempuan? Mak tengok macam perempuan, tomboy ya?!", MIL (Mother In Law) aku mencucuk pipi aku, "Saya lelaki lah mak cik", aku menggosok pipiku, "Oo.. betul lah, suara garau, haha, Naz! Siapa ni? Mak ingat kamu bawa menantu tadi!", (memang aku menantu mu wahai MIL T.T), "Ini adik angkat Naz kat sekolah dulu, alah.. Aim, kan mak pernah jumpa dia", abang Nazmi tersenyum disebelah aku, "Ohh! Aim! Besar dah kau nak! Dulu kecil, sekarang.. ermm.. kecil juga!",MIL melawak, ketawa terbahak bahak mereka sekeluarga.

Sekarang Raya Haji xD Raya kat kampung aku :3 Kelantan~

"Sapo ni?", Opah memandang abang Nazmi dengan senyuman, "Comeynyo muko.., muluh... oghe alik siye ko ni? ( Orang Siam kah ni?)", aku menahan tawa meletak beg dalam bilikku di kampung, "Takdok lah Opah, ni saing (kawan) Aim, abe Nazmi..", abang Nazmi menunduk hormat, "Oo.. nasib baik anok mu jate (lelaki) Mah wei! Kalau tino (perempuan) aku nikoh ke dah duo oghe ni!", Opah berseloroh, terhambur tawa kami anak beranak.

"Makelah Naz.. bakpo tengok jjah?", ibu ku menegur, "Orang Johor mana boleh telan budu ni, kan Naz? Pak cik faham", ayahku bergurau, abang Naz hanya tersengih, (memang Johor sejati ayah aku ni T.T), "Bukan.. apa tu? Biji apa?", abang Naz menunjuk pada petai, terhambur tawa kami sekeluarga, Opah aku paling kuat, "Hahaha! Itu petailah abang Naz", Tasya, adik saudara ku yang kecil pun tahu, keluarga aku memang besar, jadi kalau berkumpul macam ni memang abang Naz jadi penyeri :) "Hah? Petai? Aim.. petai tu yang busuk tu eh?", abang Naz naif memandang aku, "Ye loh abe wei, hahaha", aku memeluk abang Naz sekejap, lama lama karang orang syak xD "Nak makan boleh?", dia menahan tawa, "Makanlah.. nanti jangan menyesal yo?", aku ketawa, dia mencicah petai dengan budu lalu mengunyahnya dengan nasi, "Hemm! Aroi! ( sedap)", abang Naz teruja, "Make. Make banyok sikit! Esok nok gi jale jale dekat Rantau Panjang", mak su aku menyenduk nasi lagi untuk abang Naz, aku hanya menggeleng dan berbisik, "Janganlah makan banyak sangat petai tu bang.. nanti kecing abang jadi busuk", aku menahan tawa, abang Naz tergelak kecil.

****

"Abe Aim! Jom main tarik upih!", Yazrin mengajak aku bermain, waktu tu aku sibuk menyiapkan sarapan untuk abang Naz, "Ha? Tokleh la dik, abe nok nolong ni, gi ajok abe Naz main deh?", aku tersenyum, Yazrin yang berumur 6 tahun itu mengangguk laju, mungkin dia mengajak abang Naz bermain, aku meneruskan kerja menggentel ubi itu, "Aim!! Aim!!", suara abang Nazmi kedengaran, berlari aku keluar, "Kenapa bang?", aku panik, "Ni hah! Tarik upih tu apa yang?", abang Naz menggaru kepalanya, "Hahaha.. ingatkan apa lah tadi", aku menarik tangan abang Naz, "Nih, abang ambil pelepah kelapa yang kering ni, kejap ya, abang pegang pucuknya", abang Naz mengikut sahaja, aku duduk di atas hujung pelepah itu, "Okey! Tariklah!", aku ceria, abang Naz menarik aku perlahan, "Lajulah sikit! Hok aloh!", aku bercanda, "Oo.. sayang cabar abang?", laju abang Naz menarik, terjerit jerit aku jadinya, hahaha xD

Lepastu shopping kat Rantau Panjang, borong sakan abang Naz, semua dia beli xD aku ingat lagi ayat Oppa, "Sayang.. kalau kita dah tua nanti.. abang nak.. kita tua sama sama, walaupun waktu tu abang dah tak hensem.. abang harap Aim tetap cintakan abang...".

Sudah pasti aku mencintaimu sepenuh hati Nazmi, hanya Allah tahu betapa hatiku milikmu, tapi... kerana Dia.. mungkin kita terpaksa.. berpisah nanti.. ya, bukan kerana yang ketiga.. tapi kerana Dia..

<3 Jihad kerana CINTA, dan Jihad demi RINDU <3

2 comments: