Saturday 7 June 2014

The Love That The Wind Blows Last Chapter

The Love That The Wind Blows
Chapter : 10 ( Last Chapter )

"Abang...., Fiq dengan abang Raihan ucapkan takziah, Fiq tahu mesti susah nak terima orang baik macam abang Zack tinggalkan kita, tapi Allah lebih sayangkan dia, kan?", air mata Fiq gagal ditahan, Daniel tersenyum manis walaupun wajahnya pucat, "Aku harap kau tak cari lelaki lain Daniel...., sebab aku rasa, Zack dah bagi kebahagiaan yang cukup, pergilah cari perempuan....", Raihan menepuk bahunya, "Abang Raihan nak kahwin minggu depan, datang tau...", Fiq bersuara gembira, walaupun nadanya agak sebak, "Daniel...", Mawar tersenyum ke arah Fiq dan Raihan, "Tengku...", Fiq menunduk hormat, "Eh..., tak payah, panggil bonda je, ni, anak ni kawan Zack ya? Datang tau malam ni, ajak ibu bapa sekali, rumah bonda dekat belakang ni saja, Daniel..., Hairil cari kamu, pergilah jumpa dia", Mawar mengusap pipi Daniel yang dibasahi air mata sejak semalam, "Terima kasih bonda...", Daniel tersenyum, "Kami ucapkan takziah bonda..", Fiq tersenyum kelat, "Terima kasih...", Mawar menundukkan wajahnya, 'Anak ibu....., sanggup kamu tinggalkan ibu...?', hatinya menjerit hebat.

"Kenapa Hairil?", Daniel memandang Hairil dalam, Zaharah membetulkan tudungnya, "Nah...., Zack bagi", Hairil tersenyum, Daniel mengambil sambil tersenyum, dia membelek sampul surat berwarna kuning keemasan itu, memang benar ini dari Zack, kerana tulisan itu memang cukup dikenalinya, "Terima kasih....", Daniel menyeka air matanya, Lisa memeluknya perlahan, "Biarlah Lisa menjadi pengganti Zaril..., biarkan Lisa menjadi penghibur abang....", Lisa menyandar pada dada bidang Daniel, "Lisa..., abang sayangkan Lisa, abang cintakan Lisa...", Daniel tersenyum manis.

****

Kehadapan Daniel,

Assalammualaikum, abang dah makan? Kalau tak, pergilah makan, janganlah sedih sangat sebab pemergian Zack, kalau abang sakit, Zack lagi sedih...,

Abang..., Zack tak minta banyak dari abang..., tolong jagakan keluarga Zack tau? Jadikan diorang keluarga abang  abang ingat tak waktu kita sekolah dulu? Abang selalu kacau Zack waktu Zack ambil exam dalam dewan, walaupun Zack marah.., tapi Zack selalu tunggu abang datang kacau Zack, ingat tak waktu kat U dulu, abang bergaduh dengan mamat senget yang minat dekat Zack tu, hahaha, dan waktu Zack jadi doktor, ada amoi tu minat dekat Zack, abang panggil Zaharah suruh halau dia, hahaha, abang...  kenangan kita bersama takkan Zack lupakan sampai ke akhirat, walaupun orang melabelkan cinta kita sebagai haram, cinta kita sebagai menentang kata kata Allah, tapi ..., pada Zack, cinta kita bukan berlandaskan nafsu..., Allah Tahu segalanya kerana Dia lah Tuhan yang Maha Mengetahui setiap rintihan hambaNya, abang, janji pada Zack..., Zack cinta lelaki terakhir abang... ? Boleh kan ? Lagi satu, dalam surat ni, Zack,ada sertakan nombor akaun bank Zack, dan kata laluannya, abang serahkan 50% pada rumah anak yatim, 25% pada keluarga Zack dan 10% untuk keluarga abang, 5% lagi sebagai mas kahwin,abang dengan Lisa..., jagalah Lisa lebih daripada macam mana abang jaga Zack, semoga abang sentiasa gembira bersamanya...,

Yang mencintaimu hingga akhir,
Tengku Zaril

Daniel mengalirkan air matanya perlahan, setitis demi setitis air matanya jatuh ke bumi, dia menngengam erat surat itu, 'Zack..., sampai hati tinggalkan abang!?', batinnya menjerit namun tiada suara....

****

"Ayah..., Pak Long dulu, baik tak?", Tengku Zaril B. Tengku Aril memandang Aril, matanya yang bulat comel itu memang ada sedikit iras wajah arwah Zack, "Baik sangat! Kalau Zaril nak jadi macam Pak Long, kena belajar rajin rajin, Pak Long dulu doktor tau!", Lia mencium anak lelakinya itu, "Eh, Baba Daniel lah!", Zaril girang, "Assalammualaikum...", Daniel tersenyum, "Waalaikumsalam, masuklah bang...", Aril berdiri menyambut tetamunya itu, "Umi Lisa pun ada, ibu..., kenapa umi Lisa gemuk?", Zaril yang berusia 5 tahun itu memang petah bercakap, kuat bertanya, sama seperti arwah Zack, "Sebab umi Lisa mengandung, ada baby dalam perut dia...", Lia mencubit pipi gebunya, "Eh? Umi Lisa makan baby ke?", Zaril membulatkan mata hazelnya, terhambur tawa mereka, "Kalau Zaril nak tahu, Zaril kena jadi doktor, baru boleh check!~", Mawar mendukung cucu kesayangannya itu, "Tapi kan opah, Zaril nak jadi polis...", Zaril tersenyum menampakkan giginya yang rapi tersusun, "Oh? Cucu opah nak jadi polis, boleh...", Mawar tergelak, "Zaril nak jadi hensem macam Pak Long! Opah, mana nak beli hensem ek?" , terhambur tawa mereka, "Hensem tak boleh beli, Zaril kan comel, nanti besar hensemlah...", Mira datang menyampuk, dia menyalami Mawar dan yang lain, Man ke luar negara atas urusan kerja, "Abang Aizat, jom main kat luar!", Zaril berjalan ke luar disusuri Aizat, "Mana Hairil dengan Zaharah?", Daniel hairan, selalunya mereka ada di rumah Tengku Mawar, Zaharah menarik Hairil masuk, "Abang! Cepatlah, bonda tunggu dah tu", Zaharah tersengih, "Ish, abang malu lah!", Hairil melarikan wajahnya, "Kenapa tu pengantin baru? Sibuk bergurau nampak!", Mawar mengusik, "Jeng! Kim Hyun Joong!", Zaharah memperagakan suaminya, "Hahaha, abang Hairil, sebijik lah!!", Mira tergelak besar, "Papa Hairil macam orang Korea!", Zaril menjerit halus dan berlari ke arah ibunya, "Papa ni memang orang Korea, Zaril tak tahu ke?", Hairil mengejar dan memeluknya, kemudian mendukungnya erat, "Eleh, ayah lagi hensem!", Zaril mencuit hidung Hairil, sama seperti kebiasaan arwah Zack lakukan kepadanya, kini semuanya telah berubah..., daripada kehidupan yang bahagia kepada kehidupan yang sangat bahagia, keluarga yang terbina dengan redha Allah merupakan keluarga yang paling baik, kerana kata Nabi, "Orang yang hidupnya paling baik, adalah orang yang mendapatkan redha Allah", semoga kita berada dalam kalangan itu, Amin! :D

Tamat.... (Terima kasih Allah)....

2 comments: