Monday 1 February 2016

Oppa To Kiss 3 : Final

Assalammualaikum~ Ade orang ker? Hahaha. inilah sebab kenape aq lame x update blog, haha. masalah aq xsettle lagi, hahaha. sabarlh ye yang ridukan Ilham n Fahrin :D nanti aq updatelah ye? insyaAllah :) 




Aku menghirup air teh itu perlahan. Pahit ditekakku, hakikatnya air itu sangat manis. Perlahan kepala ku aku angkat, memandang Oppa dihadapanku, wajahnya sedih dan pilu, kepalanya tak sudah menunduk. “Sudahlah bang .., dah nak jadi. Aim okeylah ..”, aku memegang tanganya perlahan, suasana ruang tamu teratak kecil kami tak pernah sesunyi itu. “Mana boleh Aim kata Aim tak kisah! Abang kisah tahu tak? Aim dah tak sayangkan abang ke? Abang tahu tak, abang kena kahwin dengan kawan baik Aim sendiri, Aim faham tak perasaan abang? Abang taknak kehilangan Aim, Aim … abang tak sekuat watak novel Aim tahu tak? Abang ..”, belum sempat dia menyambung ayatnya aku meletakkan jari manisku dibibirnya. “Abang .., Aim terlalu sayangkan abang. Sebab tu, Aim nak yang terbaik untuk abang. Cuba abang fikir balik, kita tak boleh menikah, jauh sekali bekeluarga, Aim tak boleh bagi abang anak, abang tu anak sulong”, aku menasihatinya. Wajahnya masih masam dan pilu. “Aim, abang tahu semua tu … tapi abang …, abang tak boleh kalau takde Aim”, Oppa melepaskan tanganku perlahan. Aku hanya tersenyum. “Sebelum ni abang boleh je hidup tanpa Aim”, aku bergurau, “Senanglah Aim cakap! Aim memang tak sayang abang!”, bingkas dia bangun dan naik ke atas. ‘Aku salah cakap ke?’, benak hati kecilku. Perlahan aku melangkah naik ke atas, Oppa turun semula lalu memelukku erat, “Aim … kenapa cakap macam itu? Tahu tak abang tak boleh hidup tanpa Aim, abang nak Aim…”, air matanya mengalir perlahan dibahuku. Aku hanya mampu memeluknya, ini takdir Dia, aku hanya hamba yang kerdil, tak mampu berbuat apa-apa. Aku pasrah …, memang fitrahnya, fitrah aku untuk bersama seorang wanita. Perlahan tanpa ku sedari, air mataku mengoles pipi.

“Naz ada telefon kamu tak Aim?”, MIL memandangku perlahan, aku menggeleng laju. Sudah dekat seminggu Oppa pergi entah ke mana, katanya hendak ke rumah Fahmi, rakan baiknya, tapi sampai sekarang bayangnya pun tak nampak, “Mak risaulah Aim.., kemana abang Naz kamu ni, tak pernah dia tak balik macam ni”, MIL berkata sayu, “Saya tak tahu mak, saya call dia, dia tak angkat, asyik mailbox aje, saya call Fahmi, dia kata abang singgah rumahnya sehari je”, aku memandang MIL pilu, haii ibu mertuaku, anakmu lari sebab tak mahu kahwin.. “Terima kasihlah Aim sudi datang rumah Mak, temankan Mak, Tasha (Adik bongsu abang Naz) tu selalu balik pukul 5, kerja pejabatlah katakan”, katanya perlahan sambil mengelus anak kucing, Milo namanya, comel. Hahaha. “Assalammualaikum..”, Oppa melangkah masuk, terperanjat badak aku, seminggu tak balik, tiba tiba muncul je. “Waalaikumsalam, ya Allah! Nazmi! Kamu ke mana??! Risau Mak tahu tak?!”, MIL meluru ke arahnya, Oppa menyalami tangan ibunya perlahan, aku tersenyum ke arahnya, Oppa memandangku perlahan dan naik ke atas.  “Bertuah punya budak ! Aim tunggu kamu sini, dia naik atas pulak!”, MIL mengejarnya, “Biarlah dia Mak, Aim balik dulu lah. Kesian pula Umi seorang kat rumah, abah out station, balik dulu mak, Assalammualaikum”, aku melambai perlahan, dibalas lambaian perlahannya. ‘Papa balik dulu Milo’, aku mencium Milo dan bergerak pulang. Oppa … ?

Bercinta sudah lama,
Berkasih dan bermesra,
Sedang enak membuai rasa,
Perpisahan tercipta,
Mengapa sementara ?
Cerahnya cinta kita,
Mendung tiba tiada ku pinta,
Gelapnya suasana …

Walaupun hatiku,
Amat berat melepasmu,
Dan rintangan mendatang sayang,
Terpaksa ku leraikan,
Seandainya ~
Kita harungi jua,
Kelak punah semua sayang,
Mimpi yang kau harapkan.

Ku pasti kau kembali,
Menyatu dua hati,
Lebih elok cari pengganti,
Tiada kau menyendiri,

Tak guna,
Disesalkan,
Hakikat percintaan,
Mungkin terpendam kenikmatan,
Disebalik perpisahan …

Ku Pendam Sebuah Duka
By : Khatijah Ibrahim

 Aku menutup radio bodoh itu. Apa hal lah kau pasang lagu sedih malam malam buta ni? Aku mengelap air mataku perlahan. Aku terpandang kotak yang aku kemaskan, barang barang aku, aku nekad. Aku kena keluar dari rumah ni, ini bukan rumah aku, dia dah nak kahwin pun, buat apa aku semak ? Aku mengambil beg dan semua baranganku, aku keluar dari bilik itu dan melangkah turun untuk keluar. Terkejut aku, Oppa mencerlung ke arahku. “Aim, nak pergi mana ??”, aku tergagap, “Aim nak balik rumah Umi ..”, aku teruskan langkahku kebawah, cik abang oii, kalau ya pun marah, tolonglah angkat, berat tau tak? “Jangan keluar”, arahnya. Langkahku terhenti. Aku berpaling ke arahnya. “Abang kata apa?”, aku meletakkan barang barangku perlahan. “Tolong .. jangan keluar Aim”, dia  memegang tanganku perlahan. “Duduklah sini sementara ni … abang nak cerita sesuatu dengan Aim, Aim kan teringin pergi berkhemah, jomlah pergi, Aim teringin pergi Melaka kan? Jomlah pergi … ini kali terakhir abang boleh bawa Aim jalan jalan macam ni, Aim ..”, Oppa mengelap air matanya sendiri. Air mataku bercucuran, aku pandang matanya, ikhlas … Aku mengeluh berat dan mengangguk, “Terima kasih abang …”, aku memeluknya erat, air mataku bercucucran, aku menangis semahu mahunya, aku lepaskan semuanya, pergilah sakit, pergilah …
****
 “Abang balik kampung Aim”, Oppa memandangku perlahan, aku memandang dia yang sibuk memandu ke Melaka, “Abang buat apa?”, aku tersenyum halus, “Jumpa nenek Aim, maksu Aim, lepastu abang balik Singapura, jumpa nenek abang ..”, aku mengangguk, “Nenek sihat?”, aku prihatin dengan nenek abang Naz kerana usianya lebih tua daripada umur Republik itu, hahaha. “Sihat .. Aim, abang nak cakap sesuatu dengan Aim”, bunyinya serius, aku menelan air liur, “Cakaplah ..”, aku berkata perlahan, “Abang nak lari, abang tak nak kahwin, jomlah Aim .. kita pergi tempat jauh, orang tak kenal kita”, Oppa meraih tanganku, aku tersentak. Gila ! Oppa gila ! Aku menjeling ke arahnya, “Dah gila? Dah tak kenal diri? Lupa diri ke?”, aku naik angin, “Tahu tak  bang ? Apa yang abang nak buat tu seolah olah abang melawan kehendak Dia, seolah olah abang derhaka kepada Dia, kemana je abang nak bawa Aim? Thailand? Sepupu Aim berlambak dekat sana, Singapura ? Berlambak saudara abang, Australia ? Amerika ? Ke abang nak bawa Aim pergi Korea ? Cuba abang cakap, abang… Mak buat tu semua demi kebaikan abang, dulu abang putus tunang sebab perempuan tu curang, tapi bang .. kali ni, wanita tu baik, solehah, berpendidikan sangat tinggi, rajin, baik hati, cantik … yang penting dia boleh bagi abang zuriat dan keluarga, apa yang ada pada Aim ?”, aku membebel panjang lebar, Oppa menahan geram dan air matanya, “Aim memang tak sayang abang !”, Oppa memberhentikan kereta ke bahu jalan, dia mencerlung ke arahku, “Aim tahu tak ? Abang tak boleh lupakan Aim ! Abang balik kampung, balik Singapore, semua nampak Aim ! Aim ! Aim ! Aim !”, dia memegang bahuku erat, “Abang cintakan Aim”, air matanya mengalir, “ Abang !! Abang tak boleh cintakan Aim, sedarlah bang.. Sedar !! Kita dah terlampau jauh dari Allah, abang selalu solat, baca Quran, tapi takkan abang tak boleh nampak kesalahan abang ?”, aku usap kepalanya, “Abang … kalau betul abang nak bersama Aim, nak Aim, kita jumpa di Syurga Allah, Aim yakin.. sangat yakin.. Allah takkan pisahkan kita waktu tu… tapi sekarang tak boleh, sebab Allah Maha Tahu apa yang paling baik untuk kita, Allah Maha Penyayang … takkanlah Allah nak kecewakan hamba-Nya?”, aku mengalirkan air mataku, Oppa memelukku erat, “Abang rasa Aim sayangkan abang kan ? Allah lebih sayangkan abang … lebih daripada sesiapapun, kejar Allah bukan Aim … Aim tak boleh beri abang syurga, tapi Dia boleh”, aku memeluknya lebih erat , “Maafkan abang Aim …”, air matanya semakin deras.

  “Abang …”, aku memegang tangannya erat, Oppa memandangku perlahan, “Aim nak ke Busan hari Selasa ni …, jadi .., harap itu kali terakhir abang sebagai kekasih Aim ...”, air mataku aku tahan. “Abang relakan Aim pergi …, abang terima semua ni, Allah bagi peluang untuk abang, sampai sekarang tak sekalipun abang rasa Allah tak adil pada abang “, wajahnya tersenyum, hatiku sangat tenang, angin sepoi sepoi bahasa di tapak perkhemahan di kawasan pantai ini sangat menenangkan, “Abang akan ikut cakap Aim, abang tunggu Aim dekat syurga nanti, insya-Allah”, jari jemarinya mengusap air mataku, aku peluk dia erat, aku tak peduli apa yang orang nak kata lagi, aku peluk dia sangat erat, “I love you”, bisiknya perlahan, “Me too, always”, balasku.

****
“Aim, kau okey tak?”, Umar memandangku yang sibuk memunggah beg galas dan sebagainya, “Okey, kenapa?”, aku tersenyum kelat, “Jangan tipu kitoranglah Aim, aku kawan dengan kau sejak sekolah menengah lagi”, Khai yang sibuk menolong aku pun mencelah, aku tergelak kecil, pukul 1030 AM , penerbangan ke Busan, Republik Korea dari Kuala Lumpur , Malaysia akan berlepas. Sekarang jam 0730 AM, sengaja aku bertolak awal sikit, aku baru sampai di ibu Negara ini semalam, mujur ada dua sahabatku menjemput, bukannya lama aku ke Busan, seminggu saja, tapi entah kenapa hati ni sayu sangat… Hahaha. “Aim …”, suara yang aku sangat rindui kedengaran, aku berpaling, “Abang..”, aku berlari memeluknya erat, “Aim jaga diri baik baik ya budak? Jangan cari boyfriend baru pulak !”, sempat dia mengusik aku, aku hanya mampu ketawa sambil memeluknya erat, “Jomlah Aim, bang, nanti lambat nak ke KLIA tu, takut sesak jalan je, tahu jelah KayHell ni, haha”, Umar mencelah, Khai tergelak kecil, aku mengangguk perlahan, sepanjang perjalanan aku hanya memeluk Oppa sekuat hati, begitu juga dia, aku tahu dia menangis tapi dia menyembunyikannya … Oppa, Aim cintakan abang ..
****
 “Aim ! Aim !”, Umiku memanggil dari bawah, “Ya Umi?”, aku berlari turun ke tingkat bawah rumah kami, “Nah … tadi posmen hantarkan, ada nama Aim, itu umi panggil, cuba tengok, manalah tahu dapat sambung belajar ke Jepun ke, haha”, umiku ketawa kecil, Amin !! Aku membukanya perlahan …,

 *** WALIMATUL URUS ***
NAZMI DAN PASANGANNYA

ANDA DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMAT MEGHADIRI ACARA INI SEPERTI KETERANGAN BERIKUT : ….

Aku tak mampu membacanya, air mataku mengalir, hatiku sakit.  Aku melangkah ke atas dengan hati yang sakit dan pilu, ibarat belati menghiris kalbu. Ibarat sembilu menusuk lukaku yang bernanah, aku hanya mampu menangis , betullah kata lagu Khadijah Ibrahim, ku pendam sebuah duka demi kebahagiaan hakiki lagi abadi di sana nanti =)

Aku hadiri majlis perkahwinannya, aku tahu dia memandangku dari jauh, tapi aku tidak endahkannya. Sudah hampir 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga, aku bahagia melihat kebahagiaan mereka. Hubungan aku dan dia ? Tinggal sahabat, mungkin kawan, mungkin lebih renggang daripada itu. Ya, aku yang merenggangkannya. Tapi, dia tetap Oppa aku, dan aku mengikhlaskan dia pergi, macam Zack. Hahaha. Bezanya aku masih bernyawa dan masih punyai peluang untuk berubah, berubah demi keluarga aku, dan berubah demi DIA …

TAMAT


“Kepada ALLAH Kami Berserah”.