Monday 25 June 2018

FINALLY ! AIM DAH ADA WATTPAD !

Hey hey hey semua. Tak sangka aku ada peminat dekat Wattpad. Terima kasih yang follow blog dan penulisan aku. Kalian, pertama sekali aku nak minta maaf sebab bukan aku tak nak menulis cuma masa dan dunia ni macam memaksa aku supaya tak menulis. Sibuk lah πŸ˜… tambah sebab luka aku dengan si dia ni baru sembuh, jadi aku perlu masa untuk bangkit semula. 


Atas saranan Kyung , aku dah buat Wattpad. In fact, kisah KU KAN SETIA dah sampai Chapter 5 πŸ˜… Maaf sangat sangat tak update di blog, aku terlupa. Demi kalian aku akan update di Wattpad dan kalau boleh akan update di blog juga.


Berkenaan MMIAFB aku perlu masa untuk habiskan kisah Ilham dan Fahrin. Sabar ya, I'm working for it πŸ˜‚


Ini akaun rasmi Wattpad aku : KU KAN SETIA

In shaa Allah aku akan sentiasa update dari semasa ke semasa. Tujuan aku menulis bukan untuk peroleh nama, tapi untuk sama sama kita berubah menuju Allah dan cuba mujahadah untuk tinggalkan 'dunia ini'.


Love you guys, thanks for support. Even ada seorang pun yang baca dan bagi support pada aku, aku akan terus menulis.


😊 lots of love, Aim.


Thursday 31 May 2018

Ku Kan Setia (Bab 1)

Salam kalian, maaf sangat sangat saya lama menyepi. Saya harap kalian masih setia dengan blog saya dan kalau boleh kita sama sama promotekan blog ni. Haha. Nanti saya akan sambung semula cerita MMIAFB ya ? Buat masa ini kita mulakan dengan kisah baru, saya akan cuba untuk post setiap bab setiap satu minggu. Harap kalian sudi baca dan kongsikan ya ? 😊


Laju langkah kakiku. Tak ku hirau lagi manusia di kanan dan kiri hospital besar itu. Aku berlari anak mencari dia, satu sosok di sudut hospital itu aku dekati. "Shahril ...", perlahan dia datang kepadaku dan memelukku erat. Air matanya mengalir laju. Aku balas pelukannya erat. "Shahril ... Khadijah ... Khadijah ...", esaknya persis anak kecil. Aku tak dapat menahan air mata. "Shh ... Alif, sabar . Ril ada", aku usap belakangnya. "Alif nak Khadijah ...", rengeknya lagi. Aku peluk tubuh itu lebih erat.

"Syahid dia. Allahu", mak memandang sekujur tubuh yang ditutupi kain putih. "Ril, Alif mana?", mak memandangku perlahan. "Dia uruskan anak mereka dahulu", kataku dalam nada yang masih sebak. Khadijah kawan baikku pergi dalam keadaan yang mulia. Syahid ketika melahirkan anak mereka yang pertama. Hati siapa yang tidak retak melihat tubuh sahabat sedari kecil terbaring kaku tidak bernyawa ? "Ril ... Mak harap kamu boleh jaga Alif. Dia dah hilang satu permata dalam hidup dia", katanya perlahan. Risau seorang ibu kepada anaknya takkan pernah terlindung. Aku angguk perlahan. "Mak janganlah risaukan Alif. In shaa Allah, kesian Khadijah ... ", aku mengalirkan air mata kesal. Sudahlah yatim piatu, saudara mara pun entah ke mana. Sebatang kara. Menumpang kasih kami semua. Dan hari ini, dia di pangkuan Tuhan Yang Maha Pengasih. "Ummi sampai bila?", mak duduk di samping jasad Khadijah. Aku periksa semula 'chat'ku bersama Ummiku, "Katanya dalam setengah jam lagi. Sesak teruk dekat Skudai. Katanya ada kemalangan", aku menyimpan semula telefonku, "Ajal ... Tak kira siapa, mana, bila", sambung wanita itu. Aku hanya mampu mengangguk dengan mata yang masih sembap. "Ril ... ", suara Alif kedengaran lemah. Aku bangun dan mengesat air mataku laju, "Ya , Alif nak apa?", aku rangkul tangannya. "Teman Alif uruskan Khadijah. Alif tak kuat", air matanya mengalir laju. Aku angguk perlahan sambil memeluk tubuhnya erat. 

"Nah", aku hulur sebuku roti kepadanya. Dia geleng. "Makan Alif. Dari semalam Alif tak makan", aku usap pipinya. "Alif tak lapar", dia ambil bungkusan roti itu dariku. Anak dalam pangkuannya aku tatap. "Comel. Macam muka Alif", aku cubit pipinya perlahan. "Ril", dia pandang aku perlahan. "Ya ?", aku balas pandangannya. "Jangan tinggalkan Alif", air matanya mengalir lagi. "Shh ... Dah. Jangan menangis lagi. Kalau Khadijah nampak dia mesti sedih. Dia pun dah selamat", aku usap air matanya . "Ril .. Alif ... Masuk meh. Jangan duduk luar, embun malam malam ni", Ummiku memanggil. Kenduri tahlil untuk Khadijah malam pertama begitu sayu sekali. Rata rata yang hadir tidak dapat menahan sebak. Itulah kerana Alif duduk di luar rumah. Aku rasa dia tak mahu ikut sedih dan meratap. "Ummi nak dukung anak tu boleh?", Ummi mendepakan tangannya. "Boleh. Nah. Ini cucu ummi juga", dia senyum nipis. "Allahu", Ummi menyambut lembut dan membawanya masuk ke dalam. "Letaklah nama, takkan nak panggil anak sampai sudah. Anak bin Alif. Haha", aku bercanda. Dia senyum kelat. "Raihan. Muhammad Raihan. Khadijah yang pilih", dia hulur roti itu kepadaku. "Suap", pintanya seperti selalu. Aku tergelak kecil. "Comel nama. Raihan", aku suap roti sedikit kepadanya. "Alif sayang Ril", dia peluk tubuhku perlahan. "Sayang Alif juga. Ni habiskan roti", dia menggeleng. "Tak sedap", dia gelak kecil. "Memilih!", aku cuit perutnya. Haha.

***

"Ayah bukan apa Shahril ... Kamu sendiri tahu. Dah lebih 2 minggu Khadijah tinggalkan kita, tapi Alif macam tu lah. Ayah tanya sepatah, dia balas sepatah. Ayah tegur, dia senyum sahaja. Kerja pun tak pergi, nasihatkanlah dia nak ..", ayah memicit dahi tuanya. Aku menghirup air teh itu perlahan. "Mak ni habis ikhtiar dah Ril, nak suruh dia makan, minum. Tapi kalau kamu tak suap, memang dia taknak sentuh pun makanan tu", luah Mak pula. "Teruk dah tu", Ummi bersuara risau. "Ya Kak Maryam, puas Humaira fikir. Risau, kita anak seorang tu sajalah", bunyinya sebak. "Raihan macam mana ?", aku mencelah. "Kalau Raihan Ril jangan risau, Alif memang jaga betul. Tak lekang dia dengan anak dia", Ayah berseloroh. "Kita tak boleh nak salahkan Alif dia bertindak macam sekarang. Hati dia terluka. Ril tak nak cakap banyak sangat, kesian dia", aku geleng perlahan sebelum menghembuskan keluhan berat. "Sementara ni, boleh tak kalau mak nak minta Shahril tinggal dengan dia ?", mak pandang aku perlahan. "Ummi sokong. Sekurang kurangnya dia tak sunyi", Ummi memegang tanganku. "Ummi macam mana ? Nanti sunyi", aku risau. "Ummi janganlah risau, mak akan selalu pergi lawat ummi", mak menyakinkan aku. Aku angguk perlahan.

"Ril, nak suap", Alif mencuit pinggangku. Aku suap nasi ke dalam mulutnya. Laju dia mengunyah. "Alif, sampai bila nak macam ni?", aku ketawa kecil. "Macam apa?", dia pura pura tak tahu. "Suap ni. Malu lah. Nanti apa kata ummi, mak dengan ayah", aku menyambung suapanku. "Dari dulu Ril suapkan Alif. Kenapa nak malu?", dia protes. Nadanya sedikit sedih. "Eh, Alif. Aipp. Ril tak malulah. Cuma kan kurang manis. Kita bukannya muda lagi macam dulu", aku hulurkan air kepadanya. "Alif dengan Ril baru 25. Muda lagi apa", bangkangnya. Ada je ! Haha. "Dulu Alif minta Ril suap waktu sekolah, sekolah menengah, Matrik, Uni. Sekarang ni dah kerja, dah jadi bapa orang pun. Lainlah, haha", aku bercanda. "Merajuk", dia berpaling. "Eh ? Ala, merajuk pula. Tak kuasalah nak pujuk dia", aku gelak kecil. "Dah tak sayang Alif ke ?", dia berpaling semula. "Tak", candaku. "SHAHRIL !", dia geram. Aku ketawa besar. "Sayanglah. Kalau tak , tak kuasa nak naik atas ni semata mata nak suap awak", aku picit pipinya. Perlahan dahiku dia kucup. Pipiku memerah.

7 Tahun lalu ...

"Alif tak suka tengok Ril pakai seluar pendek", dia tutup pehaku dengan jaket miliknya. "Why?", aku hairan. "Tak baiklah. Kan aurat", dia usap rambutku perlahan. 

"Ril .. Ril !", dia goyang bahuku. "Ya sayang, apa?", aku pandang wajahnya. Merah pipiku. Apa aku cakap ni ? Ya Allah, malu. "Sayang ? Hahahaha. Sayang, janganlah mengelamun lama sangat. Saya lapar ni. Sayang tak kesiankan saya ke?", dia cuba beriak comel. "Ingat comel?", aku suapkan lagi nasi ke dalam mulutnya. "Kalau tak comel takkanlah Shahril sayang", selorohnya. Aku tergelak besar, "Hey!".

Bersambung ...

Thursday 27 April 2017

My Maid Is A Flower Boy ! : 9

BA B 9 : CAHAYA.
“LIGHT”.

Ilham hanya mengekori Yusri perlahan dari belakang, ‘Apa yang Yusri buat dekat sini?’, Ilham memerhatikan sekelilingnya, lorong belakang deretan kedai itu tampak seram ditambah lagi pada waktu malam. Ilham terus menapak perlahan, mengekori Yusri. Dia ternampak Yusri bertemu dengan sekumpulan anak muda, mereka seakan akan mengeluarkan sesuatu yang banyak dari lori muatan berat. Semakin berkerut dahi licinya, "Ini sajakan ?", walau agak jauh namun butir percakapan  mereka agak jelas. Yusri berpaling ke arah belakang, kelibat Ilham dapat ditangkapnya. Perlahan Yusri melambai. Semua di situ menikam pandangan mereka ke arah Ilham. Ilham menepuk dahinya perlahan, dengan penuh berhati hati dia menuju ke arah Yusri. "Yus, buat apa ni?", nadanya agak takut."Abang nak tak ikut kami", Yusri tersenyum ikhlas. Ilham menaikkan sebelah keningnya.

"Ibu ! Abang Yus dah datang !", seorang anak kecil menjerit teruja , pakaiannya agak compang camping.  Perlahan anak itu memeluk Yusri. Yusri membalas perlahan, "Mana Ibu?", Yusri membelai wajah tak berdosa itu perlahan, Ilham sudah dapat meneka. Mereka ini gelandangan, dan Yusri serta anak anak muda yang lain ini adalah sukarelawan yang mulia budi kerana sanggup membantu golongan ini. Ilham tergamam melihat Yusri yang dahulunya sombong dan ego sedang mengagihkan bungkusan nasi serta air kepada orang orang yang kurang bernasib baik itu. "Doktor.. kami perlukan bantuan", seorang wanita ayu bertudung datang menyapanya, "Ya. Apa?", Ilham tersenyum, "Aku Dr. Salmiza , boleh tak kalau doktor tolong aku di Unit Perubatan, kami kekurangan doktor. Lagipun Yusri sibuk kat sana tu",  dia tersenyum, walaupun berniqab, riak matanya sudah cukup menyatakan yang dia tersenyum. "Macam mana tahu saya doktor?", Ilham hairan. "Kalau iya pun, tanggalkan lah name tag nama kau tuh", dia tergelak kecil. Ilham memandang poket kananya, Ya Allah. Tertera DR. ILHAM di situ. Patutlah.

"Dah lama ke Yusri join ni?", Ilham memandang Yusri yang sedang sibuk melipat baju sumbangan orang ramai itu untuk diagihkan kepada mereka yang di situ. "Lama tak lama lah abang, dari bulan lepas. Terjumpa Insta diorang ni, tuh yang Yusri tawarkan diri", Yusri tersenyum. Ilham mengangguk tanda faham. "Nanti boleh ajak Rin, dia mesti suka. Tapi ... kenapa abang ikut Yus ni?", Yusri tergelak kecil. "Abang risau, risau Yus buat perangai lagi. Abang nampak Yus naik kereta siapa entah. Rin pesan suruh jaga Yus, itu yang abang ikut. Terima kasih Yus", Ilham tersenyum. Menampakkan ketampanannya. "For what ?", Yusri hairan. "To be like this. I ... I love to see you like this", Ilham menggaru kepalanya yang tak gatal. "Jangan mengarut ya, you have Fahrin . Don't ever dare to flirt with me !", Yusri mencampakkan sehelai baju ke wajah Ilham, "Hoi ! Abang suka Yus jadi baik. Bukan flirt lah, otak kuning!", Ilham tergelak besar. Memerah wajah putih Yusri jadinya. "Nah, minum", suara merdu tapi tegas itu memecah suasana. "Am je, Yusri takde ke Miza?", Yusri memonyokkan wajahnya, "Kalau kau nak, ambil sendiri. Aku ada dua tangan je ni", katanya diiringi gelak kecil. "Dr. Salmiza?", Ilham berkata perlahan, "Ya saya Dr. Ilham, kenapa?", Miza hairan. "Takde, saja sebut. Tak boleh?", Ilham menghirup teh itu perlahan. "Boleh, sebutlah. Tak jatuh syirik pon. Wey Yus, aku chaww dulu tau. Malam sangat ni, nanti bising mak abah aku. Balik dulu ya? Assalammualaikum", dia melambai halus dan beredar. Dia turut melambai semua sukarelawan yang ada lalu menyalami seorang gelandangan wanita disitu. "Dia memang kasar sikit, bukan cara dia bermanja manja", Yusri ketawa kecil. Ilham ketawa sahaja.

"Abang ni, risau Rin tau? Call tak angkat! Gugur jantung Rin, abang nak Rin mati awal eh? Ni, Rin dah masak, Rin siap order pizza tau, sebab abang kata nak balik malam ni. Abang pergi mana ?", Fahrin membebel sambil memeluk Ilham erat, "Abang pergi satu tempat ni. Kalau sayang ikut pun mesti sayang suka",Ilham membalas pelukannya. Perlahan mereka bergerak ke meja makan apartmen Ilham itu. "Duduk sini, Rin suap", Farin mendudukkan Ilham. "Kenapa ni? Rin nak beli apa.. ? Nak beli novel  lagi eh? Beli jelah, abang tak marah, guna je kredit..", belum sempat dia menghabiskan butirnya, satu kucupan diterima di bibirnya. Fahrin mengucup bibirnya erat. "Abang .. Rin .. minta maaf", Fahrin berpaling. Sebak di dadanya tak mampu dia tahan. Air mata kasihnya mengalir lagi. Fahrin memeluk tubuh dan membelakangkan Ilham. Ilham tergamam. "Sayang ...", Ilham memeluknya dari belakang. "Kenapa ni ...", Ilham mencium leher Fahrin perlahan. "We have to .. break up", kelat. Mulutnya kelat. Fahrin menangis lebih teresak. Ibarat guruh , Ilham terkejut namun wajahnya tetap tenang. "Sayang ... kata nak suap abang..", air mata dia tahan. Mata hazelnya memerah. Tangan Fahrin dicapai, "Suap abang. Please ..maybe for the last time", suaranya tenggelam timbul. Fahrin menangis teresak. Laju dia memeluk tubuh Ilham. Erat pelukannya. Ibarat tak mahu dia lepaskan. "Rin sayang abang, Rin tak nak berpisah dengan abang, Rin nak jaga abang sampai bila bila, Rin nak hidup dengan abang .. Rin cintakan abang..", Fahrin melepaskan semua isi hatinya. Ilham mendakap lebih erat. "Sayang ... jangan cakap macam tu .." Ilham mengoles air mata di pipi Fahrin, penuh kasih dia mengelap air mata kekasihnya itu. "Sayang, tengok abang", Ilham memegang wajah lembut Fahrin. Mata anak muda itu beralih perlahan memandang kasih Ilham. "I will always love you. No matter what sayang. But listen , dengar ni baik baik Rin, kalau betul Rin nak jaga abang sampai bila bila .. ini bukan tempatnya sayang. Dunia bukan tempatnya ...", air matanya pula mengalir namun pantas dia seka. Fahrin sudah teresak. "Rin, janji dengan abang, bila Rin masuk syurga dan Rin tak dapat cari abang, tolong tanyakan pada Dia, abang kat mana ... kalau abang dalam neraka, tolong kata dengan Dia, abang nak masuk Syurga dengan Rin", Ilham menangis teresak. Empangan air matanya tak mampu lagi dia tahan, Fahrin memeluk Ilham erat.

****

"Macam Baba ada cakap pada Ilham dulu. Sini bukan tempatnya untuk kamu bersama. Fahrin cuba untuk kuatkan diri dia hidup tanpa kamu, kamu pun mesti bermujahadah untuk melawan nafsu kamu. Inilah pengorbanan orang orang beriman, moga Allah Pandang", Daniel tersenyum nipis ke arah Ilham. Ilham meraup wajahnya. Keadaan kafe ala ala kopitiam itu cukup meriah, orang ramai kiri kanan. Bunyi loceng berdering di mana mana, menandakan berdesup desup pesanan menanti giliran untuk diserahkan kepada pelanngan. "Am tahu Baba ... tapi Am ni, Am tak boleh hidup kalau takde Rin. Baba bayangkan, semua Rin buat untuk Am, Am rasa macam Rin tuh sebahagian dari jiwa Am, kalau takde Rin, ... Am taktau nak buat apa", luah Ilham ikhlas, dia kuat di hadapan Fahrin, tapi di belakang Fahrin ? Dia sendiri tenggelam dalam air mata. "Am. Baba tahu, tapi ... kamu kena belajar untuk hidup tanpa Rin. Haish, Baba faham perasaan kamu. Waktu arwah Zack tinggalkan Baba pun, lama ... lama Baba ambil masa untuk biasakan hidup tanpa dia. Nasib baik Mama Lisa ada untuk Baba. Dialah kekuatan Baba sekarang", Daniel menyisip kopinya perlahan. Ilham melepaskan satu keluhan berat.

"Abang , Rin nak ke kedai sekejap, abang nak apa apa tak ?", Fahrin menarik perlahan rambut ikal Ilham. "Nak buat apa ? Jomlah abang hantarkan , jangan pergi seorang, bahayalah", Ilham sudah membebel sambil menyarung baju kemejanya, "Abang. Tunggu lah rumah. Rin pergi seorang je. Haish. Nak risau apa?", Fahrin tergelak kecil sambil menguis pipi Ilham. "Abang tak sedap hatilah sayang", Ilham bertegas. "Allah kan ada", Fahrin mencubit manja pipi Ilham sebelum melangkah laju ke pintu rumah itu. Ilham mengeluh ringan sambil tersenyum.

Bersambung ...

Maaf lambat guys ! Aku akan cuba aktif dalam entri entri aku. Hahaha. :3

Mianhaeyoo.

Friday 2 December 2016

My Maid Is A Flower Boy ! 8


My Maid Is A Flower Boy ! 8
“Kasih Sayang-Nya”,
“HIS Love”.

“Bahwasanya Al Quran ada menyebutkan, bahawa dunia ini hanyalah permainan semata mata, akhirat jualah yang kekal mutlak abadi selama lamanya. Jika seseorang itu bahagia di akhirat, maka dia bahagia selama lamanya. Jika dia menderita di akhirat, maka dia akan menderita selama lamanya, kecuali jika Allah berkehendak selain itu. Allah SWT berfirman : ‘Dan tiadalah kehidupan di dunia ini, selain daripada main main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya ?’, Surah Al-An’am : 32. Allah berfiman lagi, dalam Surah Al-Ankabut ayat 64 , bermaksud : ‘Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main main. Dan sesungguhnya, akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan kalau mereka mengetahuinya’, Hadirin sidang Jumaat sekalian! Bertakwalah kita kepada-Nya dengan sebenar benar takwa, kerana Dia amat Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi”, Ilham mengalirkan air matanya mendengar khutbah Jummat itu. Fahrin disebelahnya tertunduk malu, ‘Allah, Engkau seolah olah menegur aku kan? Kau Maha Tahu apa yang terbenak di hati kecil ku Allah..’, Fahrin teresak sama.
“Abang .. Rin nak cakap sikit dengan abang boleh?”, Fahrin memegang tangan Ilham kemas. Ilham sedang sibuk memandu. “Apa dia Rin ?”, Ilham menoleh ke arahnya dan memberikan senyuman manisnya. “Ingat apa khutbah tadi cakap? Dunia hanya mainan dan perhiasan?”, Fahrin tersenyum manis. Ilham menangguk perlahan. “Abang …”, Fahrin cuba membuka mulutnya, tapi hatinya terasa sangat berat. Ilham mengeluh berut, “Sayang … abang tahu sayang nak cakap pasal apa, kita cakap malam ni boleh tak? Sekarang kita balik dulu, mandi mandi, makan makan, tidur sekejap, hehe”, Ilham menyembunyikan perasaan sebaknya disebalik senyuman manisnya. Fahrin mengangguk, air matanya gagal ditahan.
*****
“Dah submit UPU?”, Tengku Zaril memandang Fahrin dihadapannya, Ilham memandang Fahrin disebelahnya yang sedari tadi asyik termenung sahaja. “Rin … Abang Zaril tanya tu”, Ilham mencuitnya perlahan. “Apa bang ? Sorry, Rin termenung tadi”, Fahrin tersengih. “Are you okay?”, Tengku Zaril beriak hairan. Fahrin tersenyum sambil mengangguk. “Yeah, I’m fine. Nothing is wrong with me”. Ilham dapat menduga apa yang bermain dalam benak hati Fahrin. “Don’t overthink about something Fahrin, nanti kamu sakit pula”, Tengku Mawar menyelit. Fahrin tersenyum sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. “So … dah isi UPU? Kalau tak pandai isi, boleh minta tolong abang or abang Am”, Tengku Zaril bertanyakan sekali lagi, “Dah hantar pun. Tengah tunggu sajalah. Hari tu Rin isi dengan abang Fahmi”, jawabnya ringkas. Tengku Zaril mengangguk. “Am, abah tengok kamu senyap je, kenapa?”, Hairil bersuara, hairan, selalunya Ilham yang paling banyak bercakap. “Takde lah abah, penat sikit. Ilham banyak kes kat hospital tadi”, jawabnya ringkas juga. Zaharah memandang kedua dua bujang itu perlahan. “Gaduh eh?”, tekanya. Ilham dan Fahrin memandang umi mereka serentak. “Takdelah!”, Fahrin ketawa. “Mana ada gaduh, okeylah”, Ilham tersenyum memandang Fahrin. “Haha, kalau dua orang ni bergaduh, petanda buruk lah tu! Mana boleh bergaduh, Fahmi tengok berkepit je ke hulu, ke hilir, macam suami isteri, kalau bergaduh maknanya buruk lah tu”, Fahmi berseloroh, ketawa terbahak bahak mereka sekeluarga, Fahrin tertunduk malu. Ilham hanya ketawa riang.
“Am … Abah nak cakap sikit, boleh?”, Hairil memegang bahu Ilham perlahan, Ilham memandang abahnya dengan penuh rasa hormat, “Ada apa bah?”, senyumnya. “Ada apa apa ke yang berlaku antara Ilham dan Rin. Jawab jujur nak, abah tak kisah”, Hairil menanti jawapan anak angkatnya itu. “Kami ..”, Ilham menggaru kepalanya yang tak gatal. “Kami bercinta”, jawab Fahrin telus yang tiba tiba muncul, “Rin!”, Ilham terkejut. Hairil membulatkan matanya lalu ketawa terbahak bahak. “Are you kidding? Is this a kind of joke?”, Hairil berkata sambil tertawa. “Abah .. I’m serious”, Fahrin serius, Ilham masih terpaku memandang kekasihnya yang begitu berani sekali. “Rin!”, Hairil memandangnya serius, Fahrin melarikan pandangannya. “Muhammad Fahrin, are you out of your mind?!”, jeritnya sedikit kuat. Ilham terperanjat lagi. “I’m not…”, Fahrin memandang abahnya perlahan, “Ilham .. what is this? Explain”, Hairil beriak marah. Daniel yang kebetulan baru sampai untuk melawat bergegas ke situ apabila disuruh oleh isterinya. “Hairil? Kenapa ni?”, Daniel hairan. Suasana di sudut rumah itu menjadi agak tegang. “Daniel, dua orang ni bercinta!”, Hairil berkata tegas. “Shhhh!”, Daniel menutup mulut sahabat baiknya itu. Ilham menahan tawa. Aik? Sempat lagi ya Ilham, hahaha. “Ish! Lepaslah gila!”, Hairil membentak, “Kau tahu eh?”, riaknya sedikit terkejut namun sudah berbisik. Daniel mengangguk perlahan. “Fahrin!”, Hairil naik angin, Daniel memberi isyarat agar pasangan itu beredar dulu, “Biar Baba slowtalk dengan abah kamu, Rin, Am, pergi dulu eh?”, Daniel mengenyit matanya. Ilham dan Fahrin berlalu pergi dengan wajah yang sugul. “Hairil, ingat waktu Zack dulu?”, Daniel membuka kisah lama. Hairil memandang wajah sahabatnya itu malas. “Iyalah .. iyalah!”, Hairil beralah. “Kau suka Zack sebab apa?”, Daniel memainkan keningnya. Hairil menahan tawa. “Sebab … entah”, Hairil sendiri hairan. “Sebab kau cintakan dia, care pasal dia. Samalah dengan Ilham, Fahrin. Lagipun Hairil, mereka tu nak berpisah dah”, Daniel menerangkan. “Baguslah”, Hairil mengeluh perlahan. “Tapi kenapa?”, Hairil hairan pula. “Kau ajar  dan didik Fahrin cukup sempurna, dia kenal Allah .. dia takut Ril .. dia takut Allah tak terima dia. Lagipun aku nampak Zack dalam diri dia, dulu .. berapa lama Zack tak pernah ehem ehem dengan aku, hahahahaha. Gila betul aku cerita kat kau! Tapi .., apa yang aku nak kata adalah, anak kau nak berubah demi Allah. Sama macam apa yang Zack buat dulu, Zack banyak ajar aku pasal agama, orang yang tak tahu akan hanya tahu menghukum. Gay masuk neraka, homoseksual masuk neraka, betul. Itu memang betul. Tapi kalau gay itu meronta nak berubah? Kalau homo tu meronta nak kembali pada Allah? Dan pada saat dia nak berubah tu, Allah ambil dia? Sebab Allah tak nak dia menyimpang jauh. Macam Zack …”, Daniel menunduk, air matanya mengalir. Fahrin yang mengintai mereka dari dalam turut menangis mendengar butir percakapan Babanya, Ilham mengeluh berat. “ … Allah ambil Zack, sebab Allah taknak Zack teruskan hidup lagi, Allah Tahu Zack tak kuat”, Daniel memeluk tubuh dan menangis semahu mahunya, Hairil memeluk sahabatnya itu perlahan. “Aku faham Daniel .. aku faham. Aku larang mereka berdua sebab aku tak nak mereka dilaknat. Tak berdosa untuk mencintai, tapi berdosa kerana mengikut hawa nafsu”, Hairil tersenyum. Fahrin memeluk Ilham perlahan, Ilham membalas dakapan itu erat.
*****
“Yusri …”, Yusri berpaling apabila namanya dipanggil, “Apa dia ?”, Yusri tersenyum melihat Mizi. “Wahh, awak nak ke mana ni?”, Yusri membetulkan kopiah yang dipakai Mizi, “Saya nak jumpa Allah”, Mizi menjawab perlahan. Yusri terkejut dengan jawaban itu, “Awak nak ke masjid ya?”, Yusri meneka. “Tak ..”, Mizi memeluk Yusri perlahan, “Sayang .. awak kena berubah. Awak kena kuat. Allah ada untuk awak, sentiasa ada! Awak kena lawan”, Mizi berkata perlahan. Yusri mengalirkan air mata.

“Mizi!”, Yusri tersedar daripada tidur. Telefon pintar di sebelah dicapai, jam menunjukkan jam 2.30 pagi. Peluh di dahinya dilap perlahan , “Astaghfirullah ..”, katanya berulang kali. Dia bangkit untuk mengerjakan solat sunat Tahajjud, baru semalam dia mendengar ceramah mengenai solat mustajab ini, kata Uztaz, solat Tahajjud amat besar maknanya di sisi Allah malahan di sisi kita sendiri. Memudahkan urusan di akhirat nanti. Baru dia hendak membuka pintu bilik air, telefonnya berdering. ‘Siapa pula call tengah tengah malam ni?’, detik hatinya. “Assalammualaikum, ini Encik Muhammad Yusri Bin Ghazalli kah?”, suara perlahan di hujung talian, “Waalalikummussalam WBT, ya saya, ada apa ya cik?”, Yusri duduk di birai katilnya. “Kami dari Kedutaan Malaysia di Syria ingin menyatakan yang saudara encik, Muhammad Tarmizi Bin Abdul Ghaffar telah meninggal dunia di kem kemanusiaan Mercy Malaysia di sini, puncanya kerana kem kemanusiaan itu didakwa diserang puak pelampau”, telefon bimbitnya terlepas, air matanya mengalir laju. Telefon bimbit itu diambil semula, “Salam! Encik okey kah?”, pegawai itu beriak risau, “Say, saya okey. Boleh tak jenazah dibawa pulang secepat mungkin, saya akan maklumkan pada ibu serta adik perempuan arwah, cik boleh hubungi nombor ini kalau ada sebarang bayaran, saya tanggung”, Yusri cuba menahan perasaannya. Setelah selesai berbincang Yusri bangkit untuk menunaikan hasratnya yang tertunda. Dengan deraian air mata dia mengangkat takbir, “Allahuakbar!”, ketika sedang membaca Doa Iftitah hatinya begitu sayu sekali, “.. inna solati, wanusuki, wama yahya, wama mati, lillah hi rabbil alamin ( solatku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya kerana Allah , Tuhan Sekalian Alam) …”, teresak esak dia mengerjakan solat Tahajjud itu.
“Abang .. Abang Mizi dah tiada..”, Fahrin memandang Ilham perlahan, Ilham yang baru selesai mengerjakan Solat Subuh itu terkejut jadinya. “Bila?!”, dia mendekati Fahrin dan memeluknya perlahan. “Yusri whatsapp Fahrin tadi, dia kata kem yang abang Mizi pergi kena serang, sekarang ni kedutaan kita tengah uruskan pengurusan jenazah balik ke Malaysia”, jelas Fahrin perlahan. “Jomlah pergi rumah Yusri, jomlah bang..”, Fahrin menggoncang perlahan bahu kekar Ilham. Dia seakan akan tak percaya, apa yang dia dengar semalam dari Baba Daniel memang berlaku, Allah Mengambil Mizi kerana Allah Tahu dia tak kuat. “Sayang .. pergi siap dulu ya? Abang tunggu dekat bawah, abang panaskan enjin kereta dulu”, Ilham keluar dari bilik itu, Fahrin mengangguk perlahan.
“Sabarlah mak .. sabarlah”, Yusri memujuk ibu arwah Mizi perlahan, “Yusri .. mak tak kuat..”, rintih Mak Cik Ros, meluahkan segala rasanya, dia dipeluk anak perempuannya erat. “Mak .. abang dah tiada, janganlah macam ni .. Allah Sayang abang lebih”, pujuknya lagi. Fahrin dan Ilham masuk usai memberi salam, disambut Yusri yang matanya sudah merah membengkak, Fahrin memeluk Yusri erat, dibalas perlahan Yusri, “Are you okay?”, Fahrin melepaskan dakapannya, Yusri mengangguk sambil tersenyum, “Rin, abang Am, ini Mak Cik Ros, mak kepada arwah, ini adiknya, Puteri, sebaya dengan Rin”, terang Yusri ramah, “Sabar ya Mak Cik, dik”, Ilham tersenyum manis. Mak Cik Ros hanya mampu memberikan senyuman penuh luka sebagai balasan. Fahrin hanya mampu termenung menanti dengan penuh sabar sebarang khabar berita dari kedutaan kita di sana.

“Wahai Hamba Allah, Muhammad Tarmizi Bin Rosmawati, apabila datang kepada kamu dua orang yang menyerupaimu, janganlah engkau berasa cemas dan takut, sesungguhnya mereka juga adalah hamba Allah, sama seperti kamu ..”, bacaan talkin memecah sunyi pagi yang nirmala itu, suasana tenang menyelubungi tanah perkuburan itu. Mak Cik Ros tersenyum manis memandang batu nisan anak sulongnya itu.
“Mak Cik, Fahrin nak cakap sikit boleh?”, Fahrin mendekatinya yang sedari tadi asyik meratap hiba, Ilham, Yusri dan Puteri meninggalkan mereka berdua di atas kehendak Fahrin sendiri. Mak Cik Ros memandang Fahrin perlahan, “Apa dia nak?”, pandangannya begitu sayu sekali. “Mak Cik, kenapa Mak Cik nak sedih ?”, Fahrin bertanya dengan senyuman yang manis, Mak Cik Ros kaget jadinya, “Mestilah sedih! Satu satunya anak lelaki Mak Cik dah tiada, apa kamu fikir Mak Cik boleh bergembira?”, nadanya sedikit tinggi. Fahrin masih tersenyum. “Allah ambil abang Tarmizi dalam keadaan dia telah berubah,  Allah ambil dia dalam keadaan dia sedang membantu saudara se-Islam kita di sana, Allah ambil dia dalam keadaan dia sedang berjihad untuk menyelamatkan saudara se-Islam kita daripada terus ditindas rejim Bashar Al-Assad, Allah telah memuliakan dia! Kenapa Mak Cik nak sedih?”, bertalu talu ‘peluru’ dilepaskan Fahrin, wanita tua itu terkedu. “Seberapa besar pun kasih sayang Mak Cik kepada arwah takkan mampu menandingi Kasih Sayang Dia ! Dia yang Menciptakan Kasih Sayang, kenapa Mak Cik nak ragu ragu kepada Maha Penyayang? Siapa kita untuk melawan takdir kehendak Dia?”, Fahrin berkata lagi. Walau bunyinya agak pedas, tapi itulah kenyataan. “Allah Maha Penyayang Mak Cik ! Maha Penyayang. Ma-Ha Pe-Nya-Yang. Kenapa kita nak melawan Maha Penyayang?”, tutur Fahrin hairan, “Kamu mudah bercakap .. kamu tak alaminya”, Mak Cik Ros membetah lagi, “Jika saya jadi Mak Cik, saya taknak dia bersedih, tak tenang di sana, kerja Mak Cik hanya meratap saja, apa salahnya bacakan Al-Fatihah atau Yaasin? Meratap pun tak dapat mengubah apa apa”, PANG! Ibarat tamparan menerjah ke wajahnya. Betul kata anak muda berumur 18 tahun itu. Air matanya mengalir lagi, kali ini bukan kerana ratapan, tetapi kerana penyesalan. Mengapa dia sanggup menafikan kasih sayang Allah yang jauh lebih besar daripada kasih sayangnya?

“Terima kasih Fahrin, terima kasih sangat sangat”, tangan tua itu menggapai tangan milik Fahrin, Fahrin hanya tersenyum. “Mak Cik ..”, Fahrin gagal menahan air matanya, namun cepat dia menyeka, “Anggaplah Rin ni anak mak cik, anggap Rin ni anak mak. Tau?”, tuturnya sedikit sebak, Mak Cik Ros mengangguk laju, semua disitu mengalirkan air mata.

*****
“Abang ..”, Fahrin memeluk erat Ilham yang sedang sibuk menguruskan anak anak kucing mereka, “Ya sayang, apa dia?”, Ilham berpaling lalu tersenyum. “Abang tak takut?”, Fahrin menayangkan riak risaunya. “Takut ..”, Ilham menjawab dalam senyuman kelat. Pantas dia menyambung tugasnya yang tergendala tadi. “Habis tu? Kita ni macam mana? Sampai bila nak macam ni?”, Fahrin sedikit cemas. Ilham menghembus nafasnya berat. Peralahan dia berpaling kembali. “Sayang .. bagilah abang tempoh, 3 bulan ? Boleh?”, Ilham memegang bahu kekasihnya itu. “Abang .. sejujurya Rin taknak berpisah dengan abang, tapi ..”, Fahrin tak meneruskan percakapannya, hanya tubuh Ilham yang dipeluk erat. “Sayang.. hey, dengar sini”, Ilham memegang kasih wajah Fahrin. “I’ll always love you”, tuturnya dengan nada sebak, air mata menghiasi pipinya.
“Baba .. Am nak jumpa Baba boleh? Okey, kita jumpa dekat kafe Baba. Waalaikumsalam”, Ilham menyimpan semula telefon pintarnya ke dalam poket seluarnya. Wajahnya berkerut seribu, Hani yang melihat kondisinya sedikit risau. “Doktor.. kalau ada masalah janganlah difikirkan sangat. Relakslah doktor, tak handsomelah macam ni”, usik Hani menghiburkan hati Ilham, Ilham hanya tersenyum kelat. “Oh lagi satu doktor, nah”, Hani menghulurkan sekeping kad, “Walimatul’urus? Awak nak kahwin ke Hani?”, nada Ilham agak kaget, Hani mengangguk malu. “Hehe, doktor jangan lupa datang ya? Ajak Fahrin sekali, ajak satu kampung pun takpe, untuk doktor saya tempah 3 meja! Hahaha”, Hani ketawa malu. Ilham tersenyum manis. “Tahniah Hani! Kahwin juga awak!”, Ilham ketawa riang. Bunyi ketukan pintu membuatkan tawa mereka semakin perlahan, “Masuk ..”, Ilham berdehem sedikit. Wajah tampan Yusri terpacul dari muka pintu, hari ini wajahnya agak berbeza, nampak … baik. “Doktor, ini laporan pesakit katil 345, ini fail Aisyah, ini laporan seminggu saya dan ini laporan kemajuan Khai , penghidap arterioklerosis tu. Kalau tiada apa apa lagi, saya minta diri dulu”, Yusri menunduk sedikit tanda hormat sebelum keluar, “Yus..”, Hani menegurnya hairan. Yusri berpaling memandang Hani. “Ya Hani, ada apa?”, Yusri tersenyum manis. “Are, are you okay?”, Hani beriak risau. “Alhamdulillah, great! Why? Oh, if you need my help, just call me okay?”, Yusri melambai halus kepada Ilham dan Hani sebelum keluar. “He’s weird..”, Hani memandang Ilham hairan, Ilham hanya terpaku melihat perubahan drastik Yusri.

“Yusri, kamu okey ke tak ni?”, Ilham mendekati Yusri yang sedang sibuk membancuh kopi, “Ya, sihat. Kenapa bang? Hahaha, semua orang hairan. Tadi Doktor Suraya Tanya, lepastu Doktor Farish, pakcik guard depan tu pun Tanya banyak kali, terpaksa Yusri keluarkan ID, baru dia bagi masuk, Hahahaha. Pelik ke Yusri buat rambut macam ni?”, rambutnya yang selalu terpacak hari ini disisir tepi membuatkan dia agak lain. “Abang Cuma takut kamu tekanan saja”, Ilham jujur. Yusri ketawa perlahan, “Abang, Yusri dah tak macam dulu. Jangan risaulah, Yus takkan kacau abang lagi, Yusri bahagia hidup macam ni”, Yusri tersenyum dan duduk di bangku meja makan pantri itu. Perlahan dia menghirup kopi. Air matanya mengalir sedikit. “Abang dah bahagia.. dengan Fahrin. Lagipun Yus ada Mizi, tapi Allah dah Ambil dia. Takper, Yus redha. Itu Qada’ dan Qadar untuk Yus dan untuk dia. Terima kasih pada Dia .. Dia sedarkan Yus, Dia sedarkan Yusri yang hina ni. Terima kasih pada Fahrin, abang.. Yusri nak berubah. Yusri bukan lagi yang bodoh, jahil, sombong tu. Yusri yang ada depan abang ni, Yusri yang nak masuk Syurga, Yusri yang nak jumpa Allah dalam keadaan mulia dan Yusri yang abang tengok sekarang ni, Yusri yang nak berjumpa dengan Nur Muhammad SAW sebagai seorang ummat yang merindui nabinya, ibarat seorang kekasih berjumpa dengan kekasihnya yang dah lama berpisah. Betul kata abang dulu, Allah Maha Penyayang, kalau Dia tak sayang Yus.. mungkin Yus dah mati kene AIDS, Alhamdulillah ..”, Yusri tersenyum memandang Ilham yang wajahnya telah basah dengan deraian air mata. Yusri bangkit dan memegang pipi Ilham perlahan, “Jaga Fahrin, dia muda lagi, jangan biar dia terlampau jauh macam kita dulu, Yus tahu dia sangat baik, tapi bang .. nafsu umpama peluru gila, siapa siapa boleh terkena. Assalammualaikum”, Yusri melepaskan telapannya dan pergi meninggalkan Ilham yang semakin jauh diulit kata.
BERSAMBUNG …

Saturday 28 May 2016

Cerpen Cinta Kita Collection : Siapa Tak Suka ?!

Siapa Tak Suka ?!
Cerpen Cinta Kita Collection!
By : Choi Jin Ho

"Muhammad Amirul B. Saliman!", aku tersentak apabila namaku dipanggil oleh pegawai JPJ itu. Hatiku berdebar, inilah kali pertama seumur hidup aku nak ambil lesen. Inilah ujian terakhirku! Kalau lulus, memang pergi sekolah naik keretalah jawabnya!

"Naiklah, termenung apa lagi? Ingatkan beruk kat rumah?", bidas abang JPJ itu, eh eh. Aku mengendahkan sahaja bicara 'manis' tahap gula tebunya itu. "Okey, awak boleh mulakan", aku mengangguk, aku pasang kemas tali pinggang kaledarku, aku periksa cermin sisi serta cermin pandang belakangku, kemudian aku mula menarik nafas panjang. "Jalanlah, apa lagi?", tanyanya garang, dia menoleh ke arahku. Hah! Tersedak engkau! Tak nampak aku tengah baca doa naik kenderaan ni.

"Bawa kereta pandang kiri kanan, jaga jarak awak dengan kenderaan lain, jangan main handphone", bebelnya lagi, macam Mak Nenek. Tertulis 'HAIRUL' pada tag namanya. "Encik Hairul, boleh diam tak? Saya sedang memandu", bidasku. "Eh! Pandai bercakap awak ni rupanya! Ingatkan bisu, saya bercakap punya banyak, baru hari ni boleh dengar suara awak. Kenapa? Dalam mulut ada emas?", pedasnya! "Encik Hairul, saya rasa encik tak sesuai jadi pegawai JPJ", jawabku bersahaja sambil meneruskan pemanduan, "Habis jadi apa? Artis?", jawabnya sambil tergelak. "Taklah, jadi ahli politik, sebab mulut encik macam longkang", jawabku sinis. Bibir merahku dihiasi senyuman sinis. "Bawa elok elok, tengok had memandu", dia berdehem perlahan. Ambik kau! Sesuka hati nak bahan aku, wey brother, bukan kau seorang sahaja mulut nuklear okey?

"Amacam test kau? Lulus?", Qi menyoalku penuh debaran, "Lulus!", jawabku ceria, sahabat baikku yang berbangsa Cina itu memelukku erat, "Woah! Bolehlah aku tumpang kau selalu Mirul", keningnya turun naik. Aku ketawa riang. "Ehem!", suara sumbang Encik Hairul kedengaran. "Jangan suka sangat .. awak masih kena memandu secara berhati hati", tegurnya sebelum pergi. Pfft. "Siapa tu? Pegawai JPJ yang dengan kau tu ke? Yang kau selalu cerita tu?", soal Qi. Aku hanya mengangguk malas. What ever Mr. Hairul, yang penting, that license is mine! Wahahaha!

Usai solat Isya', seperti biasa aku akan menghadap Facebook. Haha. Aku belek satu persatu notification ku, tiba tiba satu 'friend request' ku terima. 'Hairul Farhan' ? Aku klik profilnya, woah~ Boleh tahan kacak. Tunggu! Inikan ... Belum sempat otakku berteka teki, bunyi 'pop' tanda mesej masuk berbunyi. Aku klik ikon mesej pada sisi sudut Facebook itu.

Hairul Farhan : Assalammualaikum. Nak berkenalan boleh? ;)

Dahiku berkerut. Gila eh?

Amirul Saliman : Waalaikumsalam. Boleh.

Aku tak letakkan sebarang emoji, nanti perasan pula dia.

Hairul Farhan : Sombongnya. Ingat saya lagi? ;) <3

Dah kenapa mamat ni? Tertelan biji nangka ke?

Amirul Saliman : Err.. ingat. Encik ni JPJ tu kan?

Aku menanti jawapannya.

Hairul Farhan : Ya. Pandai. Eh budak, dengar sini, saya tahulah kamu teruja nak ambil lesen, sekarang cuba kamu periksa, di mana kad pengenalan kamu? -_-

Aku terkejut membacanya. Aku raba poket seluarku. Aku berlari turun ke tingkat bawah rumahku, memeriksa seluar yang aku pakai tadi. Tak ada! Ahhh!!! Aku berlari semula ke atas.

Amirul Saliman : Encik, tak ada la. Boleh saya tahu IC saya ada di mana? :3

Aku menanti balasan mamat JPJ itu. Ahh! 5 minit, 10 minit, woi! Balaslah!

Hairul Farhan : Ada, mai datang sini.

Aku kerutkan dahiku.

Amirul Saliman : Datang mana?

Hairul Farhan : Datanglah ke dalam hatiku. HAHAHAHA! Taklah, saya bergurau saja. Jumpa sekarang nak? Dekat Masai. Boleh? ;)

Aku mengintai jam di sisi sudut telefon pintarku, jam 9.00 malam. Masih awal. Boleh kot.

Amirul Saliman : Okey, jumpa dekat Restoran Jamal Curry House. Pukul 9.30 okeyh?

Hairul Farhan : I'll wait for you ;) ;) ;)

*****
Manalah mamat JPJ ni? Aku duduk dah dekat belengas bontot. Dekat setengah jam! Kalau tak mengenangkan dia pegang IC aku, memang kirim salam pengganti rindu aku nak tunggu dia. Aku capai telefon pintarku.

Amirul Saliman : Mana encik?! >:(

"Sini", jawabnya. Terkejut aku. Semua mata memandangku hairan. Bayangkanlah! Tiba tiba orang berbisik sebelah telinga kau! Nasib baik mulut wangi! Hahaha. "Sorry, hehe, lama tunggu abang?", jawabnya tersengih sebelum duduk berhadapanku. Aba.. what! Abang?! "Abang ..? HAHAHAHAHA!", aku tergelak besar. "Salah ke?", dia memandangku hairan. "What a world! Abang? Bak IC saya", aku hulurkan tanganku. "Semudah itu?", dia tersenyum manis. Okey. Awak memang hensem abang JPJ >.< "So .. saya nak buat apa?", aku yang jadi malu sendiri kerana terpesona dengan senyuman manisnya. "Haha, gurau sajalah. Nah, kali ni abang bagi. Lain kali kalau kamu cuai, abang tak tolong dah", jawabnya manja. Adess. Cair ... cair ... XD "Terima kasih encik..", "Abang. Abang Hairul. Amirul dah makan? Abang belanja makan nak?", pelawanya mesra. Woah ! Rezeki jangan ditolak! "Boleh, ermm, panggil saya Mirul je. By the way, how did you get my Facebook ID?", tanyaku hairan, dia mengenyitkan matanya. "Adalah ... mana boleh beritahu", katanya sedikit tergelak. "Beritahu sajalah, bukannya melibatkan keselamatan negara pon", aku bertegas. "Abang taip nama kamu, Amirul Saliman, then cari lah satu satu, nasib baik kamu ni cute, senang nak cari", aku cute?! Aku?! Cute?! HAHAHA. Buta agaknya mamat ni. Aku ni bukannya putih, hitam manis. Tak tinggi, katik. Hidung okeylah mancung. Haha. Rambut biasalah, rambut budak sekolah. Bukannya boleh stylo macam Lee Min Ho ke, Tom Cruise ke, aku comel? Hahaha. "Comel? Comel celah mana abang ooi?", aku ketawa kecil. "Hitam manis hitam manis, yang hitam manis pandang tak jemu pandang tak jemu, yang hitam manis pandang tak jemu pandang tak jemu", dia menyanyi kecil. Aku ketawa terkekek.

*****
Aku melangkah keluar dari pagar sekolahku, mengeluh kepenatan. Penatnya! Sabar, nak berjaya kena usaha. Aku bergeraj malas ke arah motosikal yang aku letakkan agak jauh, puncanya sebab aku malas nak beli sticker sekolah, mahal weii! Pin pin! Bunyi sumbang hon kereta kedengaran. Aku berpaling malas. "Hai awak, nak berkenalan boleh", dia mengenyit mata. Mata kau ni masuk habuk eh? Terkenyit kenyit tak habis habis. "Takde moodlah abang, nak balik, nak tidur", aku teruskan langkah ke motosikalku. Dia mengekoriku dengan kereta Axianya, "Jomlah abang hantar, bahayalah menunggang dalam keadaan mengantuk", pujuknya lagi. Aku endahkan dia. Aku jalan lagi. Keretanya berhenti mengekoriku. Alhamdulillah! Haha. Terdengar suara pintu kereta dibuka, aku berpaling, dia memelukku erat. Woi! Public ni! "Abang risau..", dia berkata perlahan. Aku tolak tubuhnya, mak aii, mampat betul. Hahaha. "Apa ni peluk peluk, suka hati je? Ingat aku ni apa?", aku memarahinya, aku ni penat, kau buat drama Korea pula kat sini. Wey brother, panas tau tak? Bukannya ada salji kat sini kau nak buat drama Winter Sonata kau tu. Dia tak endahkan aku, dia genggam tanganku erat dan menarikku ke arah keretanya. "Taknaklah! Lepas!", aku meronta, "Masuk!", katanya memaksa. Ewah! Aku rentap tanganku kuat, "Abang ni kenapa? Takutlah Mirul macam ni", aku bernada perlahan. Mungkin kalau macam ni dia tak agresif sangat. "Ikutlah abang .. please", dia merayu. Kitty face lah tu. "Ya lah ya lah", aku mengalah. Aku naik sendiri. Dia tersenyum lebar.

"Nak ke mana ni?", aku bertanya malas. "Adalah ..", jawabnya sambil mengenyitkan matanya. Sah mamat ni ada tembel, terkenyit kenyit tak berhenti. Okey, aku mengaku. Kau memang handsome , at the same time, adorable! Haha. Muka ala ala Hairul Azreen, gila tak cute! Tapi janganlah terkenyit kenyit selalu, hahaha. "Dah sampai", dia tersengih. Apa ni? Llah. Ni rumah aku. "Kenapalah tak beritahu awal awal abang nak hantar Mirul balik", aku hairan. "Saja. Hehe. Mirul, keluar nak malam nanti? Abang belanja tengok wayang", wajanya beria, aku berfikir sejenak. "Kalau abah bagi, Mirul keluarlah, lagipun esok Jumaat, Mirul cuti. Okeylah bang, Mirul chaww dulu", aku ingin keluar, dia berdehem menghulurkan tangannya. "Kenapa?", aku mengangkat sebelah keningku. "Mana belajar? Tak belajar Sivik dan Kewarganegaraan ke? Cium tangan orang yang lebih tua. Abang ni tua sembilan tahun daripada kamu", jawabnya bersahaja. Aku menepuk dahiku. "Hehe, sorry abang", aku kucup tangannya. "Muhammad Amirul Bin Saliman!", suara umiku kedengaran, membulat mata abang Hairul jadinya. "Ke mana kamu pergi? Kereta siapa ni? Siapa tu? Kenapa lambat?", bertalu talu bom atom dijatuhkan umi, aku hanya mampu tersengih. Abang Hairul keluar dari perut keretanya berdiri di belakangku yang sangat rendah berbanding dia. "Assalammualaikum mak cik, saya Hairul Farhan, saya kawan si Mirul ni, saya tumpangkan dia sebab dia penat sangat", nadanya macho sangat! Hahaha. "Hairul? Kamu ni pegawai JPJ yang suka buli anak mak cik kan?", umiku menyuakan pisau berbau ikan ke arah abang Hairul, tergelak kecil aku. "Masuk dulu, minum. Makcik on the way nak masak Laksa Johor ni. Jangan biadap ya? Singgah dulu. Mirul, tukar baju. Teman abang kamu ni, let's go", umiku melangkah selamba masuk. Aku tergelak kecil, umiku memang mesra alam. Abang Hairul terkejut jadinya. "Jomlah masuk, tunggu apa lagi? Nak karpet merah?", aku mengusiknya sebelum ketawa terbahak bahak sambil masuk ke dalam diekori dia.

"Sedaplah mak cik!", abang Hairul menjilat bibir merahnya. Tergelak kecil aku jadinya. "Kan? Wa dah cakap sama lu beb, kalau gua masak, memang gerek punya!", umiku mengeluarkan loghat ganasnya, haha.
"Amboi bukan main mesra abang dengan umi?", aku mengusiknya. Dia yang baru hendak membuka pintu keretanya terhenti. "Orang ada cakap, sebelum nak tackle anak, kena tackle ibu bapabya dulu", dia tersenyum MANIS! Aku tergelak. Dia melambai halus sebelum pergi. Aku angau jadinya. Siapa sangka , mamat JPJ paling baran, menyakitkan hati, boleh jadi jatuh hati dengan aku ni? Hahaha. Mesti dia tengok alamat aku kat IC, aduyai Hairul, kenapa kau sweet sangat? :3

Seperti kebiasaan, selepas selesai solat Isyak dan menyiapkan kerja rumahku, aku akan melayari internet sekejap untuk mengetahui perkembangan terkini. Aku slide skrin telefon pintarku, satu per satu cerita aku belek, politik, politik, politik, politik. Apalah nak jadi dengan Malaysia ni? Tiba tiba, satu status menarik minatku.

Hairul Farhan . 15 minutes ago.

Hatiku kau curi,
Jahat.
Kau tak tinggal sedikit,
Kau ragut segalanya,
Kini cintaku kau yang punya,
Si pencuri hatiku.

55 Likes . 23 Comments . 3 shares . More

Pergh! Abang hot~ Haha. Kejap? Si pencuri hatiku. Aku belek komen itu satu per satu.

Azlan Farhan : Kau dah kenapa bang? Angau dengan minah mana lah ni?

HAHAHAHA. Aku tergelak membaca komen itu, adiknya kot. Seterusnya yang paling lucu.

Hannah Ta'jemah : cutenya awak ni!!!

Aku tergelak berguling guling. Kenapalah si Jemah ni? Aduyai, nama Facebook macam apa je. Hannah Ta'jemah. Pop! Mesej masuk.

Hairul Farhan : Hai si pencuri hatiku! ;)

Aku ketawa terkekek. Lah, aku ke?

Amirul Saliman : Xreti bagi salam ke bang?

Hahaha, amek amek! XD

Hairul Farhan : Assalammualaikum cinta.

Aku tersengih, haha. Mereng. Phagal hei!

Amirul Saliman : Waalaikumsalam JPJ. :p

Hahahahaha XD

Hairul Farhan : Miss you. ;)
Amirul Saliman : Hate you :p

Hahaha, kau ingat senang nak tackle aku? Hahaha.

Hairul Farhan sent a photo.

Woahhh! XD Sado sado . Haha. Kau ingat kau kirim gambar shirtless kau aku cair? Hehe.

Amirul Saliman sent a photo.

Aku hantar gambar yang dihantar oleh Qi , seorang nenek sedang berbikini. Hahaha.

Hairul Farhan : woi! Haha. Dating jom.

Amirul Saliman : dating? No way! Kita mana ada apa apa hubungan pon.

Hairul Farhan : But .. I am ur boyfriend ;)

Amirul Saliman : Eh, perasannya, siapa cakap?

Aku menanti balasannya.

Hairul Farhan : Abang cakap. I love you ;)

Aku mengerutkan dahiku.

Amirul Saliman : Don't say that if you don't mean it. You can hurt someone with just that three words.

Hairul Farhan : Jumpa jom, Danga Bay. Pukul 10 ,  bawak umi pun boleh.

Siot punya mamat! Aku punya kalimat dia buat tak layan je.

Amirul Saliman : No. I don't want to meet you.

Hairul Farhan sent a sticker.

Emoji menangis yang besar.

Hairul Farhan : Okey, jumpalah dulu. Nanti abang cerita sejak mula. Please Mirul.

Sejak mula? Mula apa? Aku hairan.

Amirul Saliman : Wait for me. I'll be there soon.

Hairul Farhan : I'll always wait for you. Plus, abang dah sampai sini :)

Aku tergelak kecil dengan hati yang berbunga menyarung baju panasku dan melangkah keluar. Bila umi tanya, "Beb, lu nak ke mana tu?", aku sengih je. Hahahaha.

*****

"Hello, abang dekat mana? Mirul pakai baju panas hijau", aku menghubunginya. Dan seperti biasa .. dia akan mendekatiku dari belakang. Kali ini bukan berbisik, dia memelukku erat dari belakang. "Semenjak pertama kali abang nampak Mirul, abang dah mula jatuh hati. Sebenarnya abang yang nak jadi Pegawai yang menguruskan Mirul, abang berkeras. Now, I'm gonna say something yang dah lama abang tahan. I love you Amirul. I love you so damn much!", katanya perlahan. Aku pusing menghadap wajah tampannya, "Abang ..", "Kenapa? Tak suka abang ke? Takperlah ..", "Eh! Siapa kata tak suka?! I love you too!", aku jengketkan sendikit kakiku dan mencium pipinya. Hahaha. And that is the beginning of our komedi love. =D I love you abang JPJ ;)

TAMAT.

Monday 1 February 2016

Oppa To Kiss 3 : Final

Assalammualaikum~ Ade orang ker? Hahaha. inilah sebab kenape aq lame x update blog, haha. masalah aq xsettle lagi, hahaha. sabarlh ye yang ridukan Ilham n Fahrin :D nanti aq updatelah ye? insyaAllah :) 




Aku menghirup air teh itu perlahan. Pahit ditekakku, hakikatnya air itu sangat manis. Perlahan kepala ku aku angkat, memandang Oppa dihadapanku, wajahnya sedih dan pilu, kepalanya tak sudah menunduk. “Sudahlah bang .., dah nak jadi. Aim okeylah ..”, aku memegang tanganya perlahan, suasana ruang tamu teratak kecil kami tak pernah sesunyi itu. “Mana boleh Aim kata Aim tak kisah! Abang kisah tahu tak? Aim dah tak sayangkan abang ke? Abang tahu tak, abang kena kahwin dengan kawan baik Aim sendiri, Aim faham tak perasaan abang? Abang taknak kehilangan Aim, Aim … abang tak sekuat watak novel Aim tahu tak? Abang ..”, belum sempat dia menyambung ayatnya aku meletakkan jari manisku dibibirnya. “Abang .., Aim terlalu sayangkan abang. Sebab tu, Aim nak yang terbaik untuk abang. Cuba abang fikir balik, kita tak boleh menikah, jauh sekali bekeluarga, Aim tak boleh bagi abang anak, abang tu anak sulong”, aku menasihatinya. Wajahnya masih masam dan pilu. “Aim, abang tahu semua tu … tapi abang …, abang tak boleh kalau takde Aim”, Oppa melepaskan tanganku perlahan. Aku hanya tersenyum. “Sebelum ni abang boleh je hidup tanpa Aim”, aku bergurau, “Senanglah Aim cakap! Aim memang tak sayang abang!”, bingkas dia bangun dan naik ke atas. ‘Aku salah cakap ke?’, benak hati kecilku. Perlahan aku melangkah naik ke atas, Oppa turun semula lalu memelukku erat, “Aim … kenapa cakap macam itu? Tahu tak abang tak boleh hidup tanpa Aim, abang nak Aim…”, air matanya mengalir perlahan dibahuku. Aku hanya mampu memeluknya, ini takdir Dia, aku hanya hamba yang kerdil, tak mampu berbuat apa-apa. Aku pasrah …, memang fitrahnya, fitrah aku untuk bersama seorang wanita. Perlahan tanpa ku sedari, air mataku mengoles pipi.

“Naz ada telefon kamu tak Aim?”, MIL memandangku perlahan, aku menggeleng laju. Sudah dekat seminggu Oppa pergi entah ke mana, katanya hendak ke rumah Fahmi, rakan baiknya, tapi sampai sekarang bayangnya pun tak nampak, “Mak risaulah Aim.., kemana abang Naz kamu ni, tak pernah dia tak balik macam ni”, MIL berkata sayu, “Saya tak tahu mak, saya call dia, dia tak angkat, asyik mailbox aje, saya call Fahmi, dia kata abang singgah rumahnya sehari je”, aku memandang MIL pilu, haii ibu mertuaku, anakmu lari sebab tak mahu kahwin.. “Terima kasihlah Aim sudi datang rumah Mak, temankan Mak, Tasha (Adik bongsu abang Naz) tu selalu balik pukul 5, kerja pejabatlah katakan”, katanya perlahan sambil mengelus anak kucing, Milo namanya, comel. Hahaha. “Assalammualaikum..”, Oppa melangkah masuk, terperanjat badak aku, seminggu tak balik, tiba tiba muncul je. “Waalaikumsalam, ya Allah! Nazmi! Kamu ke mana??! Risau Mak tahu tak?!”, MIL meluru ke arahnya, Oppa menyalami tangan ibunya perlahan, aku tersenyum ke arahnya, Oppa memandangku perlahan dan naik ke atas.  “Bertuah punya budak ! Aim tunggu kamu sini, dia naik atas pulak!”, MIL mengejarnya, “Biarlah dia Mak, Aim balik dulu lah. Kesian pula Umi seorang kat rumah, abah out station, balik dulu mak, Assalammualaikum”, aku melambai perlahan, dibalas lambaian perlahannya. ‘Papa balik dulu Milo’, aku mencium Milo dan bergerak pulang. Oppa … ?

Bercinta sudah lama,
Berkasih dan bermesra,
Sedang enak membuai rasa,
Perpisahan tercipta,
Mengapa sementara ?
Cerahnya cinta kita,
Mendung tiba tiada ku pinta,
Gelapnya suasana …

Walaupun hatiku,
Amat berat melepasmu,
Dan rintangan mendatang sayang,
Terpaksa ku leraikan,
Seandainya ~
Kita harungi jua,
Kelak punah semua sayang,
Mimpi yang kau harapkan.

Ku pasti kau kembali,
Menyatu dua hati,
Lebih elok cari pengganti,
Tiada kau menyendiri,

Tak guna,
Disesalkan,
Hakikat percintaan,
Mungkin terpendam kenikmatan,
Disebalik perpisahan …

Ku Pendam Sebuah Duka
By : Khatijah Ibrahim

 Aku menutup radio bodoh itu. Apa hal lah kau pasang lagu sedih malam malam buta ni? Aku mengelap air mataku perlahan. Aku terpandang kotak yang aku kemaskan, barang barang aku, aku nekad. Aku kena keluar dari rumah ni, ini bukan rumah aku, dia dah nak kahwin pun, buat apa aku semak ? Aku mengambil beg dan semua baranganku, aku keluar dari bilik itu dan melangkah turun untuk keluar. Terkejut aku, Oppa mencerlung ke arahku. “Aim, nak pergi mana ??”, aku tergagap, “Aim nak balik rumah Umi ..”, aku teruskan langkahku kebawah, cik abang oii, kalau ya pun marah, tolonglah angkat, berat tau tak? “Jangan keluar”, arahnya. Langkahku terhenti. Aku berpaling ke arahnya. “Abang kata apa?”, aku meletakkan barang barangku perlahan. “Tolong .. jangan keluar Aim”, dia  memegang tanganku perlahan. “Duduklah sini sementara ni … abang nak cerita sesuatu dengan Aim, Aim kan teringin pergi berkhemah, jomlah pergi, Aim teringin pergi Melaka kan? Jomlah pergi … ini kali terakhir abang boleh bawa Aim jalan jalan macam ni, Aim ..”, Oppa mengelap air matanya sendiri. Air mataku bercucuran, aku pandang matanya, ikhlas … Aku mengeluh berat dan mengangguk, “Terima kasih abang …”, aku memeluknya erat, air mataku bercucucran, aku menangis semahu mahunya, aku lepaskan semuanya, pergilah sakit, pergilah …
****
 “Abang balik kampung Aim”, Oppa memandangku perlahan, aku memandang dia yang sibuk memandu ke Melaka, “Abang buat apa?”, aku tersenyum halus, “Jumpa nenek Aim, maksu Aim, lepastu abang balik Singapura, jumpa nenek abang ..”, aku mengangguk, “Nenek sihat?”, aku prihatin dengan nenek abang Naz kerana usianya lebih tua daripada umur Republik itu, hahaha. “Sihat .. Aim, abang nak cakap sesuatu dengan Aim”, bunyinya serius, aku menelan air liur, “Cakaplah ..”, aku berkata perlahan, “Abang nak lari, abang tak nak kahwin, jomlah Aim .. kita pergi tempat jauh, orang tak kenal kita”, Oppa meraih tanganku, aku tersentak. Gila ! Oppa gila ! Aku menjeling ke arahnya, “Dah gila? Dah tak kenal diri? Lupa diri ke?”, aku naik angin, “Tahu tak  bang ? Apa yang abang nak buat tu seolah olah abang melawan kehendak Dia, seolah olah abang derhaka kepada Dia, kemana je abang nak bawa Aim? Thailand? Sepupu Aim berlambak dekat sana, Singapura ? Berlambak saudara abang, Australia ? Amerika ? Ke abang nak bawa Aim pergi Korea ? Cuba abang cakap, abang… Mak buat tu semua demi kebaikan abang, dulu abang putus tunang sebab perempuan tu curang, tapi bang .. kali ni, wanita tu baik, solehah, berpendidikan sangat tinggi, rajin, baik hati, cantik … yang penting dia boleh bagi abang zuriat dan keluarga, apa yang ada pada Aim ?”, aku membebel panjang lebar, Oppa menahan geram dan air matanya, “Aim memang tak sayang abang !”, Oppa memberhentikan kereta ke bahu jalan, dia mencerlung ke arahku, “Aim tahu tak ? Abang tak boleh lupakan Aim ! Abang balik kampung, balik Singapore, semua nampak Aim ! Aim ! Aim ! Aim !”, dia memegang bahuku erat, “Abang cintakan Aim”, air matanya mengalir, “ Abang !! Abang tak boleh cintakan Aim, sedarlah bang.. Sedar !! Kita dah terlampau jauh dari Allah, abang selalu solat, baca Quran, tapi takkan abang tak boleh nampak kesalahan abang ?”, aku usap kepalanya, “Abang … kalau betul abang nak bersama Aim, nak Aim, kita jumpa di Syurga Allah, Aim yakin.. sangat yakin.. Allah takkan pisahkan kita waktu tu… tapi sekarang tak boleh, sebab Allah Maha Tahu apa yang paling baik untuk kita, Allah Maha Penyayang … takkanlah Allah nak kecewakan hamba-Nya?”, aku mengalirkan air mataku, Oppa memelukku erat, “Abang rasa Aim sayangkan abang kan ? Allah lebih sayangkan abang … lebih daripada sesiapapun, kejar Allah bukan Aim … Aim tak boleh beri abang syurga, tapi Dia boleh”, aku memeluknya lebih erat , “Maafkan abang Aim …”, air matanya semakin deras.

  “Abang …”, aku memegang tangannya erat, Oppa memandangku perlahan, “Aim nak ke Busan hari Selasa ni …, jadi .., harap itu kali terakhir abang sebagai kekasih Aim ...”, air mataku aku tahan. “Abang relakan Aim pergi …, abang terima semua ni, Allah bagi peluang untuk abang, sampai sekarang tak sekalipun abang rasa Allah tak adil pada abang “, wajahnya tersenyum, hatiku sangat tenang, angin sepoi sepoi bahasa di tapak perkhemahan di kawasan pantai ini sangat menenangkan, “Abang akan ikut cakap Aim, abang tunggu Aim dekat syurga nanti, insya-Allah”, jari jemarinya mengusap air mataku, aku peluk dia erat, aku tak peduli apa yang orang nak kata lagi, aku peluk dia sangat erat, “I love you”, bisiknya perlahan, “Me too, always”, balasku.

****
“Aim, kau okey tak?”, Umar memandangku yang sibuk memunggah beg galas dan sebagainya, “Okey, kenapa?”, aku tersenyum kelat, “Jangan tipu kitoranglah Aim, aku kawan dengan kau sejak sekolah menengah lagi”, Khai yang sibuk menolong aku pun mencelah, aku tergelak kecil, pukul 1030 AM , penerbangan ke Busan, Republik Korea dari Kuala Lumpur , Malaysia akan berlepas. Sekarang jam 0730 AM, sengaja aku bertolak awal sikit, aku baru sampai di ibu Negara ini semalam, mujur ada dua sahabatku menjemput, bukannya lama aku ke Busan, seminggu saja, tapi entah kenapa hati ni sayu sangat… Hahaha. “Aim …”, suara yang aku sangat rindui kedengaran, aku berpaling, “Abang..”, aku berlari memeluknya erat, “Aim jaga diri baik baik ya budak? Jangan cari boyfriend baru pulak !”, sempat dia mengusik aku, aku hanya mampu ketawa sambil memeluknya erat, “Jomlah Aim, bang, nanti lambat nak ke KLIA tu, takut sesak jalan je, tahu jelah KayHell ni, haha”, Umar mencelah, Khai tergelak kecil, aku mengangguk perlahan, sepanjang perjalanan aku hanya memeluk Oppa sekuat hati, begitu juga dia, aku tahu dia menangis tapi dia menyembunyikannya … Oppa, Aim cintakan abang ..
****
 “Aim ! Aim !”, Umiku memanggil dari bawah, “Ya Umi?”, aku berlari turun ke tingkat bawah rumah kami, “Nah … tadi posmen hantarkan, ada nama Aim, itu umi panggil, cuba tengok, manalah tahu dapat sambung belajar ke Jepun ke, haha”, umiku ketawa kecil, Amin !! Aku membukanya perlahan …,

 *** WALIMATUL URUS ***
NAZMI DAN PASANGANNYA

ANDA DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMAT MEGHADIRI ACARA INI SEPERTI KETERANGAN BERIKUT : ….

Aku tak mampu membacanya, air mataku mengalir, hatiku sakit.  Aku melangkah ke atas dengan hati yang sakit dan pilu, ibarat belati menghiris kalbu. Ibarat sembilu menusuk lukaku yang bernanah, aku hanya mampu menangis , betullah kata lagu Khadijah Ibrahim, ku pendam sebuah duka demi kebahagiaan hakiki lagi abadi di sana nanti =)

Aku hadiri majlis perkahwinannya, aku tahu dia memandangku dari jauh, tapi aku tidak endahkannya. Sudah hampir 4 bulan mereka mendirikan rumah tangga, aku bahagia melihat kebahagiaan mereka. Hubungan aku dan dia ? Tinggal sahabat, mungkin kawan, mungkin lebih renggang daripada itu. Ya, aku yang merenggangkannya. Tapi, dia tetap Oppa aku, dan aku mengikhlaskan dia pergi, macam Zack. Hahaha. Bezanya aku masih bernyawa dan masih punyai peluang untuk berubah, berubah demi keluarga aku, dan berubah demi DIA …

TAMAT


“Kepada ALLAH Kami Berserah”.

Friday 25 December 2015

Aku Cinta Kamu ! 2 [Final : Cinta]

Bila masa Farel hantar? Aku tak nampak pun dia ke Bilik Guru. Aku pandang wajah tampannya dihadapanku yang sibuk dengan baksonya. Arghh. Stress. Aku tak nak masuk sebenarnya. Aku bukannya pandai buat apa apa kecuali ... Menyanyi! Ha'ah lah! Hahaha. Lamunan aku berhenti apabila Farel menyuakan sebiji bebola daging kemulutku. Eh. Nak suap kah? Dahlah ramai waktu rehat ni. Aku menggeleng perlahan. "Ayuh dong. Aaaa", lagaknya comel. Hahaha. Aku makan jugalah. Farel tersenyum kerana berjaya menyuapku. "Bagus. Good boy!", Farel ketawa kecil. Aku tersenyum ke arahnya. "Kenapa awak tiba tiba pula suap saya?", aku aneh. "Saja". Jawabnya sepatah. Astaga. Kalau romantik terlebih sangat. Kalau dingin. Embun pun boleh beku. Haha. "Bila awak hantar borang tu?", aku pandang wajahnya semula. "Semalam. Kan kamu ama Wisnu yang beria ia. Aku nurutin aja", sebenarnya Farel jeles aku dengan Wisnu. Hahaha. Aku tahu. "Ohh", jawabku sepatah. Aku menatap kembali novelku. "Andai Itu Takdirku..", baca Farel perlahan. "Wahh. Kayaknya seru novelnya", Farel teruja. Aik? Ulat buku juga kah? Haha. "Karya Siti Rosmizah. Best ceritanya. Saya dah nak habis baca. Awak nak pinjam?", aku tersenyum. Farel mengangguk laju dengan senyuman lebar. "Hai teman teman. Boleh aku duduk?", Wisnu datang dengan Aliya. "Silakan. Duduklah", aku mesra. "Aliya. Duduk sama aku. Harris. Kamu sama Farel aja sana", Wisnu mengarahku. Hahaha. Ohh. Faham, faham. Aliya ketawa perlahan. "Kamu jangan ngaco Wisnu. Kasihan Harris", Aliya membelaku. "Ngak apa apa kok. Harris. Sini dong", Farel menyuruh aku duduk disebelahnya. Tanpa banyak tanya aku terus ke sebelahnya. "Ah. Baru ngetop!", Wisnu tertawa. Aliya duduk disebelahnya. "Kalian punya rancangan untuk hari lomba nanti?", Wisnu menyuap nasi kedalam mulutnya. "Errmm. Takde apa lagi", jawabku perlahan. "Ah. Gampang aja!", Aliya berkata teruja. Gampang! Gampang?! "Choi! Aliya. Kamu mencarut ya?", aku kaget. "Ehh. Nggak! Waduh.
Gampang itu mudah", Aliya ketawa. Farel mencubit pipiku perlahan. "Imut!", dia berkata geram. Hah? Kemut! "Kemut?", aku hairan. Terhambur lagi tawa mereka. "Imut itu lucu. Eh ngak. Comel kalau orang Malaysia bilang", Wisnu menahan tawanya. Ohh. Ingat kemut~ Haha. Terkejut aku. "Apa yang mudahnya Aliya?", pipiku memerah dipanggil comel oleh Farel. "Hah. Kita mahu bikin pementasan mengenai bapak Soekarno", Aliya tersenyum. "Ohh", jawabku perlahan. ClichΓ© ~ "Seru gitu loee~", jawab Wisnu memberi sokongan kepada Aliya. Girlfriendnya. Atau pacarnya. Hahaha. "Aku ikut kamu aja Harris", Farel tersenyum disebelahku. Ohh. So sweet. Haha. "Ermm. Saya nak menyanyi", jawabku perlahan. Sambil menarik mangkuk bakso Farel perlahan. Nak rasa. Farel macam rela je. Hahaha. "Lagu apaan?", Wisnu dan Farel serentak. "Bahtera Merdeka", jawabku yang mulut penuh dengan mee bakso. Sedap woo! Asli! Hahaha. "Erm..., apa aku boleh serta?", Farel memandangku. "Boleh~", aku mencuit hidung mancungnya.

"Gimana sih ejaannya?", Farel hairan. "B A H T E R A", aku menaip di telefon pintarnya. "Oh. Aku fikir kapal tadi. Hahaha. Kapal merdeka", >.< Farel ketawa kecil. Terkeluarlah foto Aisyah di YouTube itu. "Versi tradisional lebih asyik", aku menekan satu video disitu. Bermulalah gemersik yang mencengkam kalbu. Gesekan viola itu benar benar menyentuh jiwa. Kami berdua begitu asyik mendengar muzik Melayu itu. Aku lihat disebelahku. Farel merah matanya. Air matanya mengalir. Aku pause video itu. "Farel. Awak kenapa?", aku memegang pipinya. Farel menggeleng dan mengusap air matanya. "Maafin aku. Selama ini aku ngak benci sama Malaysia. Aku benci ibuku..", Farel menangis lebih kuat. Aku memeluknya perlahan. "Shhh.. Dah. Dah", "Tak ape... Saya faham", aku memeluknya lebih erat. Farel menceritakan segala galanya pada aku malam itu. Bukan salah ibunya. Ayahnya yang curang tapi Farel sakit hati. Kenapa ibnunya tidak pulang untuk menjaganya? Air mataku pula yang mengalir sedikit.

****

"Assalammualaikum. Ibu! Hah. Lama ibu tak telefon Harris. Harris? Sihat. Ibu? Hahaha. Alhamdulillah. Abah dengan adik sihat? Oh. Yeker..", aku ralit bersembang dengan ibuku. Hampir setengah jam aku rasa. Naik panas telingaku. Usai aku bersembang, Jamil masuk ke bilikku dengan wajah cerianya. "Kak. Kak Farel nunggu diluar", wajahnya bersinar. Eleh. Ada Sari lah tu. Aku keluar dari bilik dan ternampak Farel sedang berbual dengan ibu angkatku. "Hah. Itu dia. Harris, ini Farel mau kamu nemenin dia jalan jalan. Pergilah. Ibu izinin kok", aku mengangguk laju. "Whahhh. Kak Farel kencan ya~ Wuuu~ Kencan~", Jamil mengusik. Sari tergelak kecil. Memerah pipiku. "Budak bertuah!", aku cubit pipinya perlahan. Hahaha. "Sari tinggal disini aja ama Jamil ama ibu. Bisa nggak Kak?", Sari berkata perlahan. "Bisa aja", jawab Faril ceria. Ooo. Dah komplot. Takpe. Takpe. "Nnah. Kak Harris jagain ya kakakku yang seorang ini. Kencannya yang asyik yaa?", Sari ketawa kecil dan menolak kerusi rodanya lari dariku yang cuba mencuit pipinya. Hahaha. "Bye bye Kak Harris", dia melambaiku. Aku balas. Perlahan langkahku mengikut langkah Farel. "Apa kita naik angkot? Bajak?", aku meneka. Farel ketawa kecil dan menggeleng. "Kita naik itu", tercengang aku. Fuyoo. Motor Kawasaki Ninja! Hahaha. "Wahhh. Hebatnya motor awak!", aku membelek motornya kiri dan kanan. Farel hairan. "Eh. Harris. Bukan yang itu, disebelahnya", Farel ketawa kecil. Aku menoleh. "Vespa! Waahhhh! Keren banget !", aku lebih teruja. Susah tau nak cari motor Vespa ni. Hahaha. "Kamu suka?", Farel hairan. Aku mengangguk laju. "Aku fikir orang Malaysia materialistik", Farel mengusik. Aku ketawa kecil. "Nggak kok. Orang Malaysia itu lebih menghargai kasih sayang", aku tersenyum. "Ayo. Naik", Farel mahu memboncengku. Yay! Asyik. Dating~ Eh. Lupa. Kencan. Hahahaha.

"Ayo! Kita tawan Jakarta", Farel membawaku ke sekitar Jakarta. Hidup. Kota Jakarta sangat hidup. Entahlah. Aku rasa jatuh hati kepada Jakarta. Walaupun kalau dibandingkan dengan Kuala Lumpur, Jakarta sedikit mundur, tapi ada sesuatu yang ada pada Jakarta, tidak ada pada Kuala Lumpur. "Nahh! Seru nggak?", Farel menjerit bertanyakan kepadaku. "Seru banget!", jawabku. Haha. "Di Kuala Lumpur nggak ada aku. Jadi, kagak seseru ini!", balasnya lagi. Aku tersenyum dan memeluk lebih erat tubuhnya. Ya. Betul. Di Kuala Lumpur, tidak ada Farel :)

****

Tepukan gemuruh menghiasi dewan sekolah tinggi itu. "Sudah siap?", Farel memegang bahuku. Aku mengangguk. "Seterusnya!", seorang pelajar wanita memanggil kami. Kami berdua melangkah keluar dari belakang tabir itu. Makk aaii. Ramainya! "Assalammualaikum. Selamat malam teman teman. Terimalah 'Bahtera Merdeka'", Farel yang sibuk memberi salam. Aku? Menggigil tak berhenti. "Ayo Kak Farel, Kak Harris!", Jamil dan Sari memberi semangat. Aku menghirup nafas. Isyarat aku beri kepada Farel tanda sedia. Petikan gitarnya bergema.

Aku : Bonda senyum riang, menerima bahtera merdeka.

Putera puteri sayang,
Putera puteri sayang,
Sedang berjuang.

Farel : Fajar telah tiba,
Nan menyinsing membawa harapan,
Tanah semenanjung,
Tanah semenanjung,
Permata nilam.

Aku dan Farel : Jiwa dan raga!
Buktikanlah pada nusa bangsa,
Supaya negara,
Maju jaya,
Aman merdeka ...

Tiba tiba suara merdu seseorang mencelah.

Duhai ibu pertiwi...,
Putera puteri datang.
Sujud bakti ....,
Untuk menunaikan,
Untuk menunaikan,
Sumpah dan janji ....

Semua mata tertacap ke arahnya. Mak Cik Farah? Aik. Aku lihat Farel. Matanya merah. "Ibu...", panggilnya perlahan. Farah menggangguk. "Ini ibu nak. Ini ibumu!", Farah memeluk Farel seeratnya. Farel membalas dan mencium pipi ibunya kiri dan kanan. "Ibu!", Sari menjerit dari bawah. "Ya Allah! Anak ibu!", dengan pantas Farah pergi mendakap Sari pula. Tergamam seisi dewan? Mak Cik Farah ada anak? O.o

"Explain", arahku sepatah. Mak Cik Farah memandangku sugul. "Mak Cik! Don't give me that kind of face. Tell me now", aku mahu tahu. Kenapa pula Mak Cik Farah ada dalam ini cetera? Heh? “Panajng ceritanya Harris. Kalau mak cik cerita pun kamu takkan faham”, wajahnya sugul menatap wajah Farel disisinya. “Maksud saya, macam mana pula mak cik boleh sesat kahwin dengan orang Indonesia? Seingat saya mak cik tak pernah kahwin. Kan?’, aku hairan. “Begini, mak cik tipu. Mak cik pernah berkawin dengan bapa Farel. Wali. Tapi hubungan kami bertahan 10 tahun saja. Dia curang dengan mak cik. Dia keluar berfoya foya. Mak cik ada hati, ada perasaan. Hak mak cik untuk ambil tahu urusan suami mak cik . Tapi … dia ceraikan mak cik begitu saja. Mak cik tak tahu kenapa”, air mata Mak Cik Farah mengalir laju. Farel memeluk ibunya. “Sudah Farah.., semuanya sudah berakhir. Kamu sudah bersatu semula sama Farel. Kisah pahitmu usah dikenang”. Ibu Suriati menenangkannya. Aku dan Farel bertentang mata. Farel tersenyum lebar ke arahku. Aku membalas senyumannya itu.

“Harris, kamu memang bawa keajaiban untukku. Lihat aja, semenjak kamu disini, hidupku berubah, tambah ceria, tambah manis, akhirnya Allah mengabulkan doaku, ibuku sudah pulang”, perlahan dia meraih pinggangku dan menyandarkan kepalanya pada bahuku. “Mana ada, saya orang biasa saja. Ibu awak pulang sebab takdir Allah, saya pun tak sangka kawan baik ibu saya tu ibu awak, hahaha”, aku ketawa kecil, Farel bangun dan memeluk aku erat, kini aku pula yang disandarkan di dada bidangnya, “Jangan bilang begitu, kamu memang keajaiban bagiku, nggak salah rasanya kalau aku mahu katakan sesuatu untukmu”, Farel menatap mataku dalam, aku terksima, “Apa?”, hatiku berdebar. “Aku cinta kamu”, Farel berkata perlahan, jantungku seakan terhenti, Allah, apa patut aku lakukan? Aku turut  mencintainya, tetapi .. aku takkan lama disini, lagipula, ini salah! Aku palingkan wajah aku, tak sanggup rasanya memberikan harapan pada Farel, aku cintakan dia …, tapi aku tahu, salah. Berdosa. Allah? Buang rasa ini jauh jauh Ya Allah, hamba pohon … “Kenapa kamu diam Harris? Apa aku tidak cukup bagus untukmu?”, Farel meraih tangannku, “Kamu mengubahku Harris, dulu aku susah sekali untuk tersenyum, semenjak adanya kamu, aku mahu terus tersenyum, agar kamu bisa tersenyum untukku”, air matanya mengalir perlahan, Farel …. Aku pegang tangannya erat, aku pegang pipinya. “Farel…, saya sayangkan awak juga. Lebih daripada apa yang awak bayangkan, tetapi …, ini salah Farel. Salah. Kita tak boleh bersatu, ia ditegah”, air mata ku mengalir lagi,OHHH, hidup aku dah jadi sinetron! “Harris…, aku nggak minta lebih dari itu. Cukup kamu katakana kamu cinta sama aku, itu sudah cukup sayang..”, perlahan Farel mengucup dahiku. Aku terpaku. Dengan perlahan aku kucup bibirnya, perlahan. Aku terus bangun dan pergi dari situ, Ya Allah! Sakitnya hatiku Ya Allah, sakit sangat. Meninggalkan orang yang aku sayangi, sakitnya …

**** 
 “Lloh, kok wajahnya cemberut?”, Sari mendekati Farel yang baru pulang menemuiku di tasik tadi. “Kencannya gagal dik…”, Farel mengeluh besar, dia duduk disisi Sari diluar rumah besar itu. “Kak Harris menolak cinta kakak?”, Sari tersenyum. Dia kenal abangnya, tiada rahsia antara mereka. “Iya…, tidak, kakak keliru sama dia. Dia bilang cinta, llahh… tapi pergi, aahh, rumit!”, Farel menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kak, ada orang bilang, cinta itu tidak semestinya dimiliki, mungkin Allah itu sudah memelihara kakak ama kak Harris agar ngak terjebak dalam dosa”, Sari mengusap kepala Farel lembut, “Sari, kakak nggak pernah terniat untuk mengapa apakan Harris, jauh sekali berbuat perkara keji itu! Kakak Cuma cinta samanya, itu saja…”, Farel berkata jujur. “Lllohh, kan sudah aku bilang, cinta tidak semestinya dimiliki, berdoa sajalah, mungkin kalian ketemu di syurga Allah, nnah, jika mahu masuk syurga, harus solat, sudah solat Isya’ belum?”, Sari mencuit pipi Farel, perlahan Farel menangguk, dia solat dengan aku tadi di surau dekat danau itu. “Sari …, gimana sih bikin Harris cinta sama kakak?’, Farel memandang wajah Sari dengan penuh pengharapan. “Errmm, ini susah, kalau cewek, dikasih bunga udah okey, tapi cowok…, rumit ssih, mungkin barangan lelakilah”, Sari meneka, Farel tersenyum, ada saja akalnya!

INDONESIA RAYA! NEGARA CEMERLANG DI PERINGKAT INTERNASIONAL!

 Sebuah papan tanda memaparkan kata kata itu, ya. Aku harap Indonesia boleh membangun selari dengan zaman moden hari ini, aku cinta Negara ini, aku cinta budaya orangnya, aku cinta Farel, tapi tempoh sebulan pertukaran pelajar ini mencemburuiku. Tinggal 3 hari lagi aku di Indonesia, hatiku galau. Sedih untuk meninggalakn Farel, Jamil dan semua orang yang ada disini. Air mataku perlahan mengalir. Hati, kenapa kau gedik sangat?! Hari tu punyalah tak nak datang, sekarang tak nak balik. Aku pandang sekelilingku, seleraknya bilik, hahaha. Aku bangun untuk mengemaskan bilikku dan mengemaskan barangku untuk pulang ke tanah airku, Malaysia. “Harris, ada orang mau ketemu kamu tuh”, Ibu Suriati yang ayu bertudung masuk ke bilikku, aku menatap wajah ayunya, “Siapa bu?”, aku bingkas bangun dari katil itu dan keluar. Farel …? Hatiku berbunga. Hahaha. Tapi kena control, hahaha. “Harris, ayo kencan”, Farel mengusikku. Ibu Suriati tergelak kecil. “Tapi ..”, belum aku habis cakap, Ibu Suriati memintas, “Pergilah Harris, nggak apa kok. Ibu biasa nyiapin sarapannya sendirian, pergilah, kamu kan sudah mahu pulang, libur aja sama rakan rakan mu, ayo pergi, kasihan nak Farel, udah lama nungguin,pergi ya?’, Ibu Suriati, I love you! HAHAHA.

“Nahh, sayang. Kamu mahu apa? Bilang aja sama aku, aku akan tunaikan”, hari ini Farel memandu sebuah kereta, cuba teka apa? Proton Iriz! Haha, tengok pun tahu milik Mak Cik Farah, orang kaya~ Angkutlah kereta naik kargo. Apa susah?~ “Errmm, saya nak awak”, aku mengusik, ketawa besar Farel jadinya. “Beneren? Jangan nangis ya”, katanya nakal, “Choi! Bercanda saja! Saya teringin pergi tasik semalam, makan ais krim dengan awak, boleh?’, aku menyandar pada bahunya. “Boleh sayang, eh, kalau di Malaysia memang bahasanya saya-awak ya?’, Farel memandu sambil mulutnya sibuk menanyakan seribu macam soalan kepadaku, aku tergelak kecil, “Saya-awak tu bahasa formal dan sopan, aku-kau bahasa tidak formal dan hanya boleh guna dengan rakan rakan saja, tapi saya memang bahasakan diri saya sebagai saya, saya lebih selesa guna bahasa formal, lebih sopan. Kenapa? Awak nak suruh saya panggil awak apa?”, aku ketawa kecil. “Wah, baru aku ngerti. Beda amat sama orang Indonesia. Aku panggil kamu sayang, nnah, kamu panggil aku mas dong~”, Farel mengenyit matanya, “Eww, haha. Gelilah. Saya panggil awak sayang jelah. Boleh?”, aku ketawa kecil, Farel memonyokkan wajahnya, “Tengok tuu, cemberut lagi! Hahaha, iya … mas?”, aku pelik menyebutnya, hahaha. “Eiii, panggil aku Farel ajalah. Biar aku panggil kamu sayang, bisah?”, katanya perlahan, aku mengucup pipinya tanda setuju. Haha.

 “Ini, aiskrimmu”, Farel menyuakan ais krim kepadaku, aigoo, keadaan yang agak berjerebu di Jakarta ini memaksa kami hanya makan di dalam kereta, sesak nafas duduk dekat  luar. “Farel, kenapa awak suka saya?’, nak tanya, tapi malu. Hahaha. “Errm, kamu imut. HAHA”, Farel mencuit pipiku. “Betul betulah!”, aku mengamuk. “Hahaha. Iya, maafin aku Sayang. Hahaha. Kamu pandai, rupawan, yahh, kamu imut.. kamu baik…”, waktu dia puji tu … ya Allah, kembangnya aku ni mengalahkan Kacip Fatimah, hahaha. “Awak tahukan ? Saya dah nak balik Malaysia ..?”, aku memandang wajahnya perlahan. “Iya …”, jawabnya keberatan. Wajahnya menunduk ke bawah. “Hey.., kenapa ni?”, aku mengelus pipinya perlahan. “Ibuku pulang …, malah kamu yang pergi. Ninggalin aku sendirian”, bibirnya dimuncungkan, tergelak kecil aku jadinya. “Kalau kamu mahu, aku bisa pindah ke Malaysia demimu!”, Farel memegang erat tanganku dan wajahnya beria ia. “Err…. Tapi Farel ..”, aku  tergagap. Tidak percaya dia sanggup berbuat sebegitu, hanya kerana aku ? “Bisa nggak?”, katanya perlahan. Aku hanya tersenyum.
****
 “Kamu … pasti Harris? Nggak mau ketemu dulu sama nak Farel?”, Ibu Suriati memandangku sayu.  Pak Sugio memandangku perlahan. “Iya kak.., kasihan kak Farel”, Jamil menambah. Justeru kerana aku tidak mahu dia sakit hati, aku bertolak sehari lebih awal. Balai pelepasan itu terasa sayu sekali. Walau tidak semegah KLIA kebanggaan kita, cukup untuk membuatkan hatiku jatuh cinta kepadanya. Indonesia …

****

SETAHUN KEMUDIAN …
Kuala Lumpur, 2015

 “Harris! Harris!”, ibuku melambai dari jauh. Aku perlahan melangkah ke arahnya. “Kenapa ibu? Terserempak dengan Kim Woo Bin ke? Menjerit semacam je”, aku mengusik ‘peminat setia’ Woo Bin itu, “Banyaklah kamu! Itu, itu makcik Farah kamu kan?”, aku menoleh kea rah kedai yang menjual barangan wanita dalam Mega Mall itu. “Eh, yalah!”, aku menarik tangan ibuku mendekatinya. “Farah !!”, ibuku riuh menegurnya. “Melati !! My bestprennnn!!!”, MakCik Farah memeluk ibuku erat. “Bila kau sampai KL?”, ibuku mulakan tugasnya sebagai ‘YB Kuala Lumpur’, heh? Hahahaha. “Baru semalam ! Eh. Kejap ya. Farel ! Sari! Kemari nak!”, ibuku tersenyum manis. “Farel ….?”, bibirku menyebut lembut namanya. Sosok orang yang aku amat rindui terpacul didepanku, “Harris?!”, dia memelukku erat. Dey!  Tak tau malu ke? HAHAHA. Sari  yang sudah mampu berjalan berdehem halus. Segera Farel melepaskanku, “Wahh, elok sangat anak kamu Farah. Hahaha”, dia memuji Farel dan Sari yang masing masing memang rupawan.

“Aku datang demi kamu”, Farel merangkul pinggangku. Aku tersenyum dan bersandar ditubuhnya, “I love you ..”, aku memeluknya. “Haha, aku akan bersama kamu selamanya, ke sekolah, kolej, universitas , SE MUA NYA!”, Farel mencubit pipiku, “HAHAHAHA”, aku ketawa riang, “SSHHH~”, suara lain memintas kebahagiaanku dalam pawagam yang duduk bersama Farel di couple seat itu. Sebokk~ Typical Malaysian ~ Hahaha.


TAMAT