Tuesday 21 July 2015

My Maid Is A Flower Boy! 7




My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 7
"Kenapa...?",
"Why...?".

"Hello sayang~", kedengaran suara Yusri di hujung talian. "K.. Kau nak apa?!", Ilham meradang. Semua disitu kelihatan kaget dan ternanti nanti jawapan daripadanya. "Ermm... Tak banyak, aku tak nak duit. Aku nak kau datang satu tempat ni. BERSEORANGAN. Kalau tak, maaflah. Fahrin kesayangan kau ni... Akan .. Mamp.. Oops", nafas Ilham turun naik mendengar suara Yusri, belum sempat Ilham bersuara talian dimatikan. "Pengecut!", Ilham menghempas telefonnya. "Am.. Kenapa?", Zaharah memandangnya sayu, "Umi.., umi tunggu dulu ya? Am pergi ambil Fahrin", Ilham tersenyum. Cuba menenangkan uminya itu. "Biarlah aku ikut..", Fahmi risau. Suaranya sedikit sebak. "Penculik nak saya seorang saja pergi..", Ilham memandang Fahmi serius. "Dia.. Nak apa ?", Tengku Mawar memandang perlahan, "Saya tak tahulah nenda, yang penting. Dia nak saya datang sendirian..", Ilham menerangkan. Wajah Daniel kelihatan gusar melihat sahabat karibnya mengalirkan air matanya tak berhenti. "Sudahlah Hairil.. Nanti Am cari Rin. Kejap lagi baliklah budak tu", Daniel menggosok belakang Hairil. "Anak aku Daniel, anak aku. Nyawa aku...", Hairil memeluk Daniel erat. Zaharah gagal menahan air matanya, "Ya Allah. Peliharalah anakku daripada kebusukan hati manusia...", Zaharah memeluk Tengku Mawar erat. Ilham mengambil telefon bimbitnya di lantai dan berlalu pergi dengan pantas. 'Rin, tunggu abang sayang ...'.

"Kau nak apa hah?!", Fahrin memekik. "Hish budak ni. Bising jelah. Bingit telinga aku tau tak?", Yusri menutup telinganya. Mizi tergelak besar. "By the way Yus, memang patutlah Ilham pilih budak ni. Comel", Mizi tersenyum manis. Yusri menjelingkan matanya ke atas. "Abang nak apa ...?", suara Fahrin kali ni lemah. "Aku nak Ilham. Faham?", Yusri memandangnya geram. Seraya berlalu pergi. Mizi menggeleng kepalanya, "Err.. Nama adik Fahrin ya?", Mizi memandangnya kasihan, Fahrin mengangguk. "Maafkan abang ya? Err, abang ikut saja. Cari duit. Hahaha", Mizi cuba menghibur Fahrin. Fahrin tidak mengendahkannya, air mata Fahrin mengalir. "Saya nak balik...", Fahrin merayu. Mizi memandangnya sayu, "Abang tak boleh tolong sekarang ni. Nanti adik lagi susah. Percayalah abang. Ermm, tapi abang boleh bagi ni", Mizi menyuakan sebungkus makanan dan sebotol air mineral, Fahrin tersenyum manis.

Ilham memberhentikan keretanya di depan gudang kosang itu. "Fahrin! Rin! Sayang!", Ilham memekik. Tiada jawapan. "Am.. Am.. Am.. Doktor Ilham", Yusri menepuk tangan sinis dibelakangnya, Ilham berpaling, "Mana Fahrin?!", Ilham memandangnya tajam. "Hah? Ohh. Budak tu. Hidup lagi", Yusri tersenyum sinis. "Apa yang kau nak aku buat supaya kau lepaskan dia?!", Ilham bersuara sebak. "Ohh, tak banyak...", Yusri mendekatinya.. Ilham melangkah kebelakang. "Kau kenapa?", Ilham takut. "Nak abang ...", Yusri memeluknya perlahan. "Kalau kau layan aku, aku lepaskan Fahrin", Yusri mencium pipinya perlahan. Ilham terkedu...

"Kenyang?", Mizi yang duduk bersila depan Fahrin memandangnya ceria. "Kenyang! Terima kasih abang", Fahrin tersenyum manis. "Hehehe. Comelnya Rin ni. Hahaha", Mizi ketawa riang. Fahrin ketawa juga. "Abang baik. Kenapa kerja dengan mamat gila seks tu?", Fahrin menanyakan soalan aras tinggi kepada Mizi. " Erm, entahlah. Abang nak kerja, tapi belajar tak pandai. Ini saja cara abang nak tolong keluarga abang...", Mizi menahan air matanya. "Abang ... Perlu ke abang suapkan duit haram pada keluarga abang? Abang dah kahwin ya?", Fahrin memandangnya sayu, "Belumlah dik. Siapa nakkan abang? Kerja takde. Abang ada ibu dan adik perempuan saja", Mizi tersenyum menyerlahkan ketampanannya. "Abang.. Pernah cuba cari kerja?", "Errrr...", Mizi menggeleng. "Hah! Abang tak pernah cuba. Mana abang nak ada kerja. Lagipun, Johor ni pesat membangun, ekonomi kita semakin gagah! Kita semakin megah! Daulat Tuanku!", Fahrin melalut. "Errr.., adik?", Mizi menahan tawa. "Eh. Sorry. Salah topik. Maksud saya, mestilah ada orang yang perlukan pekerja. Kita dah maju. Lagipun, Allah sayang kita", Fahrin tersenyum. "Allah...?", Mizi kekok. "Ya. Allah. Abang Islam kan?", Fahrin hairan. Mizi mengangguk. "Hah~ Dahtu? Abang ..., sudah lah ikut si Yusri tu. Abang pergilah cari kerja halal, macam Rin cakap tadi. Takkan abang nak suapkan duit haram pada ibu dengan adik abang. Kesian diorang...", Fahrin menggeleng geleng. Mizi terkedu. "Adik... Allah.. Nak terima abang ke?", Fahrin tersenyum. Itulah pertanyaan Ilham kepadanya dahulu. Fahrin mengangguk laju. "Abang nak dengar satu cerita tak?", Fahrin duduk tegak. Mizi tersenyum lalu mengangguk. "Pada zaman dulu. Ada seorang pelacur yang melintasi padang pasir yang panas. Oleh kerana panas, dia pun berheti di sebuah telaga dan meminum air disitu. Tiba tiba dia ternampak seekor anjing yang kehausan. Hausnya anjing itu sampai lidahnya terjelir dan menjilat jilat pasir disitu. Kerana adanya hati nurani, pelacur itu pun turun kembali kedalam telaga itu dan mencedukkan air dengan menggunakan kasutnya. Dengan susah payah dia naik semula dan memberikan air itu kepada anjing tadi", air mata Fahrin mengalir. Mengenangkan Kasih Sayang Allah. Mizi sebak. "Bila dia mati.. Dia masuk Syurga. Jadi tetamu Allah. Seorang pelacur.. Pelacur. Berbuat ehsan. Yang kecil diamata manusia hina, besar Di Sisi Allah Yang Maha Mulia. Pelacur bang. Pelacur masuk syurga. Kalau kita tak berusaha untuk ke syurga, kita lebih hina daripada pelacur tu ....", Fahrin menangis teresak. Mizi menutup wajahnya. "Apa yang aku dah buat ni ya Allah? Apa ?!", Mizi meraung semahunya. Fahrin tersenyum. 'Alhamdulillah...'.

"Cepatlah sayang ...", Yusri menarik tangan Ilham ke arahnya, Ilham menahan rasa marahnya. Perlahan dia menghampiri Yusri. 'Sini pun jadi ke?', terdetik di benak fikiran Ilham. Haha. Yusri gila seks -_- "Bukaklah..", Yusri tersenyum manis 'menggoda', (muntah). Ilham tersenyum plastik, tangannya menjalar ke dada Yusri, "Sayang, baringlah dulu. Abang nak cepat...", Ilham membaringkan Yusri perlahan. Yusri yang sudah teruja itu mengikut sahaja. Ilham ketawa jahat dalam hatinya, perlahan dia mencapai tali rafia di suatu sudut di tepi bangunan itu, sedang Yusri asyik melayani tangan Ilham tanpa dia sedari tangannya telah diikat seketat ketatnya. "Ganaslah abang ni ..", katanya manja. Ilham tersenyum dan berdiri semula. "Ganas hotak kau! Betullah wayar putus memang susah sikit. Aku ikat kau pun kau tak sedar", Ilham ketawa mengekek. "Celaka kau Am!", Yusri meronta. Ilham ketawa besar. Aduhai. Seperti sinetron Indonesia, akan ada orang jahat di belakangnya dan memukul sekuat kuatnya dibelakang Ilham. Tapi tu sinetron, drama Malaysia ganas sikit. (Apa aku mengarut -_-). Perlahan seseorang menghampirinya dengan sepucuk pistol diletakkan dikepalanya. Ilham terkedu. "Diam. Lepaskan Yusri", arah orang itu. Ilham dengan ketakutan tahap nak terkucil pun membuka ikatannya tadi. "Sekarang, hisap", arah lelaki itu menunjuk ke arah objek keras bernyawa (Apakah?--") milik Yusri. Yusri ketawa jahat. Perlahan Ilham mendekati objek itu, "Berhenti!", Fahrin datang bersama Mizi, lelaki yang memegang perakam video itu terkejut dan melepaskan pistol mainannya itu. "Rin!", Ilham gembira. Mizi menumbuk lelaki itu tadi. Lah. Pengsan (--" Ingatkan sado, rupanya bodo~) Hahaha. "Mizi! What the hell?!", Yusri memekik, "Hell ya! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau nak buat?", Mizi melempang lembut pipi Yusri, "Muka je handsome, hati busuk!", satu lagi tamparan dipipi kirinya pula. "Mizi.. Dia ke orangnya?", Ilham bersuara perlahan. Mizi berpaling. "Kenapa?", tanya Mizi hairan. "Kau ke yang  bersama Yusri dulu ...?", Ilham bertanya serius. Fahrin disisinya memeluk lengan sasa Ilham perlahan. Takut buah hatinya hilang kesabaran. "Ehh.., bukan sayalah bang! Itu!", Mizi menunjuk ke arah lelaki yang ditumbuknya tadi. "Sampai hati kau Mizi... Kau kata kau cintakan aku..", Yusri meraih simpati Mizi. "Diamlah kau!", matanya berair segera diseka. "Abang ... Abang sado aka bodo tu macam lembut je", sempat Fahrin mengumpat dengan Ilham. Tercuit hati Ilham jadinya. "Kau mainkan aku! Kau skandal sana sini! Kau tipu aku! Aku .. Aku taknak orang yang bercinta dengan abang sado lembut! Aku benci kau!", Mizi berkata tegas. Fahrin menahan tawa. "Kau ingat kau sempurna kah Fahrin? Kau rampas Ilham dari aku!", air mata Yusri mengalir perlahan. "Yusri.. Aku tak rampas sesiapa dari kau. Kau yang menzalimi diri kau sendiri..", Fahrin bersuara lembut. "Diamlah! Kau macam orang alim ulama'! Ahli syurga! Tapi gay! Kau tak malu ke jadi sesumpah?!", Yusri sinis. Ilham menggengam penumbuknya. Tidak tahan kekasihnya diherdik. Fahrin memegang lembut tangannya. "Yusri.. Aku mengaku. Tapi... Aku berusaha. Aku cari Dia. Aku cari Dia bersama abang Am. Aku taknak hanyut. Tapi kau!? Kau tak malu ke?! Malulah Yusri. Kau hirup udara Dia..", Fahrin menghampirinya. Ilham menegah. "Rin ... Aku cemburu dengan kau. Kau ada orang yang menyayangi kau. Ramai. Aku?", Yusri menangis perlahan. Mizi memandang Yusri sayu. "Kau takde keluarga?", Fahrin simpati. "Aku membesar di rumah anak yatim. Sama dengan abang Ilham. Tapi.. Aku tak macam dia. Semua orang suka dia... Aku?", Yusri tersenyum luka. "Aku ada...", Mizi mengesat air mata Yusri perlahan. "Yusri, kau silap besar. Allah ada. Mizi ada. Aku dah ada untuk kau. Tapi kau ....?", Fahrin membuka ikatannya perlahan. "Fahrin... Aku..., aku malu dengan kau. Kau baik. Aku?", Yusri memandang sayu wajah Mizi dihadapannya. "Sudahlah Yus, abang dah penat. Yus, berubah ye?", Ilham memegang pipi Yusri perlahan. Yusri memeluk Mizi erat. "Abang ... Si sado tu nak buat apa?", Fahrin memandang Ilham perlahan. Ilham tersengih. Comey! :3

Perlahan Yusri berjalan di jalanan itu. Memikirkan. Betapa lelah menjadi seorang pendosa. Lelah menjadi hamba yang derhaka. Air matanya perlahan mengalir sambil langkah kakinya masih melangkah. Yusri sudah cuba melupakan Ilham. Biarlah dia bahagia. Sudah lebih seminggu perkara bodoh itu terjadi. Hatinya kian pudar. Calar. Sebenarnya apa yang dia lakukan dahulu hanya untuk mencemburukan Ilham. Tak sangka bara menjadi api. Disangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengah hari. Langkahnya masih menapak. "Salahkah kalau awak bagi saya peluang?", Mizi yang tiba tiba datang menyentakkan angannya. "Mizi... Saya ... Saya tak sebaik awak. Saya malu. Sepanjang saya kenal awak, tak pernah seteguk pun air kencing syaitan awak teguk. Saya? Entah berapa kontena", air matanya mengalir perlahan. "Tapi saya cintakan awak. Lebih daripada awak tahu. Berilah saya peluang sayang ...", Mizi meraih tangannya erat. "Mizi... Bolehkah awak terima saya? Saya jahat. Saya nak awak bimbing saya ..", Yusri mengenggam erat tangan Mizi. Dia ikhlas. "Sayang ... Saya tak pandai. Tapi Rin boleh tolong kita. Macam dia tolong Ilham..", Mizi mengesat air mata Yusri perlahan. "Maafkan saya ..., selama saya tak nampak kebaikan awak. Saya sibuk dengan duit. Maafkan saya awak .. Maafkan saya", Yusri memeluk Mizi erat. Perlahan dahi Yusri diciumnya. "Saya sayang .. Cintakan awak ..", Mizi tersenyum tampan. Yusri mengangguk dan memeluknya lebih erat.

"Penjenayah pun dah masuk lokap. Sudahlah", Ilham menenangkan Zaharah. "Tak boleh! Umi nak Am cari siapa yang buat semua ni. Umi tak kira", Zaharah berpeluk tubuh. "Umi.. Sudahlah", Fahmi memujuk pula. "Zaharah, sudah sudahlah dengan kemarahan kamu. Penjenayah dah ditangkapkan? Nak kata apa lagi?", Tengku Mawar datang dengan senyuman yang manis. Dia duduk disitu selama seminggu bagi menjaga Fahrin. "Bonda. Ini serius", Zaharah bersuara ala Wonderpet. "Zaharah, dengar cakap bonda. Hish!", Tengku Mawar geram. Hahahaha. "Nenda ...", Fahrin datang dengan mata yang berpinar. Demam agaknya. Haha. "Hah. Rin. Kenapa turun sayang?", Tengku Mawar memapahnya. Ilham risau melihat kesihatan Fahrin. Semalam mereka sudah ke hospital dan Ilham telah memeriksanya. Tiada apa yang pelik. "Rin ... Dah makan ubat?", Ilham mendekatinya yang sedang duduk dengan mata yang tertutup. "Dah ... Lepas sarapan tadi Rin terus makan. Aduhai. Susahnya ada buah hati doktor ni", sempat Fahrin berjenaka. Ilham tetap dengan wajah risaunya. "Sayang ...", Ilham memandangnya perlahan. "Apa?", Fahrin tersenyum. "Janganlah sakit... Abang risau separuh mati ...", Ilham beriak sedih. Matanya berkaca. "Hey... Rin demam jelah. Abang janganlah nangis", Fahrin mengesat air mata Ilham. Namun matanya pula yang berkaca. Perlahan Ilham memeluknya. Tersedu sedu Fahrin menangis di dada bidangnya. "Abang sayang Fahrin... Sayang sangat ..", Ilham berkata perlahan. Fahrin mengangguk.

"Assalammualaikum!", Daniel datang bersama Tengku Lisa. Rumah Hairil kelihatan terang malam itu. Menandakan penghuninya belum tidur. "Waalaikumsalam! Eh! Baba Daniel!", Fahrin melambai. Perlahan dia keluar dan membuka pintu pagar besar itu. "Fahrin sihat?", Tengku Lisa tersenyum manis. "Sihat mama. Masuklah.. Abah tengah tengok TV dengan Ilham kat dalam", Fahrin tersenyum. "Mana Kaisarah?", Fahrin menjengah. "Dia tuisyenlah Rin. Kan nak SPM tahun ni", Lisa menjawab mesra. Mereka masuk bersama kedalam rumah mewah itu. "GOOLLLLLLL!!!!!", Ilham dan Hairil melonjak bersama. Haha. Mereka menyaksikan perlawanan JDT menentang Kelantan bersama sama (Kelantan kalah T.T Habis aku kena nyanyi lagu Johor tiap tiap pagi selama seminggu dekat Oppa --"), dah macam bapa mertua dan anak menantu dah. Hahaha. "Oi Hairil! Aku datang pun kau tak sedar?!", Daniel mencuit pinggang Hairil perlahan. "Eh? Daniel! Aku tak perasanlah. Best wei tengok bola dengan Am. Haha. Kalau harap bujang bujang double F tu. Hemmpph. Masing masing tak minat bola", Hairil memandang Fahrin dengan pandangan lucu. Ilham tergelak. "Zaharah mana Hairil? Lisa nak cakap dengan dia sikit. Hal wanita~", Tengku Lisa menganggkat bekas Tupperwarenya. Wanita sangat~ . "Ada. Di dapurlah tu. Memasak", Fahrin menyampuk menyedari abahnya sudah sibuk dengan bola di kaca TV. Fahrin keluar untuk mengambil angin di luar. Daniel yang ternampak segera mengekorinya. Ilham memandang  dengan senyuman.

Satu keluhan berat dilepaskan Fahrin. Dia duduk di pangkin itu. Mengenangkan Ilham. Risau hatinya. "Rin ...", Daniel duduk disebelahnya. Fahrin tersenyum manis melihat Babanya. "Kenapa Baba?", Fahrin hairan. "Ermm... Baba nak tanya ni. Tapi jangan salah anggap tau?", Daniel memandangnya lembut. Fahrin mengangguk. "Rin ada apa apa tak dengan Dr. Ilham?", tersentak Fahrin dengan pertanyaan Daniel. "Err.. ", Fahrin yang sememangnya tidak pandai menipu meliar matanya. "Tak payah takutlah. Nak dengar satu rahsia tak? Tapi jangan cerita dengan sesiapa", Daniel bersuara. "Nak..", Fahrin mengangguk. "Arwah Pak Long Abang Zaril kamu tu. Dia kekasih Baba", Daniel tersenyum manis mengenang arwah Zack semasa hayatnya. "Baba..?", Fahrin memandangnya hairan. "Hahaha. Tak percaya? Tapi itu dulu. Sekarang Baba dah lain. Kerana dia, Baba berubah. Dan kerana Dia", Daniel menunjuk ke atas. "Ceritalah!", Fahrin teruja. Daniel tersenyum. Satu persatu kisah manis mereka bersama dia ceritakan. Fahrin tergelak mendengarnya. Sampai satu bahagian, air mata Daniel mengalir. "Dia pergi sebab sakit. Dia sakit pun taknak beritahu Baba, sebab taknak Baba sedih", Daniel melap air matanya. Fahrin yang memang lembut hati, berjurailah air matanya. "Jadi.. Rin ada apa dengan doktor Ilham?", Daniel yang masih tampan itu memandang Fahrin dengan kening yang dijengkekkan. "Dia... Ermm. Entahlah nak panggil apa. Hahaha. 'Husband' maybe", Fahrin menggaru kepalanya malu. "Hahahaha. Buah hatilah tu. Oohh. Patutlah. Berkepit saja", Daniel menahan tawa. "Baba... Run nak berpisah dengan dia", Fahrin memandang langit malam itu. Mendung. "Baba faham... Kamu nak yang terbaik untuk dia kan?", Daniel teringatkan Zack yang sanggup menghamunnya hanya kerana inginkan dia mengahwini Lisa. "Tapi Baba.... Rin tak sanggup. Rin sayangkan dia...", air mata Fahrin mengalir. "Fahrin. Dengar cakap Baba. Rin keluarlah dengan dia puas puas, bincanglah dengan dia lepastu", Daniel mengesat air matanya. Fahrin mengangguk laju. "Rin ... Lepaskan dia. Allah tak suka", Daniel mengusap kepala Fahrin perlahan. Lagi laju dia mengangguk. "Tapi Baba ... Rin nak sesuatu boleh?", Daniel mengangguk. "Nak gambar Pak Cik Zack", Fahrin tersengih. "Nak buat apa?", Daniel hairan. "Nak tengok. Sampai Baba boleh berkenan pulak", Fahrin tergelak. "Rin. Baba tak simpan gambarnya. Sebab. Baba taknak Mama Lisa kamu sedih. Mama kamu sayang sangat pada arwah Zack. Tapi kalau kamu nak tengok dia. Tengok abang Zaril kamu. Sebiji muka diorang. Hahaha", Daniel ketawa riang menutup pilunya. Baru Fahrin teringat. He he he.

"Macam nilah sayang", Mizi membentangkan sejadah itu kedepan. "Tak~ macam ni", Yusri membentang menghadap kiri. "Sayang~", Mizi memandangnya geram. "Anje~", Yusri mengajuk. Haha. Ilham datang dengan senyuman. Hanya mereka bertiga dalam surau hospital itu. "Kenapa ni Yus, Mizi?", Ilham hairan. "Susahlah surau kita ni bang. Takde penanda kiblat. Kosong je. Macam bilik mayat", Yusri membebel. "Ohh. Hahaha. Kiblat ke sanalah", Ilham membentangkan sejadah ke arah kiri. "Ha! Tengok! Saya menang. Anje kena masak malam ni!", Yusri mengusik Mizi. "Ehh.. Apasal pulak? Takde deal okay?", Mizi ketawa. "Taknak sudah. Tidur luar malam ni", Yusri menjelir lidahnya. "Ish. Yelah", Mizi menyerah. Ilham bahagia melihat mereka.

Bersambung ....

Itu sajelah yg AQ mampu tulis dlm cuti raye AQ kali ni. Hahaha. Hahaha. Hahahah! --" AQ dh kenapa? Aku seronoklah. Nak tau sbb ape? Tunggu OTK3. Nnti AQ cite xD

Xlambar rasenye untuk AQ ucapkan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. drpd AQ, oppa dan anak-2 (kucing) kami xD

Smoga Syawal anda lebih bermakne. Tata. Assalammualaikum~ :3

PS : poslah sikit kueh raye. --"

"Kepada Allah Kami Berserah"


8 comments:

  1. Ala...ble nk post cite n lagi? X sbr n. Dh msuk thun bru dh pun. Huhu..please..smbung lagi. Merana aq..haha

    ReplyDelete
  2. Ala...ble nk post cite n lagi? X sbr n. Dh msuk thun bru dh pun. Huhu..please..smbung lagi. Merana aq..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sorry2, sambungannye dah siap lame XD cume xde mase nk post. Hahaha. Nnti sy try post ye :3

      Delete
    2. ok..haha...cepat skit tau..hihi

      Delete
  3. hello choi jin ho are still active??

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete