Thursday 17 July 2014

My Maid Is A Flower Boy 3

Have a fight with my classmate, berani dy nak usya oppa aq, mmg kene lah, hahaha xD

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 3

Fahrin mengemas jambangan bunga di kedai Farah Flower itu, kata orang, memang sesuai orang bermuka jambu bekerja di kedai bunga, haha, "Rin..., sudahlah tu, dari tadi kamu bergerak ke hulu hilir, nanti pak cik Hairil marah akak sebab dera kamu, haha", Farah mencuit perutnya perlahan, "Haha, okeylah kak, Rin pergi makan dulu, akak nak kirim tak?", Fahrin bangun dan bergerak ke muka pintu kedai bunga itu, "Tak pe lah dik", Farah tersenyum manis.

Fahrin menyedut Milo Ais itu perlahan, entah kenapa sejak semalam, wajah Ilham bermain di fikirannya, ke sana Ilham, ke sini Ilham, perlahan lahan dia menggeleng kepalanya, "Oi budak! Kau buat apa kat sini?", Fahrin menenyehkan matanya, Ilham?! Ya, di depan matanya, Fahrin teragak untuk menjawab soalan itu, "Budak comel, aku cakap dengan kau ni, hello~", Ilham membuka cermin mata hitamnya, "Bos..?", Fahrin mencubit pipi Ilham perlahan, "Oit, apa ni?", Ilham tersengih, "Aku tahulah aku hensem, tahan diri tu", Ilham menepuk bahu Fahrin perlahan, Fahrin menaikkan sebelah keningnya, "Chill sayang..., kalau kau nak, aku boleh bagi", Ilham mengenyitkan sebelah matanya, Fahrin bangun dan pergi dari situ, Ilham ternganga disitu, dia mengejar Fahrin perlahan, "Rin, aku gurau je, kau terasa ke?", Ilham memegang tangannya perlahan, "Semurah tu ke saya pada bos..?", air matanya mengalir, "Rin....", Ilham memandang tepat wajah Fahrin, Ilham sudah tak memedulikan mata mata yang memandang mereka di warung itu, "Aku minta maaf kalau sakitkan hati kau, aku tak bermaksud pun.., aku janji tak buat lagi, forgive me?", Ilham tersenyum manis, "Rin..., maafkanlah aku...", Ilham memegang bahu Fahrin lembut, Fahrin mengangguk perlahan dan tersenyum, Ilham menyeka air mata Fahrin, "Janganlah menangis, tak comel lah...", Ilham mencuit bibir merah Fahrin, Fahrin tergelak halus dan tersenyum kembali.

****
"Okey tak kerja dengan Am?", Zaril memandang Fahrin yang sibuk menyusun bunga itu, dia turut duduk di lantai kedai itu dan membantu Fahrin, "Best! Kitorang dah bincang, Fahrin datang rumah dia selang seli setiap hari, sama juga macam kerja kat kedai ni, Rin datang selang seli", Fahrin tersenyum manis, "Fahrin~", suara yang dirinduinya berbunyi jua, "Bos!", Fahrin tersengih dan melambai kecil, Zaril tersenyum kepada Ilham, "Hehe, kat sini rupanya kau, kau ni, muka dah jambu, kenapa kerja kat kedai bunga?", Ilham turut duduk bersila bersama mereka, "Dah tu? Saya nak kerja kedai apa?", Fahrin hairan, "Kedai buah lah!", Ilham melawak, terhambur tawanya sendirian, Fahrin dan Zaril berpandangan sesama sendiri, "Err, tak lawak ke?", Ilham hampa, "Hah? So cliche", Zaril menahan tawa, "Haha, Dr. Zaril, apa yang awak tahu pasal lawak?", Ilham tersengih, "Everything!", Zaril memeluk bahu Fahrin, Fahrin tergelak kecil, "Huh? Apa apa sajalah! Rin, aku ada bawa air Milo, kau nak?", Ilham menayangkan sekotak besar air Milo, kegemaran Fahrin, "Mana bos tahu saya suka Milo?", Fahrin mengambilnya perlahan, "Aku selalu nampak kau kat gerai tu, minum Milo", Ilham menggosok rambut Fahrin, Zaril ketawa kecil, "Selalu? Bukan hospital jauh ke dari sini?", Fahrin hairan, "Oo.., bos intip saya ya?", Fahrin menyambung, "Kau nak ke tak nak Milo tu, tak nak aku habiskan!", Ilham menukar topik, "Hey! Nak!", Fahrin mencuit tangan Ilham, Zaril tergelak besar, "Dr. Zaril, awak dah kenapa?", Ilham hairan, "Hahaha, what a suprise! Dr. Ilham, doktor paling ditakuti kat hospital pakar tu, rupanya mamat caring, ooowwhh, so sweet~", Zaril mencubit pipi Ilham perlahan, "Eii! Gelilah!", Ilham menepis, "Terima kasih bos", Fahrin tersenyum manja, "Sama sama budak, eh, tapi aku hairanlah, Zaril ni boyfriend kau ke?", Ilham bertanya lurus, memerah pipi comel Fahrin, "Mana ada! Abang Zaril ni dah macam abang saya!", Fahrin meradang, "Haha, maaflah Rin, aku tanya saja, korang ni macam belangkas, tu aku tanya", Ilham tersenyum dan mencuit pipi Fahrin, Zaril tergelak kecil.

****

'Okey! Baiklah! Mari kita mulakan penilaian!

Tahap kecomelan : Abang Zaril 98%, Bos 100%
Tahap ambil berat pasal aku : Abang Zaril 100%, Bos 90%
Tahap kepandaian : Abang Zaril 100%, Bos 100%
Tahap jiwang : Abang Zaril 90%, Bos ?

Entahlah, aku tak tahu sebab, aku asyik kena marah saja, tak pernah lagi bos berjiwang dengan aku, aigoo~, kejap! Aku ni nak pilih bakal suami kah?! Hehe, mereng betul!', Fahrin mengetuk kepalanya dengan pen perlahan, dia menatap gambar Ilham pada telefon bimbitnya yang dijadikan latar belakang, dicium gambar itu banyak kali, dia mengambil gambar itu daripada FB bosnya, haha, keji! Stalker! Dia berguling di atas katilnya itu dan cuba untuk melelapkan mata, kerana esok, dia akan kerumah doktor yang mencuri hatinya dan membuatkan dia sakit cinta, Dr. Ilham Zafrael!

****

Fahrin menyapu rumah kondo itu dengan penuh teliti, baginya, ini macam tugas harian dia di rumah, membantu uminya menyapu rumah dan sebagainya, Fahrin mengelap satu per satu gambar Ilham dan keluarganya yang tergantung di dinding, sampai pada satu gambar, Fahrin menatapnya lama, 'Kenapa bos mesra sangat dengan lelaki ni?', Fahrin hairan, dia memandang gambar itu lama seolah olah ingin memecahkan gambar itu dengan pandangan sahaja. Ilham keluar daripada bilik dan ternampak Fahrin yang sibuk menilik gambarnya, "Oit! Kau buat apa tu?", Ilham mencuit pinggang Fahrin, "Hish! Bos ni, terkejut saya, ni hah, mesranya korang, siapa ni?", Fahrin tersenyum, Ilham memandang gambar itu perlahan, "Ooo.., ni bestfriend aku", Ilham tersenyum manis, Fahrin mengangguk, 'Yay! Ada chance!', hatinya melompat. "Aku nak pergi kerja ni, nanti aku balik petang, tolong buatkan aku kuih ke, boleh tak Rin, please~", Ilham mengelip ngelipkan matanya, "Haha, boleh bos", Fahrin menggeleng, "Good boy! Aku pergi ya? Assalammualaikum~", Ilham mencuit pipi Fahrin dan keluar dari rumah itu, "Waalaikumsalam...", Fahrin tersenyum manis, 'Bye bye..., abang...', hatinya melambai.

"Kuih?! Kuih kejadahnya?! Aku mana pandai!", Wawa menjerit di hujung talian, "Oi mangkuk berayun! Takkanlah kau tak tahu buat sejenis kuih pun?!", Fahrin meninggikan suaranya kembali, "Hok aloh! Dio ni! Eii, kito kato tok gheti, tok gheti lah! Huh!", Wawa mengeluarkan loghat Kelantannya, "Chait! Poodah! Gila punya kawan! Assalammualaikum, nandri!", Fahrin memutuskan talian, "Ermm, bos kata 'kuih ke', maknanya, selain daripada kuih boleh lah kan? Apa kata aku buat kek?", Fahrin tersenyum, "Eh kejap! Nanti tak jadi pula! Cekodok je lah, cekodok manis, cekodok pisang, cekodok ikan bilis, hahaha", Fahrin tersenyum dan menyediakan 'radas' untuk membuat cekodok !!!~

****

' "Sudahlah Yusri..., abang dah tak nak dengar lagi", air mata Ilham mengalir perlahan, "Abang Am..., Yusri boleh jelaskan, itu kawan Yusri lah...", Yusri meraih tangan Ilham namun Ilham menepis sedikit kuat, "Kawan apa kalau peluk peluk?! Kawan apa kalau kau bercium depan aku?! Kau ingat aku tak nampak?!", Ilham menggengam penumbuknya, "Sial!",dia melepaskan penumbuknya pada dinding sahaja, "Abang..., Yusri...", Yusri cuba memeluknya, "Keluar Yusri..., tolonglah...,abang dah tak boleh kawal diri..., tolong keluar!", Ilham menengkingnya, Yusri melangkah keluar dari pejabat itu.... '

Kenangan setahun lepas itu mengusik jiwanya, air mata Ilham mengalir perlahan, dia mengesat sedikit air matanya, jam menunjukkan jam 5 petang, Ilham mengemas barangnya perlahan, hatinya gembira untuk pulang kerana ada yang menanti.

****

"Mana pulak doktor mereng ni?!", Fahrin menggaru kepalanya perlahan, dia tersenyum lebar apabila mendengar loceng rumah dibunyikan, laju dia berlari dan membetulkan dirinya, dia membuka pintu itu perlahan, ternyata bukan Ilham tapi ....

Ilham hairan, 'Kasut siapa ni?', Ilham mengendahkannya dan melangkah masuk, "Yusri?!", Ilham terperanjat melihat Yusri yang sedang duduk di meja makan itu, "Abang, lama sayang tunggu", Yusri tersenyum, Ilham memandang Fahrin yang sudah menundukkan kepalanya, "K... kau nak apa?", Ilham memandangnya dengan wajah berkerut, "Oi, tak reti nak buat air ke?", Yusri memandang Fahrin dengan pandangan yang tak dapat dijelaskan, "Tak payah.., Rin, pergi belakang kejap, abang nak bercakap dengan mamat ni, tolong buatkan air untuk abang, tekak abang hauslah sayang...", Ilham mengucup pipi Fahrin perlahan, Fahrin terpinga di situ dan melangkah ke dapur, "Sebab dia ke abang tinggalkan Yusri?!", Yusri meradang, "Eh? Kenapa meradang, mana pakwe kau tu? Yang kau 'bagi' tiap tiap malam tu?!", Ilham menyindir, "Ya! Memang aku main dengan dia! Sebab kau tak pernah puaskan aku, kau selalu tak de!", Yusri mengamuk, Fahrin menghulur air selamba pada Ilham, Ilham mengambilnya dan tersenyum, Fahrin meletakkan segelas air oren di atas meja itu, "Nah", Fahrin selamba dan melangkah ke dapur kembali, "Sebab aku selalu tak de, kau menyundal, macam tu? Eii, aku tak nak lah pakai barangan terpakai ni, tak pasal pasal, aku kena HIV, tak ingin aku!", Ilham membuka tali lehernya, dia meneguk air itu perlahan, sedap! Haha, Yusri mengambil airnya dan meneguk perlahan, "Yek! Masin!", Yusri mengeluarkan air itu semula, Ilham tergelak besar, Fahrin di dapur terkekek ketawa riang, "Celaka betul! Kau ingat Ilham, aku takkan biar kau senang!", Yusri meluruskan jarinya pada Ilham, "Yusri..., kau nak apa sebenarnya?", Ilham naik bosan, "Yusri nak abang..., ", Yusri membuka baju Ilham perlahan, satu persatu butang bajunya ditanggalkan, "Cukup Yusri", Ilham memegang tangan Yusri perlahan, "Baliklah Yusri, abang dah penat dengan semua ni, ababg cari orang yang mencintai abang, bukan orang yang jadikan abang tempat memuaskan nafsu!", Ilham menarik tangan Yusri kuat, "Keluar Yusri, sebelum abang buat sesuatu yang bodoh, baik Yusri keluar!", Ilham menolak Yusri dan menutup pintu itu kasar, Ilham melangkah ke dapur, Fahrin sedang menutup matanya, dan mendengar lagu, Ilham mencuitnya, Fahrin mendongak dan menunduk kembali, Ilham dalam keadaan yang sangat seksi baginya, Ilham menanggalkan ear phonenya perlahan, "Rin..., aku nak minta maaf sebab cium kau..., aku terpaksa", Ilham menunduk dan duduk dihadapan Fahrin, "Tak pe lah bos..., saya faham", Fahrin tersenyum, "Kau dah tahu siapa aku sebenarnya kan?", Ilham mengalirkan air matanya, "Bos...?", Fahrin menggosok belakang Ilham perlahan, "Aku gay.., ya.., Fahrin, aku gay.., aku tak tahu nak buat apa, aku bercinta dengan lelaki kena tipu, dengan perempuan kena tipu, aku..., aku sakit hati Rin..., aku perlukan seseorang...", Ilham memeluk Fahrin perlahan, "Shhh.., dah..., saya ada.., saya boleh jadi kawan bos", Fahrin mengusap air mata Ilham perlahan, bauan manis daripada Ilham membuatkan Fahrin tak keruan namun dia cuba menahannya, "Bos..., dalam hidup, ada banyak perkara yang boleh kita pilih, Allah tak zalim..., terpulang pada bos nak pilih apa untuk hidup bos", Fahrin melepaskan pelukannya, Ilham mengangguk dan tersenyum kelat.

****

"Malam ni kau tak payah masak, jom teman aku makan kat luar", Ilham menyarung kemeja hitam, "Hah? Saya masam lah bos..., lagipun comot, saya nak mandi tak bawa baju", Fahrin menolak baik, "Ermm, ambil baju ni", Ilham menghulur sehelai kemeja Polo bewarna hijau kepada Fahrin, Fahrin mengambilnya perlahan, "Hah.., seluar ambil yang ni", Ilham tersenyum sambil menghulurkan sehelai jeans kepada Fahrin, "Tapi bos..., sekarang kan tengah Maghrib, saya nak sembahyang dulu.., boleh?", Fahrin tersenyum, "Boleh.., kau nak sembahyang, bukannya buat benda tak elok, pergila aku tunggu", Ilham tersenyum dan duduk di sofa empuk itu, Fahrin terpinga melihatnya, "Kenapa? Pergilah, nanti lambat", Ilham hairan, "Bos tak nak...?", Fahrin menggayakan cara bertakbir, "Rin.., aku...  Kau pergilah dulu", Ilham malu dan tertunduk, Fahrin mengangguk dan bergerak ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Ya Allah, Tuhan yang Abadi, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Zal Jala Li Wal Ikram, berikanlah keampunan kepada ibu bapaku, rakan rakan ku, kaum kerabatku, seluruh umat Islam, berikanlah redhaMu kepada kami, Ya Allah, sesungguhnya kami hina tanpa redhamu. Ya Allah, lembutkanlah hati hambaMu, Ilham untuk kembali taat kepadaMu, berikanlah hidayah dan taufiqMu kepada kami semua, janganlah Engkau ambil balik hidayah yang telah Kau berikan ini, sejahterakanlah Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga dan sahabat baginda, Ameen", Fahrin mengaminkan doanya, Ilham yang mengintai tersenyum dan turut mengaminkan doa itu, 'Fahrin, kau buat aku makin gilakan kau...', Ilham tersenyum manis.

****

"Bos? Kita nak makan kat mana ni?", Fahrin hairan, "Adalah.., kau ikut je", Ilham tersenyum, "Eh? Ni kan gerai Char Kuey Teaw, wah! Bestnya!", Fahrin seronok, "Haha, aku tahu kau suka makan Char Kuey Teaw kan? Jom, aku belanja", Ilham keluar dan membukakan pintu untuk Fahrin, "Te.. terima kasih bos", Fahrin teragak dan keluar diiringi oleh Ilham.

"Rin, tunggu kejap, aku nak ke tandas, makanlah dulu, order je apa apa, aku bayarkan", Ilham tersengih dan bangun untuk ke tandas, Fahrin tersenyum dan mengunyah makanan itu berselera, "Hai, seorang je?", Fahrin mendongak kepalanya, "Tak.., ada kawan", Fahrin seolah olah tak mahu mengendahkan manusia gatal di depannya, "Nama abang Lan, adik nama apa?", Lan tersenyum, "Sayang, siapa ni?", Ilham menayangkan wajah garangnya, "Abang, entah, dari tadi kacau sayang", Fahrin memegang lengan sasa Ilham, "Lah, dah berpunya ke? Adess, melepas lagi!", jawab Lan selamba dan beredar seperti tiada masalah, "Ish! Jomlah Rin, tak selera aku nak makan, orang tengok semacam je, ambik kunci, duduk dalam kereta diam diam, aku nak pergi bayar kejap, kalau ada orang kacau, kau jerit je nama aku, faham?", Ilhan tersenyum, Fahrin mengangguk ceria.

"Bos..., laparlah", Fahrin tersengih, Ilham ketawa kecil, "Aku pun, kacaulah mamat tadi tu, kau nak makan Yong Tau Foo tak?", Ilham memandu kereta itu cermat, "Nak!", Fahrin tersenyum, "Tapi..., kau panggil aku abang tadi, comel lah", Ilham tergelak besar, "Eii, bos ni!", Fahrin menumbuk bahu Ilham, "Rin..., aku, entahlah, aku suka bila kau ada sebelah aku, terima kasih", Ilham tersenyum manis, Fahrin hairan, "Kenapa?", Fahrin hairan, "Sebab doakan aku", Ilham tersenyum manis, Fahrin tersenyum, 'Rin sayang abang....', jerit batin Fahrin, 'Abang sayang Rin...', Ilham tersenyum manja.

Bersambung ....

Saturday 5 July 2014

My Maid Is A Flower Boy! 2

Yo! Haha, sambungan chapter yg lepas :D komenlah supaya aq tahu ap yg x kene dengan cerpen aku ni :) sorry lambat update, aq ade hal kene setel :3

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 2

"Alah, tak pelah doktor, sekurang kurangnya taklah nanti awak ditangkap sebab bersedudukan dengan seorang perempuan!", Zaril menegaskan usulnya, "Apa yang dia pandai?", Ilham memandang Fahrin tajam, Fahrin yang ketakutan hanya memegang bahu kekar Zaril lama, "Errmm, semuanya", Zaril menjawab selamba, "Dr. Zaril, saya tak tanya awak, saya tanya budak comel belakang awak tu", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Oh? Yeke? Maaflah, saya tak tahu awak tanya dia, Fahrin, ikut abang tak hensem ni pergi interview, abang kena masuk bilik bedah sekejap lagi, Assalammualaikum", Zaril melambai halus dan pergi dengan selamba, "Abang...?!", Fahrin tidak merelakan dia pergi, 'Takkanlah aku nak kerja dengan doktor mereng ni?', galau hatinya.

"Nama?", Ilham bertanya serius, mereka berada dalam pejabat milik Ilham, "Err, Muhammad Fahrin B. Muhammad Hairil Syah", Fahrin tersenyum, "Umur?", Ilham tersengih, "18 tahun", "Cita cita", "Doktor", "Warna kegemaran?", "Merah, putih", "Restoran kegemaran?", "Apakah?! Apa kaitan soalan tu dengan kerja maid??", Fahrin naik berang, "Awak ditolak", Ilham memandangnya serius, "Kenapa?!", Fahrin berdiri, "Awak gila ke? Awak tu anak doktor senior, siapa tak kenal Dr. Hairil Syah, dengan pak long kamu, arwah Dr. Tengku Zaril, saya tak semereng tu nak ambil anak VIP jadi pekerja saya", Ilham memandang ke luar, "Masalahnya, kenapa dari tadi tak cakap dan tanya saya soalan pelik?", Fahrin menjelingnya tajam, "Saja, nak susahkan awak", Ilham menjawab selamba dan memeriksa fail pesakitnya, "Hish! Saya tak kira! Saya nak juga kerja ni!", Fahrin membentak, "Hei!", Ilham memarahinya yang sudah menunjukkan perlakuannya seperti anak kecil, "Kalau doktor tak terima saya..., saya suruh Dr. Zaril selaku co-senior hantar surat cadangan pada kerajaan suruh tukar awak ke Sarawak, nak?!", Fahrin mengugut, "Sarawak? Apa masalahnya?", Ilham menayangkan wajah sombong, "Maaf, silap, PEDALAMAN SARAWAK", Fahrin menekankan pedalaman Sarawak itu, "Hah?! Err, okey, awak diterima!", Ilham berdiri ketakutan, "Hahahaha!", Fahrin tergelak jahat.

****

"Dapat?", Zaril duduk di sebelah Fahrin yang sibuk menjilat ais krim coklatnya, "Tak nak kawan abang!", Fahrin memalingkan wajahnya, "Kenapa?", Zaril tersenyum, dia tahu, Fahrin memarahinya kerana meninggalkan dia seorang diri sebentar tadi, "Abang tinggal Rin dengan doktor mereng tu tahu tak?", Fahrin masih tak mengendahkan Zaril, "Ala, Rin, abang kan dah beritahu, abang kena masuk bilik bedah, abang kena bedah perut, tahu tak? Mula mula, abang kena belah perut, pastu cungki cungkil, lepastu jahit balik, penat tau?", Zaril menyandar pada bahu Fahrin, "Yeke?", Fahrin yang mudah simpati itu hanya mempercayai kata kata Zaril, tapi memang semuanya benar, Zaril berjaya dengan izin Allah menyelamatkan nyawa sebentar tadi, "Iye..", "Kesian abang...", Fahrin tersenyum dan menghulurkan ais krimnya pada Zaril, Zaril mengambilnya dan menjilat perlahan, "Kerja tu Fahrin dapat..., tapi..., Fahrin kena ada kerja lain lah", Fahrin memandang Zaril perlahan, "Kenapa?", Zaril hairan, "Sebab..., Rin bukan nak beli basikal, Rin nak beli motor, gaji maid ni baru berapa je", Fahrin memonyokkan wajahnya, "Rin!", Hairil datang dengan senyuman, jururawat yang baru pulang lerja itu kebanyakannya menilik ketampanan milik Dr. Hairil, "Abah? Kenapa?", Fahrin menyalami tangan ayahnya dan tersenyum manis, "Abah dah dapat kerja untuk kamu, kerja ni senang saja, hantar bunga, nak?", Hairil tersenyum, "Nak!", Fahrin melompat girang, Zaril tersenyum manis.

****

Fahrin hari ini akan memulakan kerjanya hari ni sebagai maid di rumah milik seorang doktor mereng hari ni, semoga berjaya hendaknya, "Fahrin elok elok tau? Kalau dia buli adik, beritahu abang, bukan kedalaman Sarawak abang hantar, kedalaman tanah abang hantar dia!", Zaril tegas namun dia tersenyum manis, "Terima kasih hantar, abang!", Fahrin menunduk hormat, "Nanti pukul 10 malam abang ambil, tau?", Zaril tersenyum, Fahrin mengangguk perlahan.

****

Ini bilik kau, aku nak kau kemas rumah aku ni, jangan sentuh barang aku, mahal! Satu lagi, aku nak sarapan, makanan tengah hari, makan malam, supper, semuanya siap sebelum aku balik, faham?!", Ilham memandang Fahrin tajam, "Ye, ye, aku faham lah!", Fahrin membentak, "Hey aku bos kau! Panggil aku Bos, faham?!", Ilham mencucuk pipi gebu Fahrin, "Ish, tak de masa aku!", Fahrin menepis tangan Ilham perlahan, "Lagi satu, rumah aku ni ada hantu, jangan hiraukan kalau kau dengar bunyi orang merengek ke, apa ke, faham tak?", Ilham memandangnya lembut, "Err, hantu apa tu?", Fahrin ketakutan, "Entahlah, aku pun tak tahu tapi... aku pernah tengok, hantu tu takde kepala!", Ilham bersungguh, "Kalau tak de kepala, macam mana dia merengek?", Fahrin menggaru kepalanya, "Bising lah, banyak tanya, aku rogol baru tahu!", Ilham berlakon seperti ingin membuka bajunya, "Eleh! Tak takut!", Fahrin menjelirkan lidahnya, "Hah? Tak ingin aku rogol kau!", Ilham mencubit pipi gebu Fahrin sedikit kuat, "Tepilah! Aku nak kemas barang!", Fahrin mengamuk, "Hish!", Ilham geram dan pergi dari situ, "Eii, gila seks!", Fahrin menutup pintu itu kasar.

****

"Ish..., bersepahnya rumah doktor mereng ni!", Fahrin menggaru kepalanya, dia memulakan kerjanya dengan menyapu rumah itu dahulu, kemudian dia mengemop rumah tersebut, "Nak kemas ke bilik si mereng ni?", Fahrin menggaru kepalanya lagi, "Err, kemas je la!", Fahrin masuk ke dalam bilik bujang itu, wangi, teratur, segalanya kemas, Fahrin terpesona dan melangkah keluar  kembali, "Kalau dah cantik, tak yah lah aku kemas, buat serabut aku saja!", Fahrin tersengih dan bergerak ke dapur pula, "Baiklah, ladies and gentlemen, today we gonna...", dia termenung seorang diri, "Err, aku nak masak apa ek nak bagi doktor mereng ni makan? Oh yeah, aku tahu!", Fahrin tersenyum manis.

Ilham tersenyum ke arah pesakitnya, Yaya, "Yaya sihat hari ni?", Ilham mencium pipi anak kecil itu, "Sihat! Doktor, bila Yaya nak keluar, dah muak lah tengok doktor doktor kat sini, tak hensem!", Yaya memonyokkan wajah comelnya, "Haha, doktor tak hensem?", Ilham menunjukkan dirinya, "Tak, hensem Dr. Zaril lagi, tapi ... dia pakar bedah, tak pe lah, doktor Am pun cute jugak!", Yaya tersengih, "Hish, gatal! Dah makan ubat belum budak?", "Dah..., tadi nurse raksasa tu bagi", dia tersengih lagi, Ilham tersenyum, "Esok doktor datang lagi tak?", Yaya memegang tangan Ilham, "Tak de lah sayang, esok doktor cuti, lusa doktor ada, okey?", Ilham tersenyum, "Doktor pergi mana?", Yaya tersengih, "Doktor rehat kat rumah je", Ilham tersenyum girang.

****

Ilham melangkah masuk ke dalam rumahnya, "Assalammualaikum!", 'Errm, sedapnya bau', jam menunjukkan pukul 5.30 petang, sedikit lewat dia pulang hari ini,

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Belum sempat Fahrin ingin menghabiskan lagunya, "Wah!", Ilham memeluknya dari belakang, "Argghhh! Lepaslah doktor mereng!", Fahrin meronta, "Tak nak! Sedapnya peluk kau ni!", Ilham mengeratkan pelukannya, Fahrin membiarkan dan berpusing menghadap Ilham, mata mereka bertaut seketika, "Eh, kau masak apa hari ni?", Ilham melepaskan Fahrin perlahan, "Ish! Hari ni aku masak Ayam Tiga Rasa dengan Sayur Goreng, kalau bos nak makan, saya boleh sendukkan", Fahrin ramah, "Saya?", Ilham hairan, "Haha, peliklah bos, guna aku - kau, saya rasa, aku - kau tu untuk kawan kawan saja, bos lain, bos ni bos saya!", Fahrin membebel sambil menyendukkan nasi dan lauk untuk Ilham, "Oh, yeke? Tak pelah Fahrin, panggilah apa apa, aku tak kisah, ni lagi satu, aku tak balik malam ni, so... kau baliklah awal, aku bagi, esok datang lagi, teman aku, esok aku cuti", Ilham senyum menampakkan lesung pipitnya, comel sangat, Fahrin terpikat dengan senyuman comel itu, "Bos ni comel lah!", Fahrin tersenyum, Ilham menaikkan keningnya, "Hahaha, aku macholah pandai! Kau tu comel!", Ilham mencuit pipi Fahrin perlahan, entah kenapa, Fahrin mula menyukai Ilham dan mula.... mencintainya...,

Bersambung ....