Wednesday 17 September 2014

Cerpen : Oppa To Kiss

Asyik cite pasal orang je~ xbestla~ skali skala nk jugak tulis pasal cinta aq thdap oppa xD so enjoy~ :3

Pasal cerpen kawan aq tu -_- dy xbg publish pulak... takut org yg dy suke tu terbace -_- dgn nada nak hentak dy sejuta kali atas jalan tar, aku berkata "Jadahnye mamat comel kau tu nk bkk blog plu", =..= pastu sengih2! Lol! So enjoy je la cite aq.. sweet jugak xD

Oppa To Kiss
By : Choi Jin Ho

7 tahun lalu ...

"Naim... kau tak nak balik dorm lagi ke? Dah pukul 2.30 ni... nanti lambat... kita ada study group nanti petang ni", Fariz memandang aku dengan pandangan yang agak bercelaru, mana taknya! Tadi puas dia dimarah oleh Cikgu Wei, guru matapelajaran Fizik kami, gagal memanjang, "Kau pergilah dulu Riz, nanti aku datang, aku tunggu seseorang ni", aku tersengih comel, "Seriously? Lantak kaulah Aim, aku pergi dulu! Jangan tak datang pulak petang nanti, Salam", Fariz pergi meninggalkan aku seorang diri dalam bilik kelas 4SN Tulen itu, "Waalaikumsalam~", aku melanbai, 'Lalu tak mamat tu hari ni?', aku menjengah kepala ku, 'Alamak! Dah datang!', cepat cepat aku duduk semula di kerusi dan berpura pura menyiapkan tugasan aku, dia seorang diri hari tu, 'Aiii.... machonya!!!', aku mengerling dari sisi, mungkin dia perasan aku memerhatikannya, satu senyuman ikhlas dihulurkan aku, tapi mamat tu buat tak endah je ! -_- KEPOCHI! AKU YANG COMEL NI PUN TAK NAK KE?!

5 Tahun Lalu...
Hari Keputusan SPM 2008

"Cikgu... janganlah pandang macam tu... saya berapa A?", aku memandang tepat ke arah mata Cikgu Halim, "Naim... saya kecewa dengan awak...", air mata aku gagal ditahan, aku memandang wajah orang tua aku di depan sana, senyuman ibu ku berikan sebagai pengubat luka, Fariz disebelahku memegang bahuku erat, dia lulus dengan sangat cemerlang 8A+ 2A, aku? "Saya suruh kamu target 8A+ je, yang kamu dapat 10A+ siapa suruh?!", air mata Cikgu Halim mengalir deras, "Berapa A Cikgu?", air mata aku semakin laju, Cikgu Halim memeluk aku erat, "10 A+ !! Anak murid saya dapat 10 A+!!!!", Cikgu Halim melompat gembira, aku takyah cakaplah, menggigil satu badan, hahaha xD "Tahniah Aim! Tak sia sia kau tidur lewat selama ni!", Fariz memeluk aku erat, "Ibu!! 10A+!!!", aku memeluk ibuku erat, "Anak ibu..., Ibu dah agak! Dia memang budak pandai!", ibu dan ayah memeluk aku erat, "Tahniah dik! Akak bangga dengan kamu! Tak sia sia akak berleter pada kamu!", airmata kakakku mengalir, cepat aku memeluk dia, dia idolaku, aku telah mengikut jejaknya, aku dapat menebus kekecewaan aku pada PMR lalu! Dan kini! Universiti impian ku! Aku datang!!!!

****
2014

Kini semua tinggal memori dalam hidupku, aku telah bergelar mahasiswa di sebuah universiti terbaik negara, Alhamdulillah! Kakak aku akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, aku? Entah, masih mengharap pada cinta yang mungkin takkan pernah aku kecapi.

"Abang laparlah dik, jom kita pergi makan, abang belanja", bakal abang iparku, abang Remy memandang ku dengan senyuman manis, "Haha, kejilah abang ni! Baru tadi makan kot!", aku tertawa besar, "Jomlah, penatlah bawa Kak Sarah kamu tadi beli barang kahwin, jom lah! Mana tau tersangkut awekkss satu, kamu ambiklah!", terburai tawa kami berdua dalam bilik bakal pengantin itu, ibuku hanya tersenyum manis.

"Teh O Ais satu ya? Makan saya nak Mee Goreng Singapore, Aim nak minum apa?", abang Remy memandang aku lembut, "Bagi Milo Ais ye? Makan Char Kuey Tiaw special, sotong lebih, hehehe", aku ketawa kecil, abang tak berapa nak comel but so so tu pun berlalu pergi xD Seketika selepas itu, sedang aku dengan rakus membunuh semua buah buah yang ada dalam Ninja Fruit tu xD datanglah seorang jejaka comel menghantar pesanan kami, (okey aq dh nak mula serius ni! #siyes) "Eh? Macan kenal je abang ni...", bibirku terlepas cakap, dia dan aku bertaut mata seketika, "Ni... Aim kan? Kelas 4SN Tulen SMK *meow meow* tu? Lama tak jumpa adik!", "Kenal pun abang Naz kat saya, duduklah bang, kita berbual sekejap, lagipun saya rasa kedai ni abang punya kan? Dari tadi saya nampak abang, malas tegur saja, abang Remy kenalkan, ni abang Nazmi, senior Aim kat sekolah dulu, hah abang Naz, ni bakal abang ipar saya", mereka berjabat tangan sambil tersenyum, "Haha, bukanlah dik... Abang kerja je..., ni kedai Mak Long abang..., saja cari duit lebih..., adik ada Whatsapp? WeChat ke? FB ke? Nak ID", abang aka Oppa aku memandang aku dengan pandangan menikam kalbu :3 *siyes cair time tu, nasib baik ade org, kalau xde, mmg nahas dia aku cium, meow~* "Ada! Ada! ID WeChat saya *meow meow*, nombor telefon 01 (4 tekan tekan tak dapat xD), FB saya *meow meow*, add tau!" aku tersenyum manja, "Okey... nasib baik sempat salin... tunggu tau, malam ni abang call, okeylah abang pergi dulu, Assalammualaikum", senyuman dihadiahkan dia buat aku dan abang Remy, aisshhh~ Hensemnya~ Makin hensem! :3

****

Malam hari kejadian... xD (ayat!~)

Seperti bakal para doktor yang lain, hidup anda takkan sah tanpa assignment yang tinggi bak bintang di langit tapi markahnya bak rumput di muka bumi -_- Aku menyiapkan dengan hati tak rela dan seperti nak nyanyi lagu "Patah Sayap" OST Kerana Terpaksa Aku Relakan aka Kerana Terpaksa Aku Buat -_- tiba tiba lagu Set Fire to The Rain nyanyian Adele berbunyi, sah telefon aku lah tu, 'Nombor siapa ni?', 011******, 'Aigoo~ banyaknya 1, takpa takpa', ehem! Aku berdehem, "Yoboseyo~", "Yoboseyo? Assalammualaikum lah!", abang Naz di hujung talian, "Abang! Waalaikumsalam, ingatkan siapa tadi... Hehe, kenapa call malam malam?", aku memeluk bantal golek aku erat, "Eh... kenapa? Kacau adik ke? Saja je... rindu... yelah, lama ada orang tu tak perhatikan kita... waktu tu abang stress, baru lepas kena marah... tu yang adik senyum abang tak balas... tapi... ada orang tu merajuk lepas tu, langsung tak nak tegur abang, jamuan kelas abang buat pun dia tak nak datang...", suara abang Naz dihujung talian seperti merajuk, "Manalah adik tahu... hahaha, abang perasan ke adik selalu tengok abang?", wajah aku memerah, "Selalu! Abang selalu nampak adik.
. Abang ingat adik usya kawan abang... rupanya adik usya abang... Sengaja abang lalu tiap tiap hari... Hahahaha", abang Nazmi tergelak besar, "Abang... Sebebarnya..., adik...", "Abang pun... abang cintakan adik... tapi lepas adik SPM terus kita lost contact", aku tersentak, "Apa?!", terduduk aku atas katil tu, "I love you...", suaranya dihujung talian membuat air mata aku mengalir, "Will you accept me as your ... how to say? Husband... maybe... ", tersengih aku mendengar, "Kejap... biar adik fikir.. ermmm....", "Aim!", abang Nazmi mengamuk di hujung talian, "Your love accepted, I live you too... Since a long time ago.. abang...", "Yay!!! Sayang Aim! Sayang... jom esok keluar makan! Abang belanja, jomlah! Kita dating kat Plaza Angsana, jomlah, jomlah, jomlah, jomlah!!!~", suara manja dah keluar dah, "Amboi~ Sayang terus? Yelah... tapi lepas kelas tau abang? Aim ada kelas nanti... lagi satu... Aim nak panggil abang apa?", aku hairan, "Errmm... Oppa!", dia ketawa kecil, "Oppa?! Itu girl panggil abang or bf dia! Taknaklah Aim! Aim lelaki tau tak! Walaupun senget sikut tapi hati tetap keras beb!", aku berseloroh, "For me.... please......", suaranya makin manja... aisshh... nak uji iman ke? Hahaha... "Ne~ Oppa... saranghae", aku tersipu, "Tak dengarlah... apa dia?", ish gediknya~ haha xD "Saranghae... Wo ai ni... chan rak ter... i love you..", aku berkata perlahan, "Haha, dah tidur! Esok abang datang amik Aim kat U, pukul 1.30 kan?", "Macam mana abang tahu?", aku hairan, aku tak cakap apa apa pulak pasal aku balik pukul berapa, "Err.. err...", dia tergagap, "Oooo... lost contact sangat?! Stalker ye????", aku ketawa besar, hanya bunyi gelak tawa riangnya :3

Tamat Part 1

So nantikan sambungan Oppa To Kiss dan maybe MMIAFB 5 next week! Hehe! Sayonara~ salam~

No comments:

Post a Comment