Saturday 4 October 2014

My Maid Is A Flower Boy! 5

My Maid Is A Flower Boy!
Chapter : 5

"The Beginning of Our Love",
"Permulaan Cinta Kita".

Fahrin..
Engkaulah hidupku..
Aku cinta padamu sampai mati..
Oohh Fahrin..
Belahlah dadaku..
Agar kau tahu..
Agar kau mengerti..
Ooo.. Ooo..

Fahrin tergelak kecil dalam dakapan Ilham di atas katil itu, "Sedap suara abang..", "Bukan saja hebat menyanyi, malah hebat di katil!", Ilham mengenyit matanya nakal, "Gatal!", Fahrin mencubit perut Ilham perlahan, terhambur tawa Ilham dibuatnya, "Tapi kan bang..., Rin rasa...", Fahrin memandang Ilham perlahan, "Abang pakai tak..?", Fahrin menelan air liurnya perlahan, Ilham menggeleng, "Kalau Rin mengandung macam mana?!", Fahrin memegang pipi comel Ilham, "Hah?! Er...", Ilham ketakutan, "Rin.. ni semua salah Rin lah! Rin yang goda abang, Rin siap minta lagi... err,... eh kejap!", Ilham tersedar dia dipermainkan, Fahrin menahan tawa, "Oo... Fahrin mengandung ke? Takpelah.., abang akan bertanggungjawab!", Ilham menghempap Fahrin kembali, "Erkk, nak buat apa ni?!", Fahrin ketakutan, Ilham memandang tepat wajah Fahrin, "Kalau lelaki.. nama dia Farel, kalau perempuan Fatimah, okey", Ilham mengenyit matanya, Fahrin tergelak besar, "Sayang jangan risau.., sebelum sayang beranak, kita kahwin dekat Chicago, okey?", Ilham memeluk Fahrin erat, "Hah?! Abang!", Fahrin kegelian digomol Ilham, "Sebagai balasan, one more round!", Ilham tersengih, "Tidak!!", pucat lesi wajah Fahrin dibuatnya -.-"

****

Suasana romantik Danga Bay sekali lagi menemani Fahrin dan Ilham, "Sayang..., kalau abang jadi bintang.. sayang jadi apa?", Ilham memandang Fahrin disebelahnya yang leka memerhati gelagat manusia disitu, "Hahaha, abang? Please? That's so yesterday!", Fahrin tergelak kecil, "Habis tu?", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Hehe, macam ni... Kalau sayang Moon Chae Won, abanglah Song Joong Ki, kalau sayang telefon, abanglah chargernya...", belum sempat Fahrin habis berloya buruk, "Kalau abang Samsung Galaxy Note 3, sayanglah Samsung Gear nya, macam tu?", Ilham menayangkan wajah bosannya, "Pandai abang! Tu yang Rin sayang ni, hehehe", Fahrin merangkul lengan sasa Ilham, "Budak budak zaman sekarang ni.. dipengaruhi gajet!", Ilham menggeleng, "Hehe, abang! Jom naik tren tu~ Last Rin naik dengan abang Fahmi..", Fahrin menarik tangan Ilham, "Kejap, Fahmi mana?", Ilham memandang Fahrin tajam, "Haha, abang kandung Rin lah, nanti Rin bawa abang jumpa keluarga Rin secara rasmi! Okey?", Fahrin mencubit pipi Ilham perlahan, "Oo..", Ilham menghela lega, "Jomlah bang! Nanti terlepas pula", Fahrin merengek macam budak kecil, "Haha, yelah.. jom", Ilham mengikut saja.

"Puas pusing pusing?", Ilham ketawa melihat Fahrin yang leka memakan gula gula kapasnya, "Hehe, seronok! Abang! Jom naik sotong pulak!", "So.. sotong? Apa tu? Abang tak tahu pulak kat Danga Bay ada sotong", Ilham hairan, "Ish! Tu lah! Yang pusing laju laju tu!", Fahrin menunjuk ke arah permainan ekstrem itu, wajah Ilham yang sememangnya pucat bertambah pucat, kalau ditoreh belum tentu ada darah, "Err.. sayang.. abang takutlah..", Ilham memandang mata Fahrin meminta simpati, "Hah? Takpelah kalau macam tu.., kita baliklah", Fahrin tersenyum hampa, Ilham rasa bersalah, dia menarik tangan Fahrin perlahan ke arah permainan itu, "Abang...?", Fahrin hairan, Ilham memandangnya dengan senyuman, "Sayang dah terima abang.. takkanlah benda macam ni abang tak boleh buat untuk Rin..", Ilham membayar token dan mereka berdua sekarang menunggu sahaja bila bila masa mesin ini akan bergerak, "Abang tak takut ke? Nanti dia lambung lambung!", Fahrin menjerit persis anak kecil, dengan mata bulatnya, "Haha.. comelnya.., takpelah, abang tak kisah..", Ilham memeluk Fahrin kuat bagi menghilangkan rasa gemuruhnya, bunyi siren tanda amaran dibunyikan, perlahan lahan Encik Sotong itu berpusing, semakin lama semakin laju, Ilham memejam matanya dan memeluk Fahrin kuat, Fahrin tergelak besar melihat gelagat Ilham, "Weeeeiiii!!!!", Fahrin menjerit seronok, 'Ya Allah... sabar je lah... dapat kekasih hyperactive .. T.T ', Ilham pasrah di dalam hati.

"Cayalah abang! Gerekk seyy!", Fahrin memeluk Ilham perlahan selepas turun dari permainan itu, pucat lesi wajah Ilham jadinya, "Rin nak main apa lagi..?", Ilham memandang Fahrin perlahan, "Erm.., jom main tembak tembak menang patung tu, lepastu kita balik lah", Fahrin tersenyum, Ilham mengangguk perlahan.

"Tauke! Bagi satu round", Ilham membayar token, tauke itu tersenyum sahaja melihat 'mangsa'nya, Ilham mengambil senapang angin itu, "Hoiyo.. ada gaya ohh?", amoi itu memuji, Ilham tergelak, "Chaiyok abang! Figthing!", Fahrin memberi dorongan, 1 das.. 2 das.. dan 3 das.. tembakan dilepaskan, semuanya kena! "Woo! Daebak!!", Fahrin menepuk tangan, riuh sungguh budak tu, "Waahh... mau hadiah apa adik?", amoi itu memandang Fahrin, "Nak patung beruang hitam tu", Fahrin menunjuk tertib, amoi itu menyerahkan padanya, Fahrin memeluk patung itu erat, "Woiyo.. lu punya amoi banyak cantik ah", amoi itu memuji, "Haha, thank you", Ilham tersenyum dan melambai, mereka beredar dari situ.

"Meow.. meow.. meow..", bunyi anak kucing yang seperti dalam kesakitan, "Abang, dengar tak?", langkah mereka ke kereta terhenti, "Aah, bunyi kucing", Ilham hairan, "Abang.. tengok anak kucing tu.. mak dia kenapa tu..?", Fahrin mendekati anak kucing itu, ibu kucing itu sudah mati, mungkin dilanggar, "Sayang... janganlah.. kotor...", Ilham menegah namun Fahrin tetap melangkah pergi, "Baby.. baby kenapa? Kenapa dengan ibu baby?", Fahrin mencangkung dihadapan anak kucing itu, anak kucing itu seperti memahami Fahrin dan mula memeow tak berhenti, mungkin 'menceritakan' nasibnya, "Kesian baby...", Fahrin mengusap kucing putih itu perlahan, dia kemudiannya menutup ibu kucing itu dengan daun daun kering disitu, "Sayang.. jom lah..", Ilham tidak gemar dengan kucing, "Okey...", Fahrin melangkah berat, Ilham tersentuh melihat Fahrin yang cukup menyayangi binatang, mereka melangkah masuk ke dalam kereta, air mata Fahrin gagal ditahan, menitis air mata Fahrin, "Sayang.. kenapa ni? Abang buat sayang menangis ke? Abang buat apa?", Ilham memeluk Fahrin erat, "Kesian anak kucing tu.. dia sorang sorang.. nanti kalau dia lapar.. dia sejuk.. siapa nak peluk? Mak dia dah mati...", Fahrin mengadu kepada Ilham, air mata Ilham mengalir sedikit, "Kejap, Rin janji dengan abang.. Rin jaga dia betul betul", Ilham menyeka air mata Fahrin perlahan, Fahrin mengangguk laju, "Rin janji!", Fahrin berikrar, Ilham tersenyum dan keluar dari kereta itu, Fahrin tersenyum manis, walaupun sebenarnya Ilham benci pada si bulus tapi kerana Fahrin, dia relakan saja, Ilham kembali dengan 2 ekor anak kucing berwarna putih dan kelabu itu, "Baby!", Fahrin mengambil dan memeluk anak kucing itu perlahan, "Hahaha, dah? Jangan menangis lagi tau?", Ilham mencium pipi Fahrin, Fahrin mengangguk laju, "Terima kasih abang!", "Sama sama sayang..", Ilham menggeleng sambil tersenyum.

****

"Macam mana kau dengan Ilham? Okey tak?", Mizi memandang Yusri perlahan, suasana bingit dalam kelab itu cukup tak menyenangkan, "Dia dah ada stok baru, cun jugak..", Yusri menjawab sedikit kuat dan meneguk segelas air kencing syaitan itu, "Haha, relaxlah sayang.. aku kan ada!", Mizi memeluk Yusri perlahan, Yusri menarik tangan Mizi untuk mengajak dia berdansa di tengah kelab itu.

****

"Baby.. errmm, nak bagi nama apa ni bang?", Fahrin hairan, Ilham yang turut menjadi mangsa untuk memandikan kucing itu hanya tersenyum, "Abang suka yang kelabu ni.. so.. nama dia Yabu", Ilham ketawa melihat gelagat anak kucing itu setelah dimandikan, "Okey, sayang ambil yang putih ni.. namanya Shiro", Fahrin bersandar pada bahu kekar Ilham, "Haha, pengaruh kartun betul..", "Biasalah.. hehe", Fahrin mengelap badan Shiro perlahan, "Sayang.. abang dengar keputusan SPM umum minggu depan, dah ready belum?", Ilham memandang Fahrin perlahan, "Hah?! Anio!!!!".

Bersambung....

Yo! Selamat hari raya Aidil Adha :3 Banyak dapat daging? Oppa ikut aq balik kampung, Pasir Mas xD haha, mcm budak bandar betul! Pokok petai xkenal T.T kesian oppa xD

1 comment:

  1. Casino City, NV Hotel - Mapyro
    Find all information and best 진주 출장마사지 deals 전라남도 출장안마 of Casino 이천 출장샵 City, NV, 안성 출장샵 Las Vegas, NV, in Mapyro. View real-time reviews, reviews and photos of the area's attractions 인천광역 출장마사지 and other

    ReplyDelete