Tuesday 7 July 2015

My Maid Is A Flower Boy 6



My Maid Is A Flower Boy!
Chapter 6 : Yusri...??!

Perlahan Fahrin melangkah turun dari biliknya, langkahnya terasa berat hari itu. Banyak yang difikirkannya, 'Berapa A?', 'Lulus ke?', 'Berapa A+?', 'U mana aku nanti?', semuanya bermain di mindanya. Rama rama di'dalam' perutnya tidak mahu duduk senyap. Perutnya terasa geli dan gementar. Entah kenapa, dia seperti tidak mahu mengambil keputusan SPMnya itu. Langkahnya tiba di anak tangga terakhir, jelas terdengar suara uminya dan suara Tengku Zaril yang sibuk berbual. "Hah.. Turun pun Rin! Lama tau abang tunggu. Jomlah", Tengku Zaril memandang tepat ke arah anak mata hitam milik Fahrin. "Err.., tunggulah sekejap abang.. Abang Am tak datang lagi...", suaranya sedikit hampa, Ilham tidak dapat menemaninya hari itu kerana sibuk bertugas. Dia faham. "Rin ..., Dr. Ilham sibuk.. Dia kan kat hospital, tak sukakah abang teman?", Zaril bersuara seolah olah merajuk, Zaharah memandang anak bujangnya perlahan, "Rin, pergilah. Kesian abang Zaril, lama dia tunggu kamu.. Nanti Umi telefon Am ya? Umi tanyakan", Zaharah mengelus lembut pipi Fahrin, "Maaf abang.. Jomlah", Fahrin tersenyum plastik. Dia mencium pipi uminya dan keluar bersama Zaril untuk kesekolahnya.

"Dr. Ilham..?", Hani masuk bersama seseorang, "Nanti saya pastikan lagi, terima kasih tuan. Maaf. Ya Hani? Kenapa?", Ilham meletakkan semula ganggang telefon itu, "Ada orang nak jumpa Doktor..", Hani berkata menyampah, Ilham sudah tahu orangnya. Tak lain tak bukan. Yusri lah tu. "Ohh, biarlah dia masuk", jawab Ilham dengan senyuman ke arah Hani. Hani menghampirinya perlahan, "Doktor.. Hari ni dia berlagak pula.. Ada kah patut dia panggil saya Mak Cik???", Hani berbisik perlahan, tergelak besar Ilham jadinya. "Maaflah Hani, kalau orang otak wayar putus susah sikit", Ilham menahan tawanya, Hani sudah terkekek tak berhenti. "Ehem!", suara nyaring lagi maha sumbang kedengaran, "Alamak. Wayar putus. Saya keluar dulu ya Doktor?", sempat lagi si Hani memberikan jelingan maut berapi kepada Yusri. "Looser", Yusri mengejeknya, Ilham hanya menggeleng perlahan. "Yusri nak apa lagi?", Ilham malas untuk melayan si gila ni. "Abang... Maafkanlah Yusri, Yusri janji, lepas ni Yusri tak buat dah. Boleh tak kita bersama semula?", Yusri meraih tangan Ilham, namun cepat Ilham menepis. Agak kasar. "Sudahlah Yusri! Aku dah letih dengan kau, macam aku kata hari tu. Aku sudah tiada hati pada kau!", Ilham memandangnya dengan penuh kebencian. "Sebab jantan tu. Kau tinggalkan aku, kan?!", Yusri berang. "Bukan! Sebab kau aku tinggalkan kau! Dia lain Yusri, dia tak macam kau! Dia sayang aku bukan sebab aku kaya! Dia sayang aku kerana dia cintakan aku! Bukan berlandaskan nafsu macam kau!", Ilham berdiri, "Hei! Dengar sini Ilham! Kau jangan ingat kau akan bahagia. Kalau aku tak dapat kau. Jangan harap orang lain boleh dapat kau!", Yusri meninggikan suaranya, "Aku tak takutlah! Aku takut Allah saja!", Yusri tergelak mendengar kalimah yang keluar dari mulut Ilham, "Allah? Kau percaya Dia? Hahahahaha. Ilham, Ilham, Ilham. Kau tu gay! Kau ingat Dia nak Pandang kau ke? Hahaha. Baru berapa lama kau kenal budak tu, dah pandai cakap pasal agama? Aduyai. Kau buat lawak ke?", Yusri mengejek. Menyirap darah Ilham melihat wajah Yusri, "Ya. Aku gay. Aku mengaku. Tapi aku tahu, Fahrin dapat ubah aku. Fahrin dapat tolong aku keluar dari dunia kotor ni. Ya! Aku percaya Dia. Dia Maha Suci. Maha Agung. Maha Menghina dan Maha Memuliakan! Berubahlah Yusri, Dia Maha Pengampun. Kasih sayang Allah mengatasi KermukaanNya", Ilham bersuara sebak. Hatinya sebak mengenangkan dosanya. Dia malu berhadapan dengan Allah. Dia malu untuk melangkah di bumiNya. "Hahahaha. Tahniah aku ucapkan, pada... Siapa? Fahrin. Tahniah. Sebab berjaya merubah Ilham, seorang kaki zina, botol kepada seorang alim ulama'. What ever Ilham, I chose my way, you chose your way. Kubur masing masing. Last word from me, I'll never let you go. See ya darling", Yusri mengerling sinis sebelum menapak keluar. "Astaghfirullah...", Ilham menggeleng kepalanya perlahan.

"Sudahlah tu... Betul. Ni slip Rin lah..", Zaril menenangkan Fahrin, "Tak! Bukan! Kenapa Bio Fahrin B ? Fahrin tak pernah dapat B", Fahrin menangis teresak esak. "Tapi yang lain A kan? Kimia dengan Fizik kan A+ tu. Rin ade 7A+. Okeylah nii..", Zaril tersenyum manis. "Tapi Bio B. Macammana nak jadi doktor?", Fahrin cemas, "Ehh~ Siapa kata tak boleh. Bolehlah Rin", Zaril memujuknya. Boleh ke? Ilham datang dengan tergesa gesa, Fahrin yang melihat saja kelibat buah hatinya itu terus berlari ke arahnya dan memeluknya sekuat hati, Zaril tergelak kecil. "Kenapa ni?", Ilham memandang Fahrin perlahan, "Rin.. Sayang.. Tell me. Why?", Fahrin memandang wajah tampan Ilham lama, "Bio Rin B..", hampa suaranya. "Lah ... Tu saja kah? Terkejut abang", Ilham mencuit pipinya. "Abang! Macam mana nak jadi doktor nanti?". "Sayang, boleh lah. Siapa kata tak boleh?", Ilham menyeka air mata Fahrin perlahan. "Orang kata ...", Fahrin tersedu sedu. Bengkak matanya. "Hah.. Tahu pun? Orang yang cakap.., bukannya Allah", Ilham memeluknya perlahan, mata yang memandang mereka tak dia pedulikan. "Abang...", Fahrin berkata perlahan, "Ermm...?", Ilham memandang matanya redup, "I love you...", Fahrin tersenyum manis. "I love you too", Ilham mengusap kepala Fahrin perlahan. Jauh dari situ, ada orang yang memerhati penuh dendam.

"Ya Allah..., hinakah aku? Hinakah aku? Hinakah aku?", Ilham memandang Al Quran itu dengan hati yang sebak, air matanya mengalir laju. Entah mengapa. Dia rasa seperti.. Dirinya didakap. Tapi tiada sesiapa disitu. "Ya Allah, mahukah Engkau menerima ku? Ya Allah... Aku bertaubat kepadaMu... Aku menyesal ya Allah... Aku.. Aku..., aku berserah kepadaMu ya Allah....", Ilham memeluk Al Quran itu erat, kasih sayangNya terasa. Dia memeluk Al Quran itu erat tanpa sedikit pun terdetik untuk melepaskannya. "Assalammualaikum nak...", suara itu perlahan didengarinya, Ilham mendongak dan mengesat air matanya, "Waalaikumsalam pak cik... Ya? Boleh saya tolong?", wajahnya diceriakan, keadaan surau hospital itu terasa nyaman dan dingin sekali. "Anak ni... Macam dalam masalah saja? Maaflah kalau pak cik menyibuk. Tapi ... Kalau ada masalah, mungkin pak cik boleh bantu?", orang tua berwajah bersih itu tersenyum manis. Elok dia duduk disebelah Ilham. "Err..., pak cik ... Saya nak tanya sesuatu..", Ilham memandang penuh mengharap, orang tua itu mengangguk, "Bolehkah saya.. Ermm..., saya mencintai 2 perkara secara serentak?", Ilham menelan air liurnya. "Nak..., pak cik tahu apa yang kamu nak tanya. Ilham..., Allah jadikan kamu sesempurna kejadian. Berpasang pasangan, lelaki dan perempuan. Tapi .. Kalau kamu suka seseorang yang daripada sejantina kamu.. Itu tak betul. Allah larang. Allah tegah. Pak cik tahu.. Kamu sayang Fahrin, tapi kamu kena pilih, Allah atau Fahrin. Pak cik rasa kamu tahu apa yang kamu mahu..., balik ni.. Buka tafsir Al Quran ya nak? Surah An-Nisaa', ayat 29. Pak cik pergi dulu ya nak? Pak cik nak balik jauh ni. Assalammualaikum...", pak cik itu beredar, Ilham tersedar. 'Aik?!', "Pakcik! Macam mana pakcik tahu nama kami?", sunyi. Tiada sesiapa disitu. Ilham terpaku. "Allah... Siapakah itu....?".

.... Sesungguhnya, Allah sangat Sayang kepada kamu. [An-Nisaa' : 29]

Bercucuran air mata Ilham. Entah kenapa, air matanya murah sungguh hari itu. "Abang ...?", Fahrin memeluk Ilham perlahan, Ilham memeluk Fahrin perlahan. "Sayang..., abang minta maaf.. Abang ... Abang ... Abang keliru..", Ilham merintih, "Abang ... Abang tak keliru.. Abang dah jumpa Dia", Fahrin mencium pipi Ilham perlahan. "Sayang... Abang nak buat sesuatu untuk sayang boleh?", Fahrin mengangguk, "Boleh tak abang nak masak untuk sayang boleh?", Ilham tertawa riang. "Kalau tak sedap... Macam mana?", Fahrin mencuit pipi Ilham. "Sayang kena makan juga!", Ilham mencium pipinya. "Hey!", Fahrin menepuk pipi Ilham perlahan.

"Mizi.. Aku ada kerja nak bagi kau ...", Yusri memandang rakan baiknya itu, "Mende?", Mizi yang asyik dengan muzik di kelab itu memandangnya lesu, Yusri tersenyum sinis.

'Tak tak tak tak tak', kuat bunyi Ilham memotong bawang merah itu. "Abang? Sayang! Boleh tak?", Fahrin menjerit dari ruang tamu kerana dia ditegah Ilham untuk ke dapur. "Boleh~ Abang ni Dr. Ilham lah! Satu hospital, satu JB kenal!", Ilham menahan tawa, "Eleh!", Fahrin tergelak. "Elok elok, nanti kena jar...", "Sayang!", belum sempat Fahrin menghabiskan ayatnya Ilham sudah menyerunya. "Kenapa bang?!", Fahrin berlari mendapatkan Ilham. "Jari abang ..", Ilham melihat jarinya perlahan, terluka. "A.. Bang..", air mata Fahrin bercucuran. Perlahan dia membalut tangan kekasihnya dengan kain bersih. "Rin kan dah cakap ... Elok elok..", suaranya serak, air matanya masih mengalir. "Hey.. Sayang. Kenapa menangis ni?", Ilham hairan. Tangisan Fahrin makin teresak, "Sayang... Kenapa?", Ilham memeluknya, "Abang ... Kalau seandainya abang tinggalkan Fahrin. Boleh tak abang beritahu Fahrin dulu ...?", Fahrin memeluknya erat. Air mata Ilham mengalir lagi, "Janganlah cakap macam tu ...", Ilham memeluknya lebih erat. "Abang cintakan Fahrin. Sangat sangat. Tapi Fahrin, tak selamanya abang jadi milik Fahrin. Abang ni milik Dia...", air mata mereka bercucuran deras.

"Siap!", Ilham gembira. Siap akhirnya tugas memasaknya. Hahaha. "Rin! Sayang! Abang dah siap!", Fahrin berlari kegembiraan dari atas. "Wwwahh!!!", Fahrin terkejut melihat lauk yang dimasak Ilham. "Asam Pedaslah! Mana abang tahu Rin suka Asam Pedas?", Ilham ketawa riang. "Umi beritahu abang!", Ilham tersengih. "Ececececece~ Umi~ Wahh~", Fahrin mencium pipi Ilham, "Suami mithali lah katakan!", Ilham bergurau. Terhambur tawa Fahrin jadinya. "Assalammualaikum!!!", suara diluar kedengaran. Ilham mengukir senyuman, Fahrin menanti jawapan Ilham dengan memandang mata kekasihnya itu. Ilham bergerak ke depan membuka pintu. Ilham masuk dengan seseorang, "Umi!", Fahrin memeluk Zaharah erat, "Hahaha! Anak umi ni. Macam tak jumpa seabad. Opah pun ada tau", Maryam datang dengan gaya divanya, walau berusia kena bergaya. Katanya~ Hahahaha. "Cucu ku, my grandson!", Maryam memeluk cucunya itu perlahan. "Opah! Rindu opah!", Fahrin membalas erat. Ilham ketawa riang.

"Baik sungguh Ilham ni~ ajak Opah dengan umi datang sini. Ajak makan pula tu!", Maryam berjenaka. Terhambur tawa mereka. "Takdelah Puan..", "Opah", Maryam memintas Ilham. "Oh. Takdelah opah, saya saja je. Lagipun alang alang Opah datang jauh dari Kempas, saya ajaklah sekali", Ilham tersenyum. "Pandai anak umi ni ...", Zaharah memuji, "Hah? Fahrin tak buat apa apa pun kena puji?", Fahrin hairan. "Bukan Rinlah~ Hish! Tu, anak umi yang bujang seorang lagi tu", Zaharah menujukan kepada Ilham. Air matanya yang berair segera diseka. "Terima kasih ... Umi...", Ilham tersenyum. Ada air jernih di pipinya, "Sama sama..", Zaharah menggosok kepala Ilham perlahan. "Sudahlah Ilham, kami ni keluarga kamu. Ini opah, opah kamu. Ini Zaharah, umi kamu. Ini Fahrin, adik kamu", Maryam menggosok belakang Ilham perlahan. Fahrin menyeka air matanya. "Alhamdulillah...", Ilham tersenyum. "Ini Fahmi, abang kau. Ini Hairil, abah kau!", Fahmi datang dan mencubit pipi Fahrin kuat. Terhambur tawa mereka. "Sampai hati Am tak ajak Abah!", Hairil masuk dan memeluk Zaharah, "Maaf bah, tapi Am dah mesejkan?", Ilham menahan tawanya. "Hahaha. Jomlah makan! Zaril dah lapar!", entah dari mana hala si Tengku ni, tiba tiba muncul. "Abang!", Fahrin gembira. Zaril melambainya perlahan. "Wahhh!! Syok sehh!! Ramainya orang. Banyak ke abang masak?". Fahrin memandang Ilham manja, "Cukup. Abang masak banyak dah. Eh. Jomlah makan. Kesian ikan ni, lama dah dia nak dihadam. Jemput semua~", Ilham riang. Sudah lama wajahnya tidak seriang itu. Fahrin turut tumpang gembira untuk Ilham. Alhamdulillah...

"Sedap~", Zaril memberi 'double thumbs up'. Ketawa riang jururawat disitu, "Tak sangka Dr. Ilham pandai masak kan?", Julia riang. "Kan~", mereka serentak. "Eh. Dr. Am lah tu", Kaira menunjuk ke arah Ilham yang ceria. "Amboiii doktor, ceria je~ Kenapa tu?", Zaril mengusik, "Zaril. Salah ke? Ni, awak semua ni dah makan belum? Kalau belum, Hani nanti masuk office saya, ambil Asam Pedas dalam bekas tu ya? Saya yang masak. Ambil ya? Nasi... Sendirian berhad. Hahaha. Assalammualaikum~", Ilham melambai riang. Hampir setiap orang di hospital itu ditegurnya. "Thank you doctor!", Hani melambai. "Kenapa Dr. Am berubah ya? Duly cengih, hensem. Sekarang, periang, lagi hensem!", Hani memeluk fail peaskitnya. Ketawa riang mereka jadinya. Hanya Yusri yang kebetulan lalu menjulingkan mata ke atas. Dengki!

"Semua sekali RM 40.50 ya?", Fahrin tersenyum melihat seorang anak yang gembira dapat membelikan kuntuman bunga mawar buat ibunya. "Terima kasih dik..", orang itu ceria dan berlalu pergi. "Datang lagi~", Fahrin melambai. Tiba tiba telefon berdering, "Hello. Assalammualaikum~ Farah Fluorist~ ada yang boleh saya bantu?", Fahrin riang.

'Pelik je tempat ni...', Fahrin memandang sekeliling. "Hai. Awak flower boy kan?", suara lelaki dibelakangnya membuatkan dia berpaling, "Ya..., sa..", belum sempat lagi, mulut Fahrin dicekup oleh seorang lelaki yang gagah. Ubat bius diberikan. Perlahan lahan, dunianya.. Kelam....

"Mana Rin ni?", Ilham hairan. Sudah lewat jam 10.00 malam. Tubuh Fahrin masih belum kunjung tiba. Mereka semua termasuk keluarga Tengku Mawar serta Daniel berkumpul disitu. Zaharah tak dapat menahan air matanya, ditenangkan oleh Tengku Mawar, "Sabarlah Zaharah, nanti baliklah tu", Mawar memeluknya, Maryam berpeluk tubuh. Jelas riak sedih di wajahnya. "Mana bonda. Mana?", Zaharah memeluk Mawar erat. Deringan telefon dari telefon bimbit Ilham mendiamkan seisi rumah mewah itu. "Hello....".

Bersambung ....

"Kepada Allah Kami Berserah"