Tuesday 22 September 2015

Malaysia Day Special ! : Aku Cinta Kamu! 1 [Kenapa Aku?]

Perlahan beg roda itu aku seret. Aduyai! Kenapa perlu aku? Why? Kia hua? Bweiya? Bakpo? Kenapa aku? Pelajar peralihan ke Indonesia. Kenapa aku? Aiyoo. Takut tau tak? Tak pasal pasal kena belasah. Masih aku ingat, adakah patut aku dipanggil 'Malingsia?!'. Hello~ MALAYSIA okey? Tidak tahu menyebutkah? Aku bermonolog sendiri. Aku lihat keadaan lapangan terbang itu. Tertulis perkataan BANDARA INTERNASIONAL. Aiyoo. What is Bandara? Bandarkah? Aku menggaru kepalaku perlahan. "Ahhh. Anak ini Harris ya? Dari Malaysia?", seorang pak cik menyoalku mesra. Akhirnya! Aku jumpa orang yang ramah T.T "Ye. Saya dari Malaysia. Ini ... Pak Sugio ya?", aku berbahasa baku. Kang aku cakap cakap Bahasa Malaysia tercengang pula dia. Haha. "Iya. Iya. Selamat datang ke Jakarta. Ayo. Kita ke rumah", Pak Cik Sugio menarik begku perlahan. Aku tersenyum saja. Aku ikut langkahnya perlahan. Aduyai. Bermulalah kisah hidup ku di Indonesia. Ya Allah. Selamatkanlah aku T.T

"Anak-anak. Hari esok kalian akan menerima seorang teman baru dari Malaysia", Ibu Sarah berkata mesra. Disambut riuh dari warga kelas itu. "Malaysia? Negara maling itu?", Farel berkata lancang. "Awas kata katamu Farel! Kerana sikap seperti kamu, Indonesia sudah tidak dihormati. Rusak nama negara!", Ibu Sarah tegas. Memanjang muncungnya.

"Ayoo. Makan. Jangan mengong terus", Ibu Suriati memandangku. Aku tersengih. Aku bukanlah jenis memilih kalau makan. Tapi..., halal kah? Mengong? Bengong ke? Hahaha. "Haha. Kakak pada risau ya? Jangan khuatir. Halal kok..", seorang budak lelaki mungkin muda 3 tahun dariku keluar dari biliknya. "Kakak? Saya lelakilah..", aku hairan. "Haha. Nggak. Di Indonesia , lelaki turut dipanggil kakak. Jangan salah anggap", dia tertawa. "Namaku Jamil. Nice to meet you", hulur tangannya mesra. "Haha. Nama saya Harris. Gembira juga bertemu anda", aku tersenyum.

Orang memberi kita merasa,
Orang berbudi kita berbahasa.

Ye idok? Hahaha.

"Nahh. Selesa nggak disini?", Pak Sugio memandangku mesra. Hari sudah malam. Udara disini nyaman sekali. Bukan seperti di Kuala Lumpur. Aiyoo. "Selesa pak. Haha. Esok di Indonesia ni. Sekolah ke?", aku menghirup kopiku perlahan. Sedap! "Sekolah! Loo. Kakak pada malas ya? Jangan gitu dong. Kita harus semangat!", Jamil bergaya. Hahaha. Bila aku tengok Jamil. Teringat adik bongsuku di rumah. Apalah yang sedang dia buat? "Eh. Pak Sugio. Kopinya sedaplah. Kopi apa ni?", aku mesra. "Itu ? Kopi luwak", Pak Sugio dan Jamil tertawa perlahan. Ibu Suriati hanya menggeleng. "Luwak?", aku hairan. Luwak tu 'luak' ke? "Haha. Kopi musang", Ibu Suriati tersenyum manis. Buntang mataku. Dokumentari Majalah 3 berkenaan kopi ini terbayang di otakku. "Enak....", aku menahan tangisku. Disambut tawa keluarga itu. Hahaha.

****

"Anak anak. Ini Harris. Teman baru kamu dari Malaysia. Harris. Kenalin dirimu", Ibu Sarah sebagai guru kelasku memandangku mesra. "Nama saya Mohd Harris B. Ammar. Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Menetap di Kuala Lumpur. Gembira bertemu kalian!", aku melambai mesra. Mereka semua tersenyum. Kecuali seorang. Muka hensem dah. Sombong. Puihh. "Nnahh. Anak-anak. Kamu ada soalan nggak mau ditujukan kepada Harris? Kalau ada. Ayo. Ditanya", Ibu Sarah mengambil tempat dihadapanku. Amboi. Aku pula jadi Cikgu. Hahaha. Seorang pelajar perempuan mengangkat tangannya. Lantas bangun. "Di Malaysia, ada nggak sinetron Indonesia?", soalannya lucu. Membuatkan aku tergelak dan menganguk. "Ada. Banyak sekali! Aku suka Nikita, Mutiara Hati, Buku Harian Baim. Banyak lagi", aku tersenyum. "Namaku Alya. Harap bisa berteman", katanya ramah. Aku menunduk hormat. "Di Malaysia lagu kebangsaannya apa?", mamat sombong itu berkata tegas. Seisi kelas memandangnya. Lalu pandangan itu beralih ke arahku. "Negaraku...", jawabku aneh. "Ayo. Coba kamu nyanyikan". Katanya sinis. Aku tersenyum. Ibu Sarah menggeleng. Memberi isyarat supaya aku tidak mengendahkan makhluk itu. Aku tetap dengan pendirianku. "Ya udah. Kamu semua harus berdiri.", pintaku. Semuanya berdiri. Sekali lagi. Kecuali dia!

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta!

"Itu aja?", jawabnya sinis. "Kayak lagu Terang Bulan". Sambungnya. Hatiku meruap. Sangat meruap. "Farel! Jangan biadap lo!", rakan sekelasku bersuara. "Iya! Kita ngak punya masalah sama Malaysia!", sambung seorang lagi. "Hahaha. Kalian bercanda ya?", jawabnya sinis lagi. Oh. Farel namanya. "Soekarno pernah berkata. Berikan aku sepuluh orang pemuda dan akan aku goncang dunia", aku berkata perlahan. "Wahh. Bocah Inggeris tahu? Hebat bapak Soekarno!", dia menepuk tangan. Aku tersenyum lagi. "Namun nampaknya bapak Soekarno lupa, pemuda yang rendah akhlaknya tidak mampu menggoncang dunia", jawabku sinis. Terdiam seisi kelas. Senyuman sinis Farel menebal. "Kemerdekaan aja dikasih Inggeris!", jerkahnya. Ibu Sarah berdiri. "Sudah!", jarinya menunding ke arah Farel. Aku tersenyum. "Kasihan kamu Farel. Buta. Buta sejarah. Tok Janggut. Leftenan Adnan. Mat Saleh. Rentap. Dato Maharaja Lela. Kamu kenal mereka?", air mataku kutahan. "Peristiwa Bukit Kepong. Kamu tahu ? Kamu kenal UMNO? Kenal PAS? Kenal Parti Perikatan? Tahu kepertitan orang Malaya dulu?", aku tahan air mataku. Ibu Sarah megambil tempat duduknya kembali. "Cerita dong Harris
Kami mau tahu..". Kata seorang rakan kelasku. "Boleh...", aku tersenyum. "Waktu Tunku Abdul Rahman hendak ke London. Bagi berunding dengan British bagi tarikh kemerdekaan. Tunku takde duit. Orang orang Melayu yang tolong. Diabadikan dalam sebuah filem. 1957 Hati Malaya tajuknya. Masih saya ingat dialog filem itu, seorang wanita, membuka semua barang emasnya, menggadai tanahnya. 'Tunku... Ambil ni. Pergi London. Merdekakan Malaya', itu perjuangan mereka. Orang Melayu, Cina dan India bersatu. Menuju kemerdekaan", air mata kasihku mengalir. Aku rindu. Rindu tanah airku. "Bukit Kepong. Diserang komunis. Orang lelaki mahupun perempuan, sama sama mengangkat senjata menyerang komunis. Mempertahankan kemerdekaan kami. Pernah itu kamu sebutkan Farel? Pernah? Kamu buta. Buta dengan cerita dongeng kamu", aku kesat air mataku. Shit. First day. Cried. Seriously Harris? Haha. Farel terdiam. Wajahnya menunduk. "Ya udah. Cukup untuk hari ini. Harris kamu bisa ambil tempatmu", Ibu Sarah mengusap belakangku. "Kamu disini saja Harris. Disebelahku", panggil seorang lelaki. Hensem. Haha. Sempat! "Terima kasih. Nama awak siapa?", aku tersenyum. "Namaku Wisnu", dia tersenyum mesra. Aku mengangguk. Dibelakangku. 'Pejuang radikal Anti Malaya' (PRAM). Aku malas melayannya. "Maaf...", katanya perlahan. Aku berpaling. "Hah?", aku hairan. "Maafin gue..", wajah tampannya masih dingin. "Takpe. Dah biasa", aku memandang kedepan semula. Hahaha. Janganlah gaduh. Karang hilang hensem. Hahahaha.

****

"Apa kamu mau ikut lomba?", Wisnu menegurku yang leka menatap papan kenyataan sekolah itu. "Lumba? Saya tak pandai berlari. Haha", aku hairan. "Hahaha. Orang Malaysia memang aneh. Lomba itu pertandingan. Apa betul?", Wisnu meneka, "Ohhh. Pertandingan! Hahaha. Pertandingan apaan?", aku menyoal kembali. Wisnu menepuk dahinya. "Terus. Kamu ngapain disini? Lagi baca poster lomba hari nasional kan?", Wisnu hairan. Aku lagi hairan. "Ohh. Saya tengah baca puisi nilah. Sedap dibaca", aku ketawa kecil. "Ohhh. Aku kira kamu pada mahu ikut serta lomba!", Wisnu ketawa besar. Orang lalu lalang memerhatikan kami. Wisnu turut berdiri disebelahku dan membaca puisi itu. Aip. Jantungku berdegup pantas. Hailah jantung. Relakslah. Ffuhh. Aku menjarakkan sedikit jarak kami. Dengan tidak semena mena terlanggar tubuh tegap seseorang. "Maaf. Maaf pak", aku menundukkan kepalaku. Farel tergelak besar. "Kamu kenapa?", Farel mendongakkan kepalaku. Mata bertentang mata. Ffuhh. Hahaha. Gila aku. "Looh. Farel. Tak balik lagi?", aku mengalihkan pandanganku. Wisnu ketawa kecil. Chait! Bukan nak tolong. "Aku ke perpustakaan. Kalian pada ngapain?", jawabnya mesra. Ahh. Cair, cair! Hahahaha. "Ini. Harris lagi baca puisi loe", Wisnu ketawa kecil lagi. Okey. Dia suka ketawa dan ia sangat comel. Hahaha. Kejap. Puisi tu si Pejuang Radikal Anti Malaya yang tulis? What?! Mataku tertacap pada wajah ganteng Farel. Hah. Ganteng. Hahahaha. "Kagak percaya? Haha", Wisnu mencucuk pipiku. Farel melambai dan pergi dari situ. Fuyoo~ Lelaki Jawa terakhir . Haha. Eh? Dia Jawa kah? -_-

****

"Kak Harris. Gimana sekolah hari ini?", Jamil berjalan denganku untuk pulang ke rumah. Jalan kaki sajalah! Dekat je. Haha. "Bagus. Ramai orang baik. Tapi ada seorang tu tak suka dengan abang. Taktahu kenapa", aku ketawa kecil. "Ohh. Farel ya?", .... "Aik! Macam mana tahu?", aku hairan. Kami masih melangkah. "Ibunya orang Malaysia. Setelah orang tua nya berpisah, ibunya sudah tidak kembali ke Indonesia. Kerana itu, sejak kecil Farel benci ama orang Malaysia. Sebenarnya benci ama ibunya. Tetapi ... Yyaaah. Satu Malaya dapat merasa kebenciannya", Jamil ketawa kecil. Kesian Farel.

"Bapak! Ayuh dong! Aku mau ke Toko Buku itu", Jamil menggoyang goyangkan tubuh Pak Cik Sugio perlahan. Aku yang baru selesai mandi kaget jadinya. "Kenapa ni Jamil?", aku keluar dari bilik air sambil menggosok rambutku yang masih basah. "Hah....". Jamil tersenyum jahat. Aku mengangkat keningku sebelah tanda tidak mengerti.

"Ahhhh... Kenapa abang?", aku melangkah malas bersama Jamil. "Ayohh dong. Toko Buku itu seru!", Jamil menarik tanganku. "Kita naik angkot", Jamil tersengih. "Ha?", aku hairan. "Tadaaa!", Jamil menahan sebuah van yang sarat dengan penumpang. Aduyai. Kerajaan Indonesia sepatutnya buat sesuatu dengan kualiti perkhidmatan awam -_- Aku naik bersama Jamil. Aduhai Allah. Sempit. Hahaha. Tapi. Seronok.

"Ini tokonya! Kepunyaan temanku kok kak. Ayuh. Jangan malu", Jamil menarik tanganku masuk. Kedainya agak lama. Tapi penuh dengan nostalgia. "Kakak cari saja buku yang kakak mahu. Aku cari buku dulu ya?", dengan sekelip mata. Dia hilang dari pandanganku. Aiyoo. Aku membelek buku buku lama dihadapanku. Sastera Indonesia. Aku bukannya faham. Haha. "Ngapain kamu disini?", aku berpusing. PRAM! eh. Farel! "Farel. Kamu ngapain disini?", mataku tertacap pada tubuhnya yang tidak berbaju. Cepat aku mengalihkan pandanganku. "Ini toko kepunyaan bapakku", jawabnya dingin dan pergi ke suatu sudut lalu menyarung baju tidak berlengan dan datang semula kepadaku. "Tumben kamu kesini. Kangen sama aku ya?", usiknya. Farel tersenyum. Aku ketawa kecil. Memang kangen. "Perasan! Adik saya yang nak datang sini", aku mengambil buku yang kuletakkan tadi dan pura pura membacanya. "Adik? Kamu punya adik?", Farel hairan. "Kak Harris!", suara Jamil perlahan menghampiriku. "Eh. Kak Farel! Aku kira siapa", dia menyalami tangan Farel. "Ohh. Adik angkat maksud loe?", Farel memandangku. Aku mengangguk. "Kakak dari mana sih? Tubuh kakak berkeringat. Bau!", Jamil mengusik. "Dasar bocah! Hahaha. Kakak dari belakang. Lagi main basketball", Farel menggosok kepala Jamil perlahan. Ohh. Dah kenal? "Jamil ngapain disini?", Farel mesra. "Ketemu Sari", Jamil malu malu. "Hahaha", Farel ketawa besar. "Sari?", aku yang naif ingatkan Sari Yanti ke. Sari baju Sari ke. "Sari itu . Adik gue", Farel senyum. Manis. Haha. Kalau nak ikut ketinggian. Farel lebih tinggi daripada ku. Hensem? Aku lagi hensem. Hahahaha. "Ayo Kak. Pulang", Jamil menarik tanganku. Aishh. Kacau daun! Hahaha. "Udah mau pulang?", Farel seperti berat hati. Jamil mengangguk. Aku melangkah berat bersama Jamil. Seorang budak perempuan datang dengan berkerusi roda. "Tenang Kak. Kalau benar dia suka sama kakak. Sebentar lagi dia mesti menoleh kebelakang", Sari mengusik. "Aishh! Anak ini", Farel mencubit pipi adiknya. Perlahan. Aku menoleh kebelakang dan melambainya. "Kann! Aku sudah bilang~", Sari ketawa kecil. Berbunga hati Farel. Tunggu. Berbunga? "Ada ada saja kamu!", jawab Farel malu sambil tangannya membalas lambaianku.

****
"Harris. Ayoh. Ikut lomba", Wisnu yang sedang duduk ditempatnya tiba tiba menegurku yang baru sampai ke kelas itu. "Boleh kah? Saya bukan warga negara", aku hairan. "Boleh kok Harris. Kalau nggak bisa. Kita runding aja ama Pak Kepala Sekolah!", Alya tiba tiba datang. Wajahnya yang bertudung sangat ayu. "Bener kata Alya. Ayohh dong~", Wisnu membuat wajah manjanya. Terhambur tawaku. "Okay", aku setuju. "Yay! Asikk!", Alyah ketawa dan duduk kembali. Aneh. Dan habis berbual terus belajar balik? Hahaha. Farel masuk dengan penuh bergaya. Haha. "Apa sihh kalian? Ribut banget!", Farel duduk ditempatnya. "Ribut? Mana ada. Cerah je", aku hairan. Farel ketawa besar. Pertama kali aku lihat dia ketawa sebesar itu. "Ribut itu eerm... Bising", Wisnu menahan tawa. Ohh. Hahaha. "Farel. Ayoh ikut lomba. Kamu pandai berpuisikan~ Ayohlah~", Wisnu menggoyang goyang tangan tegap Farel. Farel hanya tersenyum memandangku. Lama. Dia memandangku macam nak makan kot! Aku buat bodoh jelah. Dalam hati, melompat lompat. Ibu Sarah masuk dan seperti biasa memberi salam dan bla bla bla bla... Sejam kemudian. "Farel, Wisnu, Harris. Tahniah ya! Kalian orang pertama yang menghantar borang ikut lomba ini", Ibu Sarah bangga. "Wwwaaaaa~", satu kelas macam kagum saja. Relaks semua. Hahaha. Siapa pula yang hantar? Aku memandang kebelakang. Farel mengenyit matanya. Astaga!Melting! Hahahahaha! XD

Bersambung ....