Friday 21 March 2014

The Love That The Wind Blows 1

Annyeong! Assalammualaikum, asyik kongsi gambar pun boring gak, skang kite bace novel karya agung aku pulak! haha xD


The Love That The Wind Blows
Chapter : 1
Zack hanya memerhati keadaan sekelilingnya, suasana di pusat beli agak meriah, mungkin kerana hari minggu, dia menanti seseorang disitu, wajahnya yang putih melepak kian memerah kerana marah, sudah lama dia berdiri terpacak disitu, Mira datang dengan termengah, "Wei Zack, Assalammualaikum, sorry lambat datang, aku kena tolong mak aku jemur baju tadi, banyak gila!", Mira membetulkan tudungnya sambil membebel, "Waalaikumsalam, tak pe, tak lama pun aku tunggu, sejam je", Zack tersenyum manis namun ada sindiran dalam ayatnya, "Zack... kau marah lagi ke? Okey, jom aku belanja McD", Mira menarik lengan Zack, "Haha, tahu pun kau, okey jom, tapi aku belanja, tak elok perempuan bayarkan untuk lelaki", Zack tersenyum, mereka melangkah ke dalam sebuah restoran McDonald dalam pusat beli belah itu, Mira dan Zack pergi ke kaunter yang kelihatan agak lengang, berdiri terpacak sambil tersenyum manis seorang juruwang disitu, kacak orangnya, Mira tersenyum seperti biasa, Zack sudah tidak keruan, "Assalammualaikum, selamat datang, nak makan dekat mana?", Daniel bertanya girang, "Dekat sana", Zack meluruskan telunjuknya pada sebuah meja di suatu sudut, Daniel menahan tawa, "Jangan layan dia ni bang, Waalaikumsalam, makan sini, saya nak Double Cheese satu set, budak kau nak makan apa?", Mira mendongak sedikit memandang Zack, eerr, ada hati panggil orang budak? -_-, "Sama macam kau cuma... nak mainan dalam Happy Meals, semua, hehe", Zack tersipu, Daniel tercuit hati melihatnya, "Haha, comel lah kamu ni, okey, tu je kan?", Daniel memandang Zack lama, Mira mengangguk, Daniel memulakan kerjanya apabila tersentak dengan cuitan dari rakan sekerjanya, Daniel menghulurkan pesanan mereka kepada Mira, Zack cepat cepat melarikan diri duduk di meja membelakangkan Daniel, Mira mengekorinya setelah tersenyum pada Daniel.

Zack tidak senang duduk, dia ingin melihat wajah Daniel sekali lagi, dia berpaling dan ternampak Daniel sedang ralit memerhatikannya, Zack berpusing semula, merona merah wajah comelnya.
****
Zack bergolek golek di atas katilnya, hatinya merasakan ada yang tak kena, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, haish... "Abang! Ibu panggil!", Aril, adiknya yang muda setahun datang dengan senyuman, Zack melihat adiknya itu lalu mengangguk sambil tersenyum dan berlalu pergi dari situ.
"Ibu nak jumpa Zack?", Zack duduk disebelah ibunya di atas katil, "Aah, sayang.. eermm, Zack,,keputusan PMR Zack cemerlang kan?", Tengku Mawar memegang tangan anak sulongnya itu, Zack mengangguk, "So, congratulation! Zack dapat tawaran sekolah di Sekolah Sains Raja Hiliriah", Mawar tersenyum, "Haha, sekolah dekat Tambak Johor tu ke?", Zack tersengih, "Yupz!", Mawar mengangguk, "Alahai, dekatnya!", Zack tergelak, "Biarlah! Boleh kitorang kacau abang!", Aril datang memeluk ibunya, Mawar tergelak, "Haha, Aril ni, tahun ni Aril PMR, belajar rajin rajin", Zack memeluk adiknya erat, Mawar hanya tersenyum, dia melihat gambar arwah suaminya, Tengku Rayyan yang tergantung di dinding itu, dia menghela nafas syukur, 'Abang, Mawar bangga dengan anak kita....', dia bermonolog sendirian.
****
"Abang... nanti makan banyak banyak, dah lah abang ni kurus, kalau tak makan nanti kurus melidi, waahhh!!", Aril memeluk abangnya itu dihadapan pintu gerbang sekolah elit itu, semua orang memandang ke arahnya, "Haha, okey... Aril jaga ibu, jaga diri tau?", Zack memeluk adik kesayangannya itu, Mira memandangnya sayu, "Zack... nanti pakai sunblock tau? Kalau kau hitam dah tak comel, tak jambu dah", Mira tersenyum namun air matanya mengalir deras, "Hey, sudah lah, bukannya aku nak mati pun, masuk asrama je", Zack memegang bahu rakannya itu, Mawar hanya menggeleng.
****
Zack mengemas apa yang patut, dia mula menyapu bilik asrama itu, empat buah katil bagi setiap bilik, okey lah, sedang ralit dia mengemas ada orang menutup matanya dari belakang, "Teka siapa?", suara kedengaran, "Err, entah!", Zack gabra, "Aku... sepupu kau lah ngek!", Fandi mencubit pipi Zack perlahan, "Haha, Fan! Kau rupanya!", Zack menampar abang sedaranya perlahan, "Oi! Kurang asam boy punya budak! Aku tua dari kau, salam tangan aku", Fandi menghulur tangannya, Zack memandangnya aneh dan menyalami tangan berototnya itu, "Bagus! Goodboy!", Fandi menggosok kepalanya, "Hish! Kau tu tua setahun je dari aku! Tak yah berlagak sangat lah!", Zack membentak, "Aku seorang je ke form 4 dalam bilik ni?", Zack memandang Fandi di sebelahnya yang ralit berbaring, "Aah, yang lain semua form 5", Fandi menjawab malas, Zack mengangguk perlahan.
****
Jam menunjukkan jam 1.00 pagi, Zack terasa ingin terkucil, dia memandang di sekelilingnya, seram sehh... Zack memarahi dirinya, 'Kenapalah tak nak dengar cakap Fan tadi!', dia membentak seorang diri....
   'Zack... jangan minum banyak sangat, nanti malam kau nak kencing aku tak nak teman', Fandi memerhatikan Zack yang enak menjamu selera di dewan makan itu, Zack hanya menjelirkan lidahnya.
    .... Zack menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Err, Fan, teman aku shi shi...", Zack menggerakkan bahu Fan yang nyenyak tidur di katil seberangnya, "Kucing? Nak berapa ekor? Warna apa? Pilih lah sendiri, tata...", Fandi merapu, "Taik punya sepupu!", Zack membentak, dia melangkah keluar dengan berani, koridornya itu kelihatan seram sekali, "Ya Allah, selamatkanlah hambaMu dari gangguan syaitan yang tercela", Zack berjalan laju, "Mana ada hantu, abang hensem adalah!", terdengar suara menegurnya, meremang bulu romanya, dia berpaling perlahan dan ....


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment